Posts

Showing posts from April, 2011

8 Hari

Image
Some people succeed,because they are destined to, but most people succeed,because they are determined to. :)

I asked for strenght, He gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom He gave me problem to solve
I asked for courage He gave me obstacle to overcome
I asked for love He gave me troubled people to help
I asked for favors He gave me opportunitiess
Maybe I received nothing I wanted But I received everything i needed

=====================

Cukup sudah menagguh-nangguhkan kerja.Mungkin tiada perkongsian buat sementara waktu. Hujung minggu mungkin kembali ke sekolah tercinta,InsyaAllah.

Berita baiknya,pihak MARA dengan bermurah hari melambatkan tarikh temuduga,iaitu pada 29 April [mulanya dijadualkan 28 April]. Jadi,ana antara manusia terakhir yang ditemuduga.So,8 days to go..
[mungkin pegawai2 Mara tahu ana memang lembap sket,sebab tue ana diberi kelonggaran..hehe.. :) ]

Kepada rakan-rakan yang lain yang ditemuduga awal,semoga berjaya.InsyaAllah,pengalaman antum semua ana akan "…

Pesan Nenek

Image
Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat :
“Nenek menulis apa? Tentang cucu?”
Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,
“Iya, nenek sedang menulis tentang kamu cucuku sayang.."ujar nenek dengan penuh kasih sayang.
"Tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan nenek ini, iaitu pensil yang nenek pakai sekarang ini ”tambah nenek lagi.
“Pensil ini mempunyai pengajaran berguna yang mampu membuat cucu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau cucu selalu memegang prinsip-prinsip berdasarkan pensel ini di dalam hidup cucu.”
Si nenek kemudian menjelaskan kepada cucunya :
==========================
“Dengan sebatang pensel,cucu mampu menghasillkan lukisan yang begitu cantik .Juga cucu mampu menulis puisi yang begitu indah.Tapi saat cucu menulis dan melukis itu,cucu hendaklah sentiasa sedar bahawa ada tangan yang mengorak haluan tangan cucu semasa menulis dan melukis.
Begitulah jua dalam kehidupan cucu,sehebat ma…

Mengapa wujud istilah bosan?

Image
"Boring la camni,buat benda sama je.."
"Amirul,keluar jom..bosan la lepak rumah.."
Kalimah 'bosan' atau 'boring' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang yang mana menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi. Tapi,hakikatnya,kalimah 'bosan' atau 'boring' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya,malah lebih teruk ialah manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme.Hidup terasa kosong bila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.
"Bosan nye,internet wat hal la pulak..Banyak la notification nanti tak terbalas."
"Ala,hujan lagi.. Sekejap lagi mula la astro buat hal.. Melepas tengok Jozan buat lawak.."
Bagi mereka yang kaya jiwanya,mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka.Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih be…

Senyum pagi :)

Image
========================= Assalamualaikum warahmatullah..
Dalam usaha memotivasikan diri setinggi mungkin :)
Rasa terpukul sebenarnya,bila ana terbaca salah satu artikel dalam majalah Solusi semalam.InsyaAllah,kalau diberi kesempatan dalam entri seterusnya akan ana kongsikan bersama.
Sekarang tengah menyiapkan beberapa perkara yang telah ana listkan semalam.Kerana ana takut,mungkin kesempatan untuk melakukan perkara-perkara tersebut tidak akan hadir bila ana menjengah ke alam universiti nanti.
Sekadar mengajak pembaca semua tersenyum bersama memulakan hari dan minggu yang baru.

"Awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman.

p/s: pukul 10 masih pagi bukan ? :)

keluar merentas kampung sebentar tadi.Itu pasal lambat sedikit post ini.
Eh,Raja Khairul Akhtar,anta patut join ana sekali tadi.Hehehe..

Thank You Allah (ii)

Image
Alhamdulillah... :)
Alhamdulillah... :)
Alhamdulillah... :)







Alhamdulillah,diterima untuk sesi temuduga..
Terima kasih semua.. :)

Berusaha sehabis baik,dan terus bersangka baik dengan ketentuanNya..

Doakan moga ana mampu bersedia,mental dan fizikal.. :)
[sudah cukup bersyukur dipanggil temuduga,apatah lagi kalau diberi biasiswa [pinjaman boleh ubah sebenarnya..]]

Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Thank You Allah..

ini entri sambungan dari Thank You Allah (i) entri ini akan ada sambungannya lagi.. InsyaAllah..

Tiket ke syurga.. Dah beli?

Image
Ana pernah terbaca kisah mengenai salah seorang tokoh sufi,Ibrahim bin Adham nama beliau.

Suatu hari beliau ingin untuk memasuki sebuah tempat pemandian awam.

Penjaganya meminta wang untuk membayar tiket masuk.Ibrahim bin Adham hanya menggeleng kepalanya seraya mengaku bahawa beliau tak punya wang untuk membayar harga masuk.


Lantas penjaga tempat pemandian itu berkata,

"Maaflah,jika saudara tidak mempunyai wang,saudara tidak dibenarkan untuk masuk ke sini."

Tatkala itu juga,Ibrahim bin Adham tersungkur ke atas tanah..Terdengar ratapan-ratapan kesedihan keluar dari mulutnya.Jadi,pengunjung dan orang ramai yang berada di situ berusaha menenangkan beliau.Bahkan,ada yang bermurah hati menawarkan diri untuk membayar harga masuk ke yampat pemandian awam tersebut 
Seraya Ibrahim bin Adham menjawab, "Aku menangis bukan kerana tidak dapat masuk ke tempat pemandian ini. Ketika si penjaga meminta wang untuk membayar harga masuk, aku terus teringat pada sesuatu yang membuatku menang…

Memori Khutbah Terakhir

Image
Sewaktu membelek-belek majalah sekolah petang tadi,satu-satu wajah redup pendidik Smap Kajang ana tatap.Wajah-wajah bercahaya dan cukup mendamaikan hati.Bila tenung dari satu wajah ke satu wajah,ana terpandang wajah Ustaz Wan Akasyah.
Pernah tengok rancangan Semanis Kurma di TV9?
Kalau antum sekadar melihatnya di kaca televisyen mengacarakan Semanis Kurma bersama isterinya,Ustazah Norbahyah,di sekolah dahulu hampir setiap hari berjumpa dan ana bersalaman dengannya.Paling seronok bila tiba gilirannya memberi khutbah Jumaat,kerana penyampaiannya cukup unik dari khatib yang lain.Tanpa melihat teks khutbah,beliau berjaya membuat setiap jemaah fokus dan kadang-kadang kami yang mendengar hampir ketawa. :)[mana boleh gelak sakan masa khutbah,nanti gugur pahala jumaat]
Khutbah terakhir [insyaAllah ana akan cuba cari peluang untuk solat jumaat di sekolah lagi]
Ana masih ingat,pesanan beliau dalam khutbah jumaat yang terakhir.[alhamdulillah,ana tak terlelap waktu itu :) ]
2 perkara yang per…

Its okay :)

Image
========================= mood : Doa banyak-banyak,esok pengumuman panggilan untuk interview Mara. moga diri ini boleh redha dengan ketentuanNya.. :) [perasaan seronok bercampur jealous bila membaca dan mendengar pengalaman rakan-rakan lain yang ditemudugaJPA]

Andai jatuh,Bangun..!!

Image
Lumrah kehidupan,tidak semua perkara yang kita impikan bertukar menjadi kenyataan. Kadangkala, takdir Tuhan berbeza dengan kemahuan kita,kemahuan manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup.Bak kata Ustaz Pahrol,"Takdir mengatasi Tadbir”.Sungguh,memang takdirNya pasti mengalahkan tadbir manusia.
Hidup umpama roda.
Kehidupan merupakan suatu putaran.Jadi,kerana masa terus berlalu dan berputar,tidak selamanya kita akan berada di atas,dan juga tidak tidak selamanya kita akan berada di bawah.

Ana masih ingat,seawal pembabitan ana dalam hoki di sekolah dahulu,kami selalunya menang.Paling kurang kami mesti main hingga ke finale.Masih ingat lagi betapa gembira sewaktu dapat mewakili daerah Hulu Langat untuk Olimpik Muda waktu Form 2,gembira sangat sebab dapat baju daerah[walaupun waktu tu designnya tidaklah secantik mana]
Tapi semua itu tidak lama.Bila usia meningkat,kejayaan itu ditarik,sedikit demi sedikit.Last tournament  yang ana berpeluang menyumbang jasa kepada sekolah,Open U…

Jangan Berhenti Berlari

Image
Semalam menghabiskan masa menelefon sahabat-sahabat.Sungguh,semalam terpaksa berusaha mencari jalan menghilangkan rasa bosan.Syukran buat Celcom kerana dengan bermurah hati mengsponsor setiap minit yang ana gunakan semalam.Setiap minit itu sungguh bermakna. :)
"Tak buat apa-apa ke cuti ni?" "Eh,tak pergi kerja ke?"
Hehe.. Ini antara soalan-soalan yang ana cuba elakkan. Tapi,lain kali kalau orang tanya jugak,ana akan jawab macam ni:
Saya seorang blogger aktif.. :) [InsyaAllah] ==========================================
-Berusaha menyiapkan seberapa banyak artikel yang boleh.Terutamanya untuk slot As-syifa'.Mahu kongsikan di blog sekerap mungkin..
-Walaupun keputusan untuk panggilan temuduga Mara belum diumumkan,ana tetap mahu prepare seawal mungkin untuk interview tersebut.Lagi-lagi bila interview tersebut dalam Bahasa Inggeris.
-Juga ada beberapa projek di rumah yang perlu dilakukan.Disebabkan ana demand wang perbelanjaan untuk ke Selatan tanah air,ummi memberikan bebera…

Penawar 4 : Syukuri NikmatNya

Image
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah,nescaya tidak dapat dihitung.Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (Surah An-Nahl :18)
 Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Andai manusia mampu menggunakan nikmat akal dan fikiran yang Allah kurniakan,yang disandarkan kepada iman dan takwa,pastinya manusia itu menjadi hamba yang paling bersyukur kepada penciptanya.Setiap saat, setiap detik kita bermusafir atas nama seorang hamba,kita tidak pernah terlepas daripada sifat maha pengasih dan maha penyayang Allah S.W.T.Tidak pernah sekalipun terlepas.
Tapi,manusia masih tetap menyombong angkuh..
Nikmatnya melimpah ruah
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah,nescaya tidak dapat dihitung.Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (Surah An-Nahl :18)
Perhambaan kita kepada Allah cukup berbeza dengan konsep hamba dalam kalangan manusia sekarang. Dalam kalangan manusia,hamba adalah serendah-rendah taraf seorang manusia.Seorang yang berstatus hamba ti…

Hey,Engkau Bukan Tuhan!

Image
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama' yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.
Bapanya juga adalah seorang alim ulama' yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulama' tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.
Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulama' tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk ters…

Facebook : Deactivated

Image
Perhatian kepada rakan-rakan facebook sekalian,my facebook account is officially deactivated,but not permanently.


Jika antum ada sebarang perkara penting hendak diberitahu dan dikongsi bersama,boleh emailkan ke:
wafi_ibnbakr@yahoo.com Untuk ym: wafi_ibnbakr
skype      : ibnbakr

Keprihatinan antum untuk berkongsi perkara-perkara dan ilmu-ilmu bermanfaat amat ana hargai.

Kenapa deactivate facebook?

Ada juga bertanya,kenapa deactivate? Ana tidak ada alasan yang kukuh sebenarnya,alasannya lebih kepada soal peribadi diri sendiri :) .Dan jangan pula beranggapan bahawa ana menganggap penggunaan facebook itu adalah salah.Penggunaan Facebook dengan baik adalah sangat-sangat bermanfaat,lebih-lebih dalam mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam.Juga dalam menyebarluas ilmu Allah S.W.T.dan juga medan dan wadah yang cukup baik untuk berdakwah.

Cumanya,ana bukan facebooker yang baik,jadi ana mengambil keputusan untuk berundur diri dari dunia Facebook tersebut,buat seketika.

Suka untuk ana…

Belajar Perlu Berguru

Image
Dalam tahun terakhir pesekolahan di Smap Kajang,antara hikmah terbesar yang ana mampu lihat mengapa ana diberi tanggungjawab yang besar di sekolah dahulu,ialah berkatnya keberadaan seorang guru.Betapa mulianya taraf seorang guru.Kerana tanggungjawab tersebut,ana menjadi begitu rapat dan serasi dengan Ustazah Saadiah.Itu antara yang hikmah yang mampu ana ambil,tapi ana yakin ada banyak lagi hikmah di sebaliknya aturanNya. "Belajar itu perlu berguru.."
Itu antara bait-bait butir mutiara indah Ustazah Saadiah kepada ana.Bahawa sesungguhnya berguru itu membawa keberkatan.Beliau merupakan salah seorang yang menuntut di Darul Syifa' dengan Dr. Harun Din,dan alhamdulillah,beliau bermurah hati mengajar ana sedikit sebanyak mengenai ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Setiap doa yang beliau berikan kepada ana,ana perlu hafal  dan tasmi' dengannya secara berdepan. Lepas itu,katanya barulah ana mempunyai tauliah untuk mengajar orang lain.Tapi,disebabkan ana bukanlah manusia…

Maher Zain-Freedom

Image
Gathered here with my family
... My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you...
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall, ooh no
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you...
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for …

April Fool:Antara Kepercayaan dan Kefahaman

Image
Baru ana sedar,ada beberapa perkara penting ana terlepas pandang rupanya.Bila teori-teori konspirasi terus tersebar meluas,kadang-kadang ramai yang terlepas pandang perkara yang penting.Yang banyak dibincangkan hanyalah mengenai teori dan konspirasi,tetapi tidak menekankan soal yang paling penting,iaitu apa hukumnya dalam Islam.Jangan percaya sahaja. Macam sekarang,ana pasti ramai yang cuba mengingatkan rakan-rakan yang lain mengenai bahana April Fool,dan tidak kurang juga yang turut serta berseronok menipu,menyakat dan prank orang lain.

Kenapa tidak boleh menyambut April Fool?
Sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadis bahawa menipu itu suatu larangan.Walaupun sekejap,tetapi penipuan tersebut boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjang.Boleh juga ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:  Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaik…