Mengapa wujud istilah bosan?


"Boring la camni,buat benda sama je.."

"Amirul,keluar jom..bosan la lepak rumah.."

Kalimah 'bosan' atau 'boring' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang yang mana menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.
Tapi,hakikatnya,kalimah 'bosan' atau 'boring' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya,malah lebih teruk ialah manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme.Hidup terasa kosong bila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosan nye,internet wat hal la pulak..Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala,hujan lagi.. Sekejap lagi mula la astro buat hal.. Melepas tengok Jozan buat lawak.."

Bagi mereka yang kaya jiwanya,mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka.Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa.

Ingatlah,setelah dilahirkan ke dunia,kita diamanahan dengan misi yang penting.Kitalah hamba,dan kita jualah pemimpin.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."[Al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
[Al-Dhariyat : 56]


Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk,sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup.Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah.InsyaAllah.

[kepala bagai dipukul saat membacanya]

======================================
Andai entri ini bermanfaat,ana izinkan share bersama rakan-rakan di facebook.Semoga ilmu dan kebesaran Allah tersebar luas.InsyaAllah
======================================

Nota Tambahan:

Alhamdulillah,artikel ini telah diterbitkan di IluvIslam.

Comments

  1. salam ziarah..bagus sgt entri ni..sebenarnya kita dilarang dan tak digalakkan menyebut perkataan bosan, boring seolah2 macam xde krja nk dibuat sedangkan Allah mencipta kita untuk beribadah padaNya..jadi,sudah cukup ke amalan atau ibadah kita padaNya??so, dlm wktu xde krja @ kebosanan,.byk perkara yg kita bole buat dan dapat dijadikan sbg ibadah..

    ReplyDelete
  2. @dEkaT Di hAti

    ya,kerana kita seharusnya sentiasa sedar tugas dan peranan sebagai hamba dan khlifah di bumi Allah..Tiada istilah bosan,apatah bosan dalam beribadah..

    ReplyDelete
  3. yup,ana juge rasa terpukul..
    tp,jgn lupe,slalu muhasabah..
    syukran kathir atas sharing nya..

    ReplyDelete
  4. infakkan diri di jalan dakwah, maka akan kelihatan masalah ummah yg bermacam-macam. depan mata sendiri dah nampak sebenarnya. masyarakat amat tenat. tapi apa yg kita dah usahakan? masih berasa 'bosan'?

    kata asy-syahid imam Hassan al-Banna, "al-wajibat akthar minal awqat!"
    maksudnya, kewajipan yg diamanahkan melebihi masa yg ada!

    jangan gelar dirimu pejuang kalau masih berasa 'bosan'. sibukkan dirimu dgn amal soleh, biar sampai penat, dan tiada ruang utk melakukan maksiat.

    teruskan mujahadah!

    ReplyDelete
  5. smlm terasa kebosanan sgt..tp pd ms yg sama terpikir
    "knp mesti bosan sdgkn Allah dh beri masa 24 jam tuk kita guna sbaiknya."

    agak menyesal bila mengucapkan kalimah ini pd seorg kwan.huhuhu..

    lepas ni xnk dh guna perkataan ini

    ReplyDelete
  6. ana menulis entri ini pun selepas rasa terpukul..

    InsyaAllah,moga kita sama-sama muhasabah diri..memperbanyakkan amalan mencari redhaNya..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kdg2 tu 'ter'bersungut juga mcm tu..tapi bila baca posting ni membuatkan diri tersedar..astaghfirullah...

    Syukranlaka kerana ingat memperingati...

    ReplyDelete
  8. kita memang digalakkan buang kata-kata negatif dlm hidup kita. anyway, that's nice info. =)

    ReplyDelete
  9. salam ziarah....

    suka entry ne...dapat memotivasikan diri...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. kepala ini juga bagai dipukul saat membacanya
    huhu
    syukran diq

    ReplyDelete
  11. bagusbagus artikelnya, smoga dapat di share kan kepada yang lain :D

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..
    terima kasih atas teguran secara tidak langsung dlm entri..
    rasa termuhasabah..salu gak cakap boring2 nih =.='

    ReplyDelete
  13. BOSAN....ucapan yg selalu diucapkan oleh insan yg...entahlah seperti insan yg tiada arah tujuan, selagi hidup kenapa perlu bosan, masih banyak yang belum kita lakukan

    ReplyDelete
  14. salam. nk share! plg koman ni dlm klgn kami.. lepasan spm.

    ReplyDelete
  15. syukran atas perkongsian y menarik ini...peringatan buat diri ini;)

    ReplyDelete
  16. fuhhh sgt menusuk. nk share entry ni kt blog ehh, leh? :)

    ReplyDelete
  17. Salam kenal....membalas kunjungan...memang entry yang bagus, untuk mengingati sesama teman...buat masa ni tak tercapai lagi tangan tuk menulis macam ni, hanya boleh membacanya dari teman2, lalu diharap dapat mengambil iktibar...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, bagus peringatan ini...^_^

    ReplyDelete
  19. @chikova

    Silakan..moga ada manfaat..

    ReplyDelete
  20. @Fadzli Amir

    Salam kenal.. InsyaAllah,sama-sama mengambil iktibar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang