Posts

Showing posts from May, 2011

Alam Baru :)

Image
Assalamualaikum warahmatullah :)

[ini entri pendek]

InsyaAllah,selasa depan ana akan mula menjengah ke alam baru di Kolej Teknologi Timur. Esok perlu siapkan segala borang dan keperluan. Dan Isnin ana perlu ke Hospital Parit Buntar,membayar nazar yang ana buat.
Ya,ana bernazar,andai dapat pinjaman MARA,ana akan bermastautin di hospital dari pagi sampai ke petang. Jadi,sebelum ana mendaftar hari selasa,insyaAllah akan luangkan masa sebentar di sana.Andai ada ibrah dan perkara yang mampu ana kongsikan sepanjang bermastautin di hospital nanti,insyaAllah akan ana kongsikan di sini.
Jadi,mungkin tiada perkongsian di sini buat sementara waktu.InsyaAllah,pandai-pandailah ana curi masa sepanjang di sana.Sebenarnya sudah siapkan beberapa artikel,tapi mungkin akan dipublish nanti.InsyaAllah.
Dan,ana sudah siapkan header.Bukan header sebenarnya,tapi cuma gambar yang ditempek pada bahagian paling atas.Hendak masuk di ruangan header,ada masalah.Jadi,lepas try n error beberapa kali pada ruangan html,jad…

Nostalgia : Kau Kawan,Sahabat dan Teman

Image
Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa Asyik senda dan bercerita Walau sesekali pandangan kita berbeza Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua Saling mengejar cita Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku
=================== Perasaan bercampur baur saat ini.Tinggal beberapa hari lagi menjejak ke dunia baru.Entah bagaimana keadaannya nanti.
Buat semua yang mengenali,moga sentiasa diredhai Allah S.W.T. Jangan pernah berputus asa menggapai redhaNya. InsyaAllah.



Rindukan rakan-rakan.
Rindu murabbi Smap Kajang.

InsyaAllah.Moga ukhwah terus terjalin.
Syukran.jazakumullahu khairan. :)

picture credit to : Facebook.

Umur bertambah,Usia berkurang

Image
Satu hakikat yang terkadang kita terlepas pandang,bahawa sebenarnya usia kita tidak pernah bertambah.Jika semalam ana berumur 17 tahun,dan hari ini ana menginjak ke umur 18 tahun,apakah usia ana bertambah? Tidak. Usia ana tidak bertambah.Bahkan semakin berkurang dan terus berkurang,seiring dengan peredaran waktu.
Pabila usia hanya Angka

"Usia tu hanya nombor.Asalkan kita sihat,masih boleh berjalan,maknanya umur tu,tolak belakang."
Ayat di atas ana petik daripada kata-kata seorang artis Malaysia dalam satu video yang ana tonton beberapa hari lepas di YouTube.Ayat ini merupakan antara kata-kata awalnya  semasa diwawancara dalam salah satu program hiburan di TV3,sebelum dia mengeluarkan kata-kata menghina isteri Rasulullah,dengan mempersoalkan perbezaan umur Rasulullah dan Siti Khadijah ketika mereka berkahwin.
Mungkin,dia tiada niat atau tidak bermaksud untuk menghina isteri Rasulullah,tetapi itulah yang terjadi apabila usia itu sekadar nombor bagi diri seseorang.Tiad…

Thank You Allah (IV)

Image
Kita merancang,Allah juga merancang,tetapi Allah jualah yang menentukan.

Semalam merupakan hari yang sungguh dramatik.Keputusan pinjaman MARA kebetulan diumumkan pada hari yang sama dengan jatuhnya Hari Guru.Dan ana sudah buat keputusan akan wish guru-guru bila keputusan sudah diumumkan.[entah mengapa ana cukup optimis waktu itu :)]
Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :)
Lafaz syukur ana zahirkan buat Sang Pencipta.Sungguh,semalam hari yang cukup mendebarkan dan juga menggembirakan.Semalam,seawal pagi kebanyakan  rakan-rakan yang memohon Perubatan Timur Tengah sudah mendapat panggilan daripada MARA,mengesahkan tempat mereka ke Jordan.Dan ana terus setia menunggu panggilan daripada MARA sehingga ke petang.Sungguh,penantian itu satu penyeksaan,jika tidak disulami kesabaran dalam bersabar.
Sehinggalah sekitar pukul 10 malam,sahabat dari Melaka telefon.Katanya keputusan sudah keluar.Mungkin sudah pasrah,ana suruh sahabat ana tolong checkkan,dan saat itu memang memang ana mendoakan …

Thank You Allah (iii)

Image
Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)



InsyaAllah,Universiti Sains Islam Malaysia menanti. Tahmidi perubatan.Mungkin tawaran dari matrikulasi terpaksa diabaikan. Masih tiada informasi sepenuhnya mengenai USIM,walaupun USIM merupakan universiti angkat kepada Smap Kajang.Ana rasa mungkin sebab itulah ana diterima di sana. :)
Alhamdulillah.Cumanya,hajat untuk mencuba nasib bermain hoki untuk UIA tidak kesampaian. Dan juga hajat untuk berjumpa dengan insan-insan hebat di UIA.Tahniah kepada sahabatku Amirulhazim,impiannya menjejakkan kaki ke UIA dimakbulkan. Kenangan 5 tahun pulang ke kampung bersama kini tinggal nostalgia. :)
Doa masih belum putus.Takkan putus.Untuk tawaran PILN daripada Mara. Sungguh,rasa berdebar menanti pengumuman daripada Mara.Entah sampai bila mereka mahu berteka-teki dengan kami. :)

Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Mendoakan yang terbaik untuk diri ini,dan antum semua.

"Allah Maha Penyayang,bukan..?"
:)

Blogger itu Pendakwah

Image
Sewaktu di Smap Kajang dahulu,ana diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah.Hakikatnya,di sanalah juga ana mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka  yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah,apa itu amar maaruf nahi mungkar.
Dan ana terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior Smap Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi.Tidak jemu menulis dan berkarya,menonjolkan keindahan Islam itu sendiri,sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain.Dan sedari itulah,ana mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.
Menulis kerana Allah
Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini,biar ana jadi manusia pertama yang bertanya:
“Apa tujuan anta/anti/kamu berblog?”
Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai,mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula diku…

Penawar 6 - Hari ini Milikmu

Image
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)

Hari yang baru telah tiba,bulan baru telah menjelma.Bukti kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Kasihnya seorang pencipta memberikan peluang kepada insan bernama manusia untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Hari ini,hari baru buat hambaNya menambah keinsafan daripada khilaf semalam. Hari ini,hari baru buat kita mencungkil nikmat kebahagiaan yang gagal diraih dari masa silam.
Sungguh,hari ini merupakan hadiah daripadaNya.Hadiah yang cukup bernilai buat mereka yang benar-benar ingin mengerti.Buat mereka yang benar-benar menyedari bahawa nikmat kehidupan yang diberikan hari ini,setiap detik dan waktu adalah untuk menjadi hambaNya.Menjadi hambanya yang tetap setia mencari redha Sang Pencipta.

Sungguh,hari ini merupakan milik kita.Seluruh kehidupan yang dikurniakan merupakan milik kita.Tapi,hakikat sebenarnya,hari ini,juga kehidupan ini,merupakan pinjaman daripadaNya.Hanya pinja…