Memori Khutbah Terakhir

Sewaktu membelek-belek majalah sekolah petang tadi,satu-satu wajah redup pendidik Smap Kajang ana tatap.Wajah-wajah bercahaya dan cukup mendamaikan hati.Bila tenung dari satu wajah ke satu wajah,ana terpandang wajah Ustaz Wan Akasyah.

Pernah tengok rancangan Semanis Kurma di TV9?

pasangan bahagia :)
Kalau antum sekadar melihatnya di kaca televisyen mengacarakan Semanis Kurma bersama isterinya,Ustazah Norbahyah,di sekolah dahulu hampir setiap hari berjumpa dan ana bersalaman dengannya.Paling seronok bila tiba gilirannya memberi khutbah Jumaat,kerana penyampaiannya cukup unik dari khatib yang lain.Tanpa melihat teks khutbah,beliau berjaya membuat setiap jemaah fokus dan kadang-kadang kami yang mendengar hampir ketawa. :)[mana boleh gelak sakan masa khutbah,nanti gugur pahala jumaat]

Khutbah terakhir 
[insyaAllah ana akan cuba cari peluang untuk solat jumaat di sekolah lagi]

Ana masih ingat,pesanan beliau dalam khutbah jumaat yang terakhir.[alhamdulillah,ana tak terlelap waktu itu :) ]

2 perkara yang perlu disedari seorang mukmin

-Menyedari hakikat kehambaan dalam diri dan segala yang di dalam dunia ini adalah milik Allah

-Menyedari ada kehidupan lain selepas kehidupan di dunia,yakni akhirat yang kekal abadi

Tahu dan sedar itu adalah dua ungkapan yang berbeza.

Jangan sekadar tahu bahawa kita adalah hamba Allah,tetapi kita kena sedar apa itu erti kehambaan yang sebenar,dengan tunduk dan patuh akan segala perintah dan meninggalkan setiap larangannya

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
[Adz-Dzaariyaat:056 ]

Jangan sekadar berangan-angan hendak hidup di syurga selama-lamanya,andai tidak mahu berusaha membanyakkan amalan sebagai "tiket masuk" ke sana nanti.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.
[An-Nisaa`:013]
 
Sentiasa ingat dan sedar,status kita hanya hamba,yang mencari kedamaian di syurga hakiki,mencari redha Ilahi :)

p/s:InsyaAllah ustaz,saya jadikan pedoman. :)
[kalau ustaz nak panggil saya join venture dengan ustaz dalam Semanis Kurma,saya on je :) ]


macamlah ustaz baca entri nie :)


Comments

  1. assalamualaikum
    mana tau ustaz baca ke
    nanti bleh la masuk tv
    hohoh

    ReplyDelete
  2. Kalau ustaz baca,alhamdulillah..
    Tapi xde la ana berharap sangat nak masuk tv..hehe

    ReplyDelete
  3. Syukran atas perkongsian khutbah terakhir ini =)

    sekolah mana dulu?

    ReplyDelete
  4. @Nur Farhana

    Ana pelajar lepasan Smap Kajang..
    Skola tue hulu sedikit,tue pasal x ramai tahu..

    ReplyDelete
  5. Tinggal setaman. selalu juga nampak ustaz di kedai. sangat teruja bila tengok mereka berdua selalu pakai baju sedondon. :)

    ReplyDelete
  6. salam dik,syukran atas perkongsian ilmu ini,InsyaAllah akan akak titipkan dlm diri,sebagai panduan menuju jln keredhaanNya..Amin

    semoga menjadi da'e yg sejati yer dik. :)

    ReplyDelete
  7. salam ziarah kembali..
    perkongsian yg bagus..tq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?