Penawar 4 : Syukuri NikmatNya

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah,nescaya tidak dapat dihitung.Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
(Surah An-Nahl :18)

 Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..


Andai manusia mampu menggunakan nikmat akal dan fikiran yang Allah kurniakan,yang disandarkan kepada iman dan takwa,pastinya manusia itu menjadi hamba yang paling bersyukur kepada penciptanya.Setiap saat, setiap detik kita bermusafir atas nama seorang hamba,kita tidak pernah terlepas daripada sifat maha pengasih dan maha penyayang Allah S.W.T.Tidak pernah sekalipun terlepas.

Tapi,manusia masih tetap menyombong angkuh..

Nikmatnya melimpah ruah

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah,nescaya tidak dapat dihitung.Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
(Surah An-Nahl :18)

Perhambaan kita kepada Allah cukup berbeza dengan konsep hamba dalam kalangan manusia sekarang. Dalam kalangan manusia,hamba adalah serendah-rendah taraf seorang manusia.Seorang yang berstatus hamba tidak layak untuk merasai kekayaan dan kemewahan,sebaliknya menjadi alat untuk golongan atasan bersenang-lenang.

Tapi,perhambaan kita kepada Allah cukup berbeza.Status kita sebagai hamba tidak pernah menghalang kita menikmati segala kurniaannya.Bahkan kurniaannya kadang-kadang berlebihan walaupun kita tidak pernah meminta.Lihatlah suasana sekeliling,alam nan luas terbentang indah.Semuanya diciptakan untuk dinikmati hambaNya.Nikmatnya silih berganti daripada satu nikmat kepada nikmat yang lain,sehinggakan kita tidak pernah menyedarinya.

Syukur Nikmatnya,jangan dikufuri

Syukur itu adalah merasa di dalam hati, menyebutnya dengan lisan dan mengerjakannya dengan anggota badan.Maksudnya,tidak hanya di mulut mengucapkan "Alhamdulillah",tetapi nilai kesyukuran itu berpaksikan hati yang suci bersih serta dibuktikan dengan amalan dan perbuatan.

Seawal penciptaan manusia lagi,kita hambanya disuruh bersyukur dengan nikmat yang Dia kurniakan. Bersyukur dengan tidak menyalahgunakan nikmat yang dikurniakan.

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun.Dan kemudiannya diberikan kamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur(berterima kasih).

(Surah An-Nahl:78)

Sebetulnya,nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya juga adalah sebagai ujian kepada hamba-hambanya.Sayang seribu kali sayang,bila nikmat yang diberikan ternyata membuatkan kita melupakan status kita sebagai hamba.Nikmat yang diberikan membuatkan kita lupa tujuan sebenar keberadaan kita di bumi Allah.Sehingga kita menganggap,segala yang diperolehi adalah hasil penat lelah diri sendiri,walhal sebenarnya semuanya kurniaan Sang Pencipta.

Hal ini telah Allah nyatakan dalam firmanNya:

"Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari Kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Rabbku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisi-Nya". Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras.
(QS. Fushshilat 41 : 50)

Jangan sudah terhantuk,baru terngadah

"Jika kamu bersyukur,maka Aku(Allah) akan menambah nikmat tersebut kepada kamu,jika kamu ingkar maka seksaku amatlah pedih.
(Surah Ibrahim:7)

Bersyukurlah,nescaya nikmat yang Allah kurniakan akan terus kita nikmati.Sungguh,Allah telah buktikan bahawa manusia yang kufur dengan nikmat yang dia kurniakan,akan diberikan azab seksa yang amat pedih. Lihat sahaja bagaimana Allah membuktikan kekuasaanNya terhadap Firaun yang bongkak,akhirnya mengaku kelemahan dirinya sebagai seorang hamba.Tapi,sayaang seribu kali sayang,penyesalannya sudah tidak lagi berguna.Ya,bila kepala sudah terhantuk,baru terngadah!

Bersyukur biar bertempat

Penulis pernah terbaca satu komen di salah sebuah blog berunsur politik.Katanya :
Aku rasa dah cukup selesa di bawah kerajaan yg sedia ada, pelbagai kemudahan kerajaan sediakan untuk rakyat tanpa memilih bulu, Malaysia ni dah cukup aman tenteram jika nak dibandingkan dengan negara2 lain yg rakyatnya hidup melarat akibat dipimpin oleh pemimpin yg zalim, apa lagi yang korang harapkan ni, nak dilimpahkan dengan kemewahan ke baru nak bersyukur, cuba belajar bersyukur dengan nikmat Allah ni jgn kufur nikmat, korang ni kerja nak porak-porandakan keamanan yg sedia terjamin di Malaysia ni, kerajaan sekarang cukup perihatin dengan apa jua masalah rakyat, kalo yg miskin boleh rujuk JKM mintak bantuan, klinik pun free kalo sakit...apa lagi yang korang nak!!!
Bukan penulis mahu pertikaikan,kerana memang sepatutnya kita mesti ada rasa syukur dengan kehidupan di negara kita sekarang.Ya,tidak ada bunyi dentuman bom ataupun tembakan peluru di tempat awam.Ya, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai rakyat yang bertuah.

Cumanya,adakah negara yang aman dan damai[amankah?] tetapi menolak Islam dalam sistem perundangannya wajar kita syukuri? Bila pemimpin memandang hukum Islam itu sebelah mata? Bila pemimpin itu ternyata jahil dalam hukum-hukum Islam?Bersyukurkah kita bila negara membangun dengan meletakkan Islam di tepi?

Sama seperti dalam kehidupan kita.Kadang-kadang,walau sebanyak mana maksiat yang kita buat,Allah tetap kurniakan kejayaan dan kesenangan kepada kita.Apa kita dikategorikan sebagai seorang yang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan jika terus menerus melakukan maksiat?

Sebuah negara,meletakkan hukum Islam di tepi = Allah tetap kurniakan keamanan
Manusia,tetap melakukan maksiat                     = Allah tetap kurniakan kesenangan

Istidrajkah? Na'uzubillahiminzalik...

Bersyukurlah!

Kesimpulannya,selagi nyawa masih disatukan dengan badan,bersyukurlah semampunya.

*mood : Menjadi hambaNya yang bersyukur :)

======================================
Andai entri ini bermanfaat,share bersama rakan-rakan di facebook.Semoga ilmu dan kebesaran Allah tersebar luas.InsyaAllah
======================================


Comments

  1. alhamdulillah...
    minta izin follow blog ni.
    jemput follow blog sye jg...=p

    http://syabab-umar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Umur bertambah,Usia berkurang

Belajar Perlu Berguru