Posts

Showing posts from October, 2011

Allah Bukan Plan B

Image
Allahu Akbar. Dia Yang Maha Agung. Dari Dia kita datang,
Dan Dialah tempatnya kita semua akan dikembalikan.




Apa kamu ingin,kesusahan dan kepayahan Allah datang menyapa,baru mahu mengerti bahawa Allah itu ada?
Sampai bila,menunggu azab Allah datang bertimpa-timpa,baru mengerti status kamu sebagai seorang hamba?
Astaghfirullahal 'azim. Jangan dibeli redha manusia,dengan menjual redhaNya.

Minta dari DIA. DIA merancang,dan DIA jualah yang menentukan segala-galanya.
"Dan mereka merancang,Allah juga merancang.Dan Allah sebaik-baik perancang" [Ali 'Imraan : 54]
p/s: Musim sejuk begini,jangan panaskan diri dengan dosa dan maksiat.Tak tertanggung azabnya panas api neraka kelak.


#Ini pesanan ringkas untuk diri sendiri yang masih belum mengerti.
   Andai bermanfaat buat yang membaca,syukur pada Ilahi.


Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.

Nota Hati buat Diri

Image
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Walillahi ilhamd.


“Assalamualaikum.Enta maliizi(kamu orang Malaysia?)”
“Waalaikumussalam.aiwah,ana maliizi(Ya,saya orang Malaysia)”
“Ahsan nass(manusia terbaik[sambil mukanya tersenyum] “Ismak eh(Nama kamu siapa)?”
“Ismi wafi.Wa enta?”
“Ana Ahmad”
‘Intro’ perbualan kami agak panjang.Orang Arab,memang suka bersembang. Belajar di mana,kuliah di mana,dah kahwin belum dan beberapa soalan lain yang mudah untuk ana jawab.Ini jenis  pak-pak Arab yang ‘memahami’,means tahu yang kami ini tahu bertutur Arab syuwaiyah2 sahaja,jadi mereka tidaklah bertanya dan bercakap dengan terlalu laju.
Sehinggalah pakcik Ahmad tadi buat statement sebegini:
“ ‘indi bint (saya ada anak perempuan) “
Waktu itu,ana dah fikir lain haisy,sudah!Takkan nak ‘offer’ anak dia pulak.Niat aku ke Mesir nak belajar ni.
Tapi ternyata,telahan ana salah sebenarnya.Menyimpang jauh.Jauh sangat.
Sebenarnya beliau cuba memberitahu.Dia ada anak perempuan.Dan anak perempuannya sakit,sedang b…