Jangan Berhenti Berlari

Semalam menghabiskan masa menelefon sahabat-sahabat.Sungguh,semalam terpaksa berusaha mencari jalan menghilangkan rasa bosan.Syukran buat Celcom kerana dengan bermurah hati mengsponsor setiap minit yang ana gunakan semalam.Setiap minit itu sungguh bermakna. :)

"Tak buat apa-apa ke cuti ni?"
"Eh,tak pergi kerja ke?"

Hehe.. Ini antara soalan-soalan yang ana cuba elakkan.
Tapi,lain kali kalau orang tanya jugak,ana akan jawab macam ni:

Saya seorang blogger aktif.. :)
[InsyaAllah]
==========================================

-Berusaha menyiapkan seberapa banyak artikel yang boleh.Terutamanya untuk slot As-syifa'.Mahu kongsikan di blog sekerap mungkin..

-Walaupun keputusan untuk panggilan temuduga Mara belum diumumkan,ana tetap mahu prepare seawal mungkin untuk interview tersebut.Lagi-lagi bila interview tersebut dalam Bahasa Inggeris.

-Juga ada beberapa projek di rumah yang perlu dilakukan.Disebabkan ana demand wang perbelanjaan untuk ke Selatan tanah air,ummi memberikan beberapa tugasan untuk disiapkan sebelum wang perbelanjaan diluluskan.

-Mencari fitness yang sudah lama hilang.InsyaAllah,ana akan menyertai hoki Open Selangor bulan 6 nanti,jika ada rezeki.

Nampaknya,bulan ni paling sibuk.Tapi kesibukan itu bukan bermakna kita perlu berhenti bukan..?

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
Ertinya : "Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan [Al-Baqarah : 148  ]



Comments

  1. salam,.

    entri yg bgus,.pnuh dgn mtvasi dri,.hehe,.dh abes stdy?,.

    ReplyDelete
  2. benar jgn berhenti berlari sehingga tamat ke garisan nya.. tapi berlari juga perlukan strategi.. jika kamu pecut dahulu nescaya kamu termgh2 di pertengahan jalan.. dan begitulah sebaliknya.. jadilah pelari yg hebat.. punya stamina yg mantap dan berjiwa kental, agar kamu sentiasa beroleh jaya sepanjang jalan mu..=)

    * ziarah kembali n follow kamu

    ReplyDelete
  3. @**::CIKNUURUL::**

    saya lepasan spm,masih menunggu tawaran universiti

    @Fakhratu Naimah Muhad::::

    Syukran utk nasihat2 itu..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. lpsn spm ek,adiq r ni..:)
    jangan berhenti! teruskan usaha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    oo, adik ye, muda setahun ^_^

    selepas SPM, memang banyak masa yang terluang, adik isilah dengan perkara-perkara yang bermanfaat, jadikan setiap detik adalah ibadah, Insya-Allah, rancang masa ye dik

    suka dengan peringatan kalamullah itu..syukran..

    follow adik..

    ReplyDelete
  6. @Syauqatul Wardah

    InsyaAllah,kalau boleh memang nak isi dengan perkara2 yang bermanfaat..

    Syukran utk nasihat akak..

    ReplyDelete
  7. boleh panggil akak, kak Rabiatul ^_^

    adik minat BA juga ye, tapi pilihan pertama perubatan? Insya-Allah, mana2 pilihan yang dpt nanti itulah yang terbaik untuk adik, dah dapat keputusan nanti kalau x keberatan, kongsilah dgn akak ye, mana tahu jadi junior akak dkt UIA ^_^

    akak ambik link adik letak dkt blog akak, nak panggil nama apa ye, adik nama apa

    p/s: damai je masuk blog adik ni, jadi anak yang soleh =)

    ReplyDelete
  8. @kak Rabiatul

    Boleh panggil saya wafi..

    Terima kasih

    InsyaAllah,kalau takdir saya di UIA,saya redha..Tapi doakan saya berjaya menjejak kaki ke Jordan nanti..Dengan kata lain,saya terpaksa berdoa supaya tidak menjadi junior akak]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?