Posts

Showing posts from June, 2012

"Bukan salah aku.."

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Ana masih ingat,semasa program intensif Pendidikan Syariah Islamiah di sekolah dahulu,ustazah-ustazah ada memberikan tips menjawab soalan-soalan seperti ini: “Apakah punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar?” “Berikan sebab remaja mudah terjerumus dalam permasalahan sosial” “Mengapakah gejala pembuangan bayi semakin meruncing dari sehari ke sehari?” Jawapan untuk ketiga soalan ini ialah: "Kurang didikan agama" "Pengaruh rakan-rakan" "Pengaruh media massa" Kata ustazah,soalan berkisar punca,faktor dan sebab ini boleh dijawab dengan 3 jawapan di atas tetapi perlu dipanjangkan dan diolah sedikit jawapannya supaya lebih kukuh jawapannya.Kata ustazah,jawapan ini pasti betul dan bertepatan dengan skema pemarkahan.Tambahnya,soalan sebegini merupakan bonus kepada kami sebagai pelajar,kerana dalam apa jua faktor terhadap sesuatu permasalahan,3 jawapan ini pasti relevan dan betul. Meneliti punca.Sal