April Fool:Antara Kepercayaan dan Kefahaman

Baru ana sedar,ada beberapa perkara penting ana terlepas pandang rupanya.Bila teori-teori konspirasi terus tersebar meluas,kadang-kadang ramai yang terlepas pandang perkara yang penting.Yang banyak dibincangkan hanyalah mengenai teori dan konspirasi,tetapi tidak menekankan soal yang paling penting,iaitu apa hukumnya dalam Islam.Jangan percaya sahaja.
Macam sekarang,ana pasti ramai yang cuba mengingatkan rakan-rakan yang lain mengenai bahana April Fool,dan tidak kurang juga yang turut serta berseronok menipu,menyakat dan prank orang lain.

Kenapa tidak boleh menyambut April Fool?
  • Sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadis bahawa menipu itu suatu larangan.
  • Walaupun sekejap,tetapi penipuan tersebut boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjang.
  • Boleh juga ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan.
  • Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: 
Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: 
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: 
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Memang jelas budaya April Fool Barat ditegah dalam Islam.
===================================
Kita memang digalakkan mengambil ibrah dan pengajaran daripada sejarah,kerana itulah saranan baginda Rasulullah.Tapi,jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita yang dibawa.Memang kalau antum search di google,antum akan dapat tahu cerita sebenar di sebalik April Fool.Kisah umat Islam ditipu pada 1 April dan sebagainya.

Cuma,adakah benar kesahihannya?
Atau hanya cerita yang dibuat-buat supaya umat Islam meninggalkan budaya Apri Fool?

Ana tidak menyanggah cerita tersebut,juga ana tidak terlalu mempercayainya. Tapi,bila sudah jelas perbuatan menipu dan prank orang bertentangan dengan budaya Islam,tidak perlu sangat dibangkitkan soal sejarahnya yang masih samar-samar kesahihannya.Sejarawan-sejarawan Barat mesti gelak sakan bila tengok umat Islam sibuk membuat "cerita".Padahal dalam Al-Quran dan Sunnah sudah terbukti bahawa perkara itu salah.
 
Jika cerita yang kita bawa itu salah,akhlak kita sebagai seorang Islam akan dipertikai.Umat Islam akan dikecam buruk akhlaknya kerana menyebarkan berita tanpa usul periksa.

Tolak sahaja April Fool ke tepi.Kerana ia memang bertentangan dengan akhlak umat Islam.Jangan percaya sahaja,cubalah untuk memahami. :)
"Dont be fooled by the April Fool..and its history"

Comments

  1. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

    1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

    2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

    3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

    4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

    ReplyDelete
  2. Yup!!!
    Fakta Sejarah pasal April Fool berkaitan Islam hanyalah fiksyen bukannya fakta!
    Alhamdulillah, geng ana ini dah makin matang rupanya..hehehe..~
    Yosh!!!

    ReplyDelete
  3. sy dilahirkn pada tarikh ini...selain sy, ada 2 rakan lg yg menyambut hari lahir pada tarikh 1 april...seigt sy sepanjang zaman sekolah dulu, sambutan ini memang dibudayakn...tetapi syukur tdk lah smpai memudaratkn dn keterlaluan...yg pasti, semakin meningkat usia, budaya ini semakin trhakis...tk silap sy beberapa thn dulu pihak media melalui siaran television cuba membudayakn semula sambutan ini tetapi disambut dingin...sy amat brsetuju apa yg ditulis saudara...bernas...semoga kita suma dilindungi dr sifat jahil dn lalai....

    ReplyDelete
  4. Allah kunia kan Al-quraan untuk hambanya yang berfikir , kalau sudah termaktub sebegitu di dalam alquran dan sunnah , sudah tidak menjadi isu , tiru meniru budaya karut nie , sbb semuanya tahu Allah tidak suke kepada golongan munafik ,

    nice entry bro , =)

    ReplyDelete
  5. ishh..ish...menipu eh? ckp psl menipu, sy nk tny lah..ermm..sy kan suka tipu suami dgn niat nk bergurau/kasi surprise. cth, suami call tny harni masak tak? saya jawab malas2 TAK...itu xde..ini xde...pastu bila suami blk, suami suruh siap gi mkn kt luar. tp nt suami tgk, atas meja penuh lauk. kalau mcm tu mcm mana eh? berdosa ke? byk kali sy menipu suami sbb mmg nk gurau / kenakan suami. aduiii...ingt nk tambahkn kemesraan. tp, bila bc ni rs risau pulak.

    ReplyDelete
  6. Saudari NiniHartini:
    Jujurnya,ilmu saya tidak seberapa.Saya masih belajar.Saya juga lebih kurang sama,kadang-kadang menipu dengan tujuan untuk bergurau.Moga Allah mengampunkan dosa kita.

    Sabda Rasulullah S.A.W.:
    Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

    Rasulullah juga bergurau,sama seperti kita,tetapi baginda tidak pernah menipu dalam gurauan baginda.

    Baginda juga bersabda:

    “Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."

    Konklusinya,dalam gurauan,pastikan tiada unsur dusta.Memang kadang-kadang membuahkan kemesraaan,tetapi hati manusia tiada siapa yang tahu.

    Cubalah usaha alternatif lain dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.

    Moga rahmat Allah sentiasa bersama saudari dan keluarga..

    ReplyDelete
  7. terima kasih...tp mmg kdg2 terfikir, kalau dlm perjalanan berlaku sstu pd suami, then x sempat minta maaf sbb tipu suami..ishhh nauzubillah.

    cuma tiap kali lepas bg kejutan tu, mmg saya akn minta maaf kt suami. Dan setakat ni suami tak kisah. Itu yg selalu sy tanya.."abang marah?"..suami jawab "Tak lah..suka"..Sebab sy selalu tipu ckp x masak, kalau saya ada masak yg special.

    tp saya akn cr alternatif lain lepas ni. InshaAllah..Terima kasih. pengisian bermakna.

    ReplyDelete
  8. tq atas info n sy xtaw plk ttg cite ni,,,

    ReplyDelete
  9. Mabruk Akhi ats Tazkirah & perkongsian post kali ini..

    Teruskn menulis, brkongsi & mneyumbang. Moga2 terus Istiqamah dalam "Dakwah Bil Qalam" ini..Ameen

    ReplyDelete
  10. nice sharing....

    rasanya da semakin ramai yg celik dgn sambutan yg ntah pape dr dakyah luar ni...

    ReplyDelete
  11. mmg betul xptt sambut!!!! sy pun ade tbcee n xla lgkap sgt mcm info nie, n thanx yee share

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?