Posts

Showing posts from June, 2013

Introspeksi (2)

Image
Teringat saya ketika kecik-kecik dahulu. Ummi dan abuya tidak benarkan menonton tv hingga lewat malam, apatah lagi bermain game di laptop atau komputer rumah. Tak boleh. Lagi pula game-game itu bukan ummi dan abuya yang beli, tapi kami sendiri yg pandai-pandai 'seludup' masuk dalam rumah.
Tapi kami (saya dan adik beradik) degil. Kami main juga ketika ummi dan abuya tidur waktu malam supaya tidak dimarahi. Kami main selalunya tidak lama. Kerana apa? Sebabnya ummi/abuya pasti akan bangun ketika kami sedang main, untuk tahajjud. Kadang-kadang kami kantoi, kadang-kadang kami sempat berpura-pura tidur. Mujur juga.

Berada jauh di perantauan sekarang, gambar ini sentimental juga pada saya. Saya yakin ummi dan abuya masih tetap istiqamah seperti dahulu, cumanya anaknya ini, apakah dia masih degil seperti waktu kecilnya? Moga sahaja saya (kita) sudah tidak lagi degil seperti dahulu. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami (dengan penuh kasih…

Allah bukan Plan B

Image
Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada' dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T. Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan yang telah Dia aturkan.
Bukan semua ketetapan yang baik pada pandangan kita, semudahnya boleh kita takrifkan sebagai rahmat. Bukan semua ketentuan yang buruk pada penglihatan kita boleh terus kita hukum sebagai musibah dari Tuhan. Kadang-kala Allah turunkan ujian dalam kenikmatan, dan dikurniakan nikmat dalam kesusahan dan ujian. Malah sebenarnya semua yang Allah aturkan, baik nikmat mahupun ujian merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Analogi
Al-kisah ombak di lautan yang luas.
Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia melihat ombak lai…