Pesan Nenek
Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat :
“Nenek menulis apa? Tentang cucu?”
Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,
“Iya, nenek sedang menulis tentang kamu cucuku sayang.."ujar nenek dengan penuh kasih sayang.
"Tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan nenek ini, iaitu pensil yang nenek pakai sekarang ini ”tambah nenek lagi.
“Pensil ini mempunyai pengajaran berguna yang mampu membuat cucu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau cucu selalu memegang prinsip-prinsip berdasarkan pensel ini di dalam hidup cucu.”
Si nenek kemudian menjelaskan kepada cucunya :
==========================
“Dengan sebatang pensel,cucu mampu menghasillkan lukisan yang begitu cantik .Juga cucu mampu menulis puisi yang begitu indah.Tapi saat cucu menulis dan melukis itu,cucu hendaklah sentiasa sedar bahawa ada tangan yang mengorak haluan tangan cucu semasa menulis dan melukis.
Begitulah jua dalam kehidupan cucu,sehebat mana setiap perkara yang cucu lakukan,selalu ingat bahawa Allah lah yang membimbing dan membantu cucu menjadi manusia yang hebat.Jadi jangan cucu sombong dan takbur andai mana cucu menjadi manusia hebat kelak.Nenek risau andai "tangan" yang membimbing itu tidak lagi membantu.
===============
“Cucuku sayang, dalam proses menulis, kadang-kala beberapa kali kita harus berhenti dan menggunakan pengasah untuk menajamkan kembali pensil. Semasa meraut pensel untuk membuatnya tajam,pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali.
Begitu juga dengan cucu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuat cucu menjadi orang yang lebih baik kelak.Kata orang,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.Itulah rencah kehidupan cu..
=======================
"Cucu,apa cucu buat kalau tersalah tulis atau tersilap lukis? Pasti cucu cepat-cepat padam bukan..?
Begitulah juga dalam kehidupan cucu.Kita sentiasa diberikan kesempatan untuk menghapuskan kesilapan-kesilapan dahulu.Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada hambanNya untuk bertaubat memohon ampun kepadanya.Jadi cucuku,andai pernah melakukan dosa dan maksiat,ingatlah bahawa kita sentiasa diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar.Kesalahan yang lalu mampu dihapuskan,andai kita memadamkannya dengan bertaubat kepada Allah.
=======================
"Cuba cucu lihat pensel ini.Bahagian dalam pensel ini yang penting,iaitu karbonnya.Bahagian luarnya hanya sebagai pengukuh sahaja.
Begitulah juga dalam hidup cucu.Bahagian dalaman cucu itu yang penting,yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.Allah juga melihat takwa dalam diri hambanya,bukan melihat pada rupa paras hambaNya.Kerana itu cucu,sentiasalah meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah,kerana dengan itulah cucu akan berada di taraf yang tinggi di sisi Allah S.W.T.
=======================
Perkara terakhir yang cucu perlu ambil pengajaran daripada pensel ini,cucu hendaklah sentiasa ingat.Setiap lakaran dan tulisan dari pensel ini meninggalkan kesan,meninggalkan garis-garis yang membentuk tulisan dan tulisan.Tapi cucu harus ingat,tidak semua tulisan dan lukisan itu disenangi semua orang.Ada yang benci,ada yang dengki dan mungkin juga akan ada yang mengkhianati.
Seperti juga kamu, cucu hendaklah sedar bahawa apapun yang cucu lakukan,hati-hatilah.Berwaspadalah dalam setiap tindakan.Cucu tidak akan sesekali mampu menyenangkan hati semua pihak.Mungkin ada manusia yang kecil hati dan iri hati dengan apa yang cucu lakukan.Oleh karena itu,cucu hendaklah selalu berusaha menjaga setiap tingkah laku cucu,agar cucu sentiasa dalam lindungan rahmatNya.
======================
Kepada cucu-cucu semua,sama-samalah mengambil iktibar.
Terima kasih nenek :)
-mengambil ibrah dari kisah-kisah dahulu :)
wahhhh...dpd pensel pn boley dapat pngajaran....Maha suci Allah~
ReplyDeletehebat analogi pensel nih..
ReplyDeletebyk pengajaran dan sgt berkaitan dgn diri kita...
syukran atas perkongsian..
pengajaran yang berguna:)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletemasyaAllah entri nie best sngt !!
thanks doakan ana utk test JPJ tu ya !
syukran..
ReplyDeleteMudah0mudahan bermanfaat buat semua..
Ini edit daripada entri terdahulu, kerana ana rasa ada pengajaran yg berguna untuk dikongsikan..
@ciksmile
afwan..berusaha lagi..
alhamdulillah..sentiasa berusaha ke jalanNya..
ReplyDeletealhamdulillah..sentiasa berusaha ke jalanNya..
ReplyDeletesubhanALLAH...menarik...tak pernah terfikir sesuatu yang macam nie
ReplyDelete(^_^)
@alif ibnu daud
ReplyDeleteSetiap perkara,jika kita fikirkan secara mendalam,pasti ada hikmah yang tersembunyi yang mampu kita jadikan sebagai pedoman.
terima kasih atas post yang penuh ilmu ni :)
ReplyDeletehidup niekan perjuagan. ada yg berjaya dan ada yg tewas... sesungguhnya proses untuk mengenal jiwa sendiri segala2nya tercurah bila mana kita rasakan ada yang maha hebat berbanding kita yg hidup... maka keinsafan tu datang dan rasa bersyukur tu perlu dan alhamdulillah perlu dibasahkan agar tak tergelincir jauhkan....
ReplyDeleteermm tula...sllu je kite x endah pada pensel padahal ia sgt berbudi
ReplyDeletenice entry~ sesuatu yang ros tak pernah terbayangkan~ hanya dengan PENSEL~:) thanks atas info ni~ sgt3 menarikkk!:)
ReplyDeletesalam 'alaik,
ReplyDeletesalam ukhuwah dan salam perkenalan. Post yang baik. Jemput jadi follower di blog sye. http://syabab-umar.blogspot.com
tersentuh gilaaa :')
ReplyDelete^_^ pengajaran....
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteSalam Ziarah..
ReplyDeleteGaya penulisan yang santai tetapi banyak memberi manfaat dan ibrah pada dri ini.. Syukran d'atas perkongsian.. Smoga Allah meredhai..
@Syahadah Alina
ReplyDeletewaalaikumussalam..
Syukran kerana ziarah..
Afwan..
Ya,semoga Allah meredhai..
waa..amat t0uching...ana nk mintak izin copy boleh?? agr dpt mnjdi pgajaran semua...maaf...
ReplyDelete