Posts

Showing posts from March, 2012

Erti Kejayaan yang Bererti II

Image
Allah Maha Pemurah.
Allah Maha Mengasihani.
Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia.


[Sambungan Erti kejayaan yang Bererti I]


Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab:
”Result tak se’hensem’ tuannya” :) 

Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih. 

Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur. 

فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?  (Ar-Rahmaan:013) 
Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada manusia Allah uji dengan kesenangan yg melimpah-limpah.Ada juga dala…

Erti Kejayaan Yang Bererti I

Image
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang taknak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah,takrif ‘kejayaan’ dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri : Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?

Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan.
Allah S.W.T.
DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik.DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Me…

Kerana Kita Bersaudara I

Image
Dalam dunia Facebook,ana cuba memanfaatkan function 'stalking widget' [baca: ticker/timeline] facebook kat tepi tu.Mula-mula dahulu memang kecewa dengan tahap privacy facebook yang semakin merudum,tetapi lama kelamaan widget ni mula menampakkan 'hikmah'nya.*bijak Mark Zuckerberg nih

Ana jenis yang akan add mana-mana ikhwah yang rajin memberikan pendapat-pendapat mereka di facebook,dengan harapan dapat melihat sesuatu isu yang berlaku dengan lebih luas.Dan ana perasan,ada sesetengah pihak yang pemikiran mereka seringkali bercanggah dengan yang lain.Bukan semua isu,tetapi hampir kebanyakan daripada isu-isu yang timbul seringkali mereka cuba melawan arus[ana langsung tidak berniat mempuak-puakkan sesiapa].Mengenai cara pemikiran,teringat salah satu status update Ustaz Abdul Kadir Aljofre baru-baru ini: Sahabat, bezakan antara berfikir di "luar kotak" dengan berfikir di "luar hukum". Bezakan juga antara idea "merentasi masa" dengan idea "…

Kita yang hidup untuk Mati

Image
Apabila hidup di negara orang,tidak mahu tidak akan berhadapan dengan cabaran rindu. Rindukan keluarga di rumah,guru-guru di sekolah dan sahabat-sahabat yang menjadikan hidup ini lebih indah. Bercakap melalui skype,berchatting melalui facebook,yahoo messenger dan gurauan manja di jaringan maya jauh bezanya dengan dunia nyata.Jauh.Tapi itulah namanya kehidupan.
Baru tadi,usai bangun dari tidur ada sahabat datang mendekat:
“Wafi,enta tolong postkan dalam group kita kat facebook,sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek ana.Baru je meninggal dunia td.InsyaAllah,malam ni ana cadang nak buat solat jenazah ghaib dengan tahlil sikit
Rindu itu mesti. Tapi MATI itu pasti.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu...”(Ali Imran: 185). 

Rindu itu memang rindu.Tapi ana takut andai rindu itu bertukar sendu.Pernah dahulu,dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada seorang pelajar akhawat di sini.Di sebalik rasa kasihan yang bertamu, terbit ra…