Posts

Showing posts from June, 2011

Ibnbakr | A Doctor-To-Be |

Image
Assalamualaikum warahmatullah :)

Tajuk entri ini,ilham semasa dalam bas sewaktu perjalanan pulang dari kolej tadi.Tidak bermaksud untuk meletakkan pengharapan yang tinggi untuk mendapat title "Doctor",tapi lebih kepada satu doa yang tulus dari seorang hamba,dengan minda yang cukup positif dan optimis :) Dengan harapan setiap pembaca yang membacanya,dinisbahkan sebagai doa,yang ana kira sebagai satu rahmat untuk diri ini sebagai seorang blogger :)
Sebenarnya,ana tidak berniat untuk menulis panjang-panjang atau apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran,tetapi entri ini sebenarnya lebih bersifat selfish(mungkin),kerana apabila antum pembaca sekalian yang ana hormati membaca tulisan ana kali ini,sudah cukup untuk mendoakan kejayaan ana menjadi seorang doktor kelak,InsyaAllah.
Doakan kejayaan kita semua sebagai hamba..
Doakan kejayaan kita semua sebagai khalifah..

Doakan kejayaan kita semua sepanjang berada di bumi Allah :)




p/s: Ana cadang untuk update blog ini dengan sedikit manfaat …

Lahir Menangis,Mati Tersenyum :)

Image
Assalamualaikum warahmatullah :)
Ana tertarik untuk berkongsi satu perbandingan mengenai permulaan dan pengakhiran kita di dunia ini.
Bila kita hidup,semua manusia tersenyum gembira.Tapi kita,bayi yang masih kecil menangis teresak-esak,lantaran berbezanya suasana di dalam rahim ibu dan dunia sebenar.
Itu sewaktu kita lahir ke dunia. Manusia gembira,kita berduka.


Terfikirkah antum,apakah bila ajal menjenguk kelak,saat 'izrail memberi 'salam'nya,kita masih berduka,dan saat itu manusia yang lain masih tertawa? Apakah pabila kita lahir,manusia tersenyum,pabila kita mati kelak,manusia lain masih juga tersenyum gembira?Apakah masih sama,apabila kita lahir,kita menangis teresak-esak,dan saat kita mati,masih juga kita menitiskan air mata?
Nauzubillahi min zalik.
Tidak. Berusahalah.
Biar kita lahir,kita menangis,yang lain gembira. Tapi bila kita mati,biar orang lain menangis,kita tersenyum gembira.
Tersenyum melihat indahnya syurga kurniaanNya. InsyaAllah.



Kerana itu,teruslah berusaha mencari …

Alhamdulillah : Published

Image
[minta maaf,ini entri berbaur poyo dan riak]

Assalamualaikum warahmatullah.. :) Berkat ihsan laptop dan broadband rakan,ana dapat online sebentar.Tidak berniat untuk update bog sebenarnya,tapi bila ana buka yahoo inbox tadi,dapat satu mesej daripada krew IluvIslam,menyatakan artikel yang ana hantar dahulu sudah diterbitkan.
Alhamdulillah,syukur pada Allah.
Ana kira,ia satu permulaan yang baik.Ana baru mula berjinak-jinak dengan penulisan artikel secara teratur dan matang,dan apabila diberi penghargaan sebegini,sejujurnya ana berasa cukup bertuah.Bukan berniat untuk membangga diri,apatah lagi memoyokan(maaf kalau perkataan tiada di dalam kamus) diri sendiri.
Tapi ana harap,dengan ini ana lebih rajin me"maksa" diri untuk rajin berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat disini,bukannya melambakkan blog ini dengan entri-entri berbaur peribadi.Bukan salah entri berbaur peribadi,tetapi kadang-kadang,adalah lebih baik kita mengajak bersama-sama pembaca mencari redha Ilahi bersama.InsyaAl…