Posts

Showing posts from January, 2011

Tetamu Dataran Syam

Image
Hatimu perlu cekal dan tabah, sesabar tiga sahabat Rasulullah, jiwamu perlu subur dengan Iman, Sesubur dataran Syam bertuah! [Ustaz Hasrizal Abd Jamil]
Masih dalam usaha menghabiskan bacaan "Rindu Bau Pohon Tin" karya Ustaz Hasrizal.Jujur,ana cukup terkesan dengan hasil tulisan beliau.Pengalamannya menimba ilmu di bumi Syam digarap dengan cukup baik,bersahaja.Travelog yang mengajak kita mencari diri dan kembara dalam memburu cinta Ilahi.

Ber"jiran" dengan sahabat-sahabat Rasulullah dalam menuntut ilmu cukup bertuah.Sungguh,harapan ana cukup tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara,lebih-lebih lagi di Timur Tengah.Ana masih cuba untuk menjadi seorang yang realistik dalam menetapkan matlamat.Walaupun keputusan SPM masih belum keluar,ana tidak mahu memandang rendah kepada diri sendiri.Tapi,walau apa jua keputusan yang Allah tentukan,ana akan berusaha untuk meredhainya dengan hati yang tenang.
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan r…

Kalam Kebenaran

Image
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari). ===========================

Mahu Allah famouskan diri kamu?

First thing first!
Cinta manusia kamu letak sebelah,sampai masa dan ketika,kamu akan dapat kedua-duanya.
Percayalah!
Jangan kamu tipu diri sendiri..

Mahu dicintai Allah?

Klik sini: Habibati

==========================

:) Maaf,masih belum ada kesempatan untuk menulis..

"Kalam kebenaran tidak akan berdusta..Percayalah..!""Jadi diri kamu sendiri,terus s…

Perbetulkan yang biasa,Biasakan yang betul

Image
Petua indah daripada Ibn Athaillah: Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan ialah kembali kepada Allah di awal perjalananHabit sama semasa di smap kajang kadang-kadang sukar diubah.Ana masih ingat,mungkin hampir dua tahun ana tidak tidur beralaskan tilam di sekolah.Satu aktiviti yang cukup tidak menyihatkan badan. Mujur di tingkatan 5 mungkin kerana ana terlalu penat,habis sahaja prep ana akan terus baring atas katil(selalunya katil kawan,sebab katil ana kat atas,malas panjat),mata akan terus terlelap tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku.Ya,bila sudah jadi habit,kadang-kadang walau kerja bertimbun mata akan tetap dipejam,berlagak tenang..haha..Ana tahu,nanti kalau tuan katil nak tidur mesti dia kejutkan(walau susah ana nak bangun,dan kadang-kadang tak bangun2).Tapi bila itu juga menjadi kebiasaan,tuan katil sudah tidak mahu kejutkan ana,tapi diorang tidur di tempat lain.
Setiap manusia punya kebiasaan masing-masing,perkara pertama dibuat selepas tidur,cara percakapan,cara be…

PengajaranNya

Image
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi: "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan…

Kamu Hedonis?

Image
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”(Al-An’am: 32).Ingin ana berkongsi mengenai budaya Hedonisme.Jujurnya,ana mengetahui mengenai Hedonisme semasa ana melayari website IluvIslam,yang mana pada ketika itu dianjurkan pertandingan Esei mengenai budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat kini.Pada mulanya ana agak bersemangat untuk turut serta,namun  niat tersebut  terpaksa dilupakan atas faktor-faktor akademik yang lain.Jadi semasa ana 'kemas' pendrive tadi ana terjumpa bahan-bahan rujukan yang berkaitan jadi timbul idea untuk turut berkongsi di sini.
Umumnya,akal remaja ana mebuat konklusi bahawa budaya hedonisme adalah satu budaya menjunjung tinggi hiburan dalam kehidupan seharian sehingga melupakan hakikat diri sebagai hamba.Itu pendapat yang ana mampu simpulkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,hedo…

Be ready :)

Image
Semalam satu lagi mesej daripada sahabat ana masuk inbox.Mangsa Program Latihan Khidmat Negara. Dah memang ana dah malas nak tekan keypad phone,jadi ana terus call dia.First benda yang dia cakap: "Wafi,ana rindu sangat nak cakap ana anta"Mula-mula ana gelak,tapi bila ana fikir semula,mungkin satu hari nanti ana pula yang akan berkata sedemikian. Dan ana masih mampu bersyukur ana masih mampu untuk terus mengamalkan sunnah baginda Rasulullah tersebut.Syukur ana masih dikurniakan sahabat yang terus untuk beristiqamah.Kemudian dia terus bercerita : Wafi,doakan ana.Ana takut sangat.Iman ana boleh goyang kat sini.bayangkan sebelah ana orang yang kuat Katolik dan sebelah lagi seorang anak sami yang memang taat pada agama.Diorang tak habis-habis akan berusaha mempersoalkan tentang Islam. Ana tak pasti apa yang ana jawab,yang pasti kata-kata semangat(haha)..Ana tak lihat perkara ini sebagai satu perkara yang main-main,kerana berkemungkinan besar ana akan berada dalam situasi yang sama n…

Bebaskan Diri Anda

Image
Dependent

Memetik kata-kaya dari Stephen Covey dalam The 7 Habits,"manusia tidak boleh berperanan efektif selagi mana dia seorang yang DEPENDENT.Apa itu dependent? Dependent merupakan terikat atau tertakluk dengan faktor luaran sehingga akhirnya mengongkong diri sendiri.Diri terkongkong dengan perkara-perkara lain sehingga menghalang kemajuan diri sendiri.
Misalnya rakan-rakan,suasana sekeliling,ibu-bapa,adik-beradik.. Ada yang memberikan alasan bahawa dia tidak boleh menjadi baik kerana rakan-rakannya kurang baik dan nakal. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." Bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan atau bersahabat dengan…

Ikhtilat

Image
Apa itu ikhtilat?
Ikhtilat bermaksud pergaulan dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.

Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil
Pengharaman pergaul…

Venture

Image
Baru selesai membantu ummi menyiapkan tugasan terakhir memeriksa kertas Sejarah SPM 2010.Hanya mampu membantu membaca markah calon-calon untuk dicatat.Esok kertas soalan akan dipulangkan.Kalau ikutkan,2 tahun lepas ana dah boleh hafal skema pemarkahan untuk soalan struktur SPM berkaitan bab tingkatan 4 sebab ana berpeluang membantu ummi sedikit sebanyak.Tapi untuk tahun ini,ana tidak sanggup untuk melihat skema tersebut,ada terbit perasaan cuak.Ana salah seorang calon jadi ana rasa adalah lebih baik untuk ana tidak terlalu ambil tahu[niat nak menolong ummi memang ada sebenarnya].
Kadang-kadang kebenaran itu agak sukar untuk ditelan,dan tidak boleh diluah sesuka hati.Itulah yang ana belajar sepanjang berjuang menghadapi SPM.Ana ingat lagi,sebelum masuk dewan,ana akan cuba untuk kosongkan fikiran dan baca surah al-Insyirah banyak.Biar hati betul-betul tenang[susah nak tenang sebenarnya]. Tapi kalau habis subjek untuk hari tue,ana rasa bahagian tempat ana duduk yang akan paling bising.Ora…

Shoutbox

Contact

Image
Facebook Profile:
Hazmi Al-Wafi Create Your Badge
Tweeter:
Formspring:
<p><p><p><p><a href="http://www.formspring.me/Ibnbakr">http://www.formspring.me/Ibnbakr</a></p></p></p&amp…