Posts

Showing posts from November, 2009

Kesetiaan : Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala ..........................................................................................
Kisah dahulu.
Satu janji.
Janji gila.

Khutbah Terakhir Baginda Rasulullah..

Image
9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah....


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam per…

Istimewa AidilAdha : Kerana Manisnya Pengorbanan

Image
[www.iluvislam.com]

Dilema Seorang Da'ie

Image
Amirul melabuhkan badannya ke tilam setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan homework yang harus disempurnakan sebelum esok. Selesai saja tugasan yang diberikan, Amirul terpaku seketika mengenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Amirul bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke masjid setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik dorm je la. Boleh landing kejap sebelum ke mandi.."


"Amirul...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur gurunya, Cikgu Amira. Mata Amirul cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak..…

Jamuan Badan Kepimpinan Pelajar...

Image
Alhamdulillah,hasil penat lelah kitorang pemimpin pelajar form 4(ana x penat sgt pown,bkn wat keje sgt..hehe..),kitorang berjaya menjayakan jamuan akhir tahun Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang tanggal 16 November 2009.. Dengan berbekalkan semangat yang jitu(ceh..!!),hati yang ikhlas n cam2 lagi,majlis berjalan dengan agak lancar..ada la dalam beberapa bulan kitorang rancang majlis nie..Kitorang pilih Restoran Nelayan,berdekatan dengan Tasik Titiwangsa sebagai venue majlis kitorang..restoran nie boleh tahan la.. Ana ingat kan tempat nie biasa je tapi time ana datang,ada gak arr sedikit perasaan kagum terselit di hati..hehehe...
Start dalam pukul 8.00 malam sampai la lebih kurang 10.30 malam...time masuk dihiasi dengan lilin,dah cam deepavali dah..haha..xdela,lawa arr pemandangan time tue..pastu disambut oleh pemimpin pelajar form 4,dapat door gift n cam2 lagi la..enjoy arr majlis kali nie..x sia-sia usaha kitorang..makanan dia pown sedap dan banyak..kito…