Belajar Perlu Berguru

Dalam tahun terakhir pesekolahan di Smap Kajang,antara hikmah terbesar yang ana mampu lihat mengapa ana diberi tanggungjawab yang besar di sekolah dahulu,ialah berkatnya keberadaan seorang guru.Betapa mulianya taraf seorang guru.Kerana tanggungjawab tersebut,ana menjadi begitu rapat dan serasi dengan Ustazah Saadiah.Itu antara yang hikmah yang mampu ana ambil,tapi ana yakin ada banyak lagi hikmah di sebaliknya aturanNya.
"Belajar itu perlu berguru.."

Itu antara bait-bait butir mutiara indah Ustazah Saadiah kepada ana.Bahawa sesungguhnya berguru itu membawa keberkatan.Beliau merupakan salah seorang yang menuntut di Darul Syifa' dengan Dr. Harun Din,dan alhamdulillah,beliau bermurah hati mengajar ana sedikit sebanyak mengenai ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Setiap doa yang beliau berikan kepada ana,ana perlu hafal  dan tasmi' dengannya secara berdepan. Lepas itu,katanya barulah ana mempunyai tauliah untuk mengajar orang lain.Tapi,disebabkan ana bukanlah manusia yang mepunyai banyak masa lapang di sekolah,ana hanya mampu menghafal sedikit sahaja,cukup rugi sebenarnya.Tapi,kerana berkatnya belajar dengan seorang guru,doa itu masih mampu ana ingat.. Syukran ustazah :)

Elakkan belajar tanpa guru

Antara novel terbaru yang ummi beli sebelum ini,novel-novel sejarah dan tokoh Islam.Dan ana sempat habiskan novel mengenai Imam Syafie,Imam Hanafi dan  Sultan Al-Fateh.Menyelusuri latar pendidikan mereka,kita dapat melihat bagaimana merek berusaha menuntut ilmu.Mereka menuntut ilmu secara berdepan
dengan guru-guru mereka.Bahkan mereka sanggup bermusafir berbatu-batu jauhnya hanya untuk belajar,bertalaqqi dengan guru-guru mereka.

sekadar gambar hiasan
Jika disingkap sirah baginda Rasulullah,baginda juga berguru.Guru baginda malikat Jibri 'alaihi salam.Baginda diajar kalamullah yang dizahirkan iaitu "Iqra'".Demikianlah juga dengan para nabi dan rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa misalnya berguru dengan Nabi Khidir Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.

Jelas bukan,mereka semua berguru.

“Sesiapa yg belajar ilmu tanpa berguru maka syaitan adalah gurunya”.

(Di dalam kitab “ Al-Kasyfu ‘An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh ", Asy-Syeikh Mahmud Abdul Rauf al-Qasim menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , antaranya Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e , Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi dan al-Imam al-Ghazali.)

Berkata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd:

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis, lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya.

Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.

Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik.
Mereka juga tidak mempelajari ilmu Usul Fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan segala permasalahan.

Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik.

Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi:

Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

================================

Bukanlah kita dilarang sama sekali belajar tanpa guru,tetapi belajar dengan berguru,kita akan diberikan penelitian dan perhatian tentang keharusannya pada beberapa ketika.Pada perkara-perkara yang penting.Belajar asas-asas penting mengenai sesuatu ilmu daripada seorang guru,barulah harus membaca buku-buku atau artikel-artikel ilmiah yang berkaitan untuk menambahkan lagi pengetahuan.

Kalau tidak berkesempatan menuntut ilmu daripada seorang guru,bacalah buku-buku atau dengarlah ceramah-ceramah dan boleh juga membaca di internet untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing.
Namun jika terdapat sebarang perkara yang kurang difahami,rujuklah kepada ulama/'atau guru yang diyakini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.Kerana mereka pasti lebih arif dan memahami daripada mereka yang hanya membaca semata-mata sebagai rujukan.

Imam Syafie menyebut di dalam syairnya yg masyhur,

"Saudaraku, engkau tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan enam perkara:
 
1- Kecerdikan 
2-Berkemahuan 
3-Bersungguh 
4-Mempunyai bekalan 
5-Berteman dengan guru 
6-Panjang masa."
Jika mahu menjadi pandai, maka penuhilah keenam-enam syarat. Anda mungkin cerdik, tapi adakah anda mahu belajar? Jika mahu, maka mesti dengan kesungguhan. Juga perlu punya bekalan. Sentiasa mendampingi para ulama dan perlu menghabiskan masa yg lama.
==============================
Pernah antum terasa suatu perasaan yang membuak-buak ingin menguasai ilmu pengetahuan? Terasa seperti ingin menguasai semua bidang ilmu? Berkeinginan menjadi seorang yang sempurna di mata semua orang?

Pernah?

Itulah yang pernah ana rasa dahulu.Ya,dahulu..Ana mahu cuba setiap perkara.Mahu jadi manusia sempurna.Mahu jadi pelajar paling hebat.Mahu macam-macam.

Tapi,itu semua cerita dahulu,cerita mengenai cita-cita yang tidak tercapai.Sebab ana tahu batas ilmu diri sendiri.

Cuma mahu nasihat kepada mereka-mereka,terutama pemuda-pemudi yang ghairahkan ilmu, pengetahuan,jangan terlalu tergopoh-gapah,jangan terlalu gelojoh.First thing comes first.Jangan dikejar ilmu yang susah tanpa menguasai perkara asas.Jangan mudah terikut-ikut.Dan jangan terlalu membangga-bangga dan mendabik dada.

[InsyaAllah,moga cita-cita itu tercapai suatu hari nanti :) ]



Comments

  1. Kalau belajar dengan guru secara online di internet? Dikira sebagai muamalah sesama manusia juga kan?

    Maka ilmu itu juga diwariskan kan?
    Betul tak apa yang ana tanya ini?

    ReplyDelete
  2. Akmal : Rasanya,kalau insan di internet itu kenal anta,yakni dengan benar-benar mengtauliahkan anta sebagai anak muridnya yang sah,dan dia mengambil berat dengan hal pendidikan anta,itu pastinya sangat baik.Tapi kalau kita hanya membaca dan mengamati tulisannya semata-mata,lebih baik mencari seorang guru yang betul-betul nak tumpukan perhatian kepada anak muridnya. Supaya tidaklah kita terumbang ambing sorang2..

    Akmal,banyak benda ana nak belajar sebenarnya,tapi hanya mampu fokus kepada perkara asas,sebab yang basic ana masih belum kukuh sangat. Kalau tak,banyak lagi topik ana nak cuba bawak dalam blog ni,tapi satu hari tue[dah lama dah],ana terbaca artikel Utz Hasrizal dalam solusi,mengenai budaya mencari ilmu tanpa mengenal pintu masuk ilmunya.Ana takut ana membuta tuli dalam belajar,bahaya jadinya.Lagi2 kalau nak cuba sampaikan kat orang lain.. Itulah kena ada seorang guru yang prihatin,yang betul2 ikhlas nak bimbing kita,kalau x susah jadinya..

    ReplyDelete
  3. Syukran Jazilan Ni Fang!
    Ana sangat menghargainya...

    Ana akan lebih berhati-hati lepas ini..

    Yosh!!!

    ReplyDelete
  4. Afwan2..

    Moga kita terus dahagakan ilmu.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?