Posts

Showing posts from April, 2013

Yang ada ini, sudah harapan kita.

Image
“Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. ItulahAl-QurandanSunnahku.”
Kata-kata di atas merupakan petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Baginda tinggalkan sumber bekalan sepanjang zaman-Al-Quran dan As-Sunnah-sebagai panduan dan pedoman hidup kepada umatnya yang sangat Baginda cintai. Ingatan dan kasih baginda pada umat-umatnya tidak pernah luntur padam. Hatta sampai akhir nafas baginda sekalipun baginda masih mengenangkan umatnya.


تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ     
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesa…

Idiotitis

Image
Entah berapa kali saya dipesan-sama ada dalam majlis formal ataupun sembang-sembang bersama rakan-bahawa sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia bodoh. Cuma Allah menciptakan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza, Pun begitu saya tetap tidak menafikan bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya. Dia mampu menjadikan seorang yang bijak itu akhirnya bodoh, dan menjadikan yang bodoh akhirnya bijak.
Kun fayakun.
Perbezaan
قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون
“Katakanlah (Wahai Muhammad) adakah sama bagi mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui”.(Surah al-Zumar: 9)

Maka ketahuilah besar perbezaannya antara orang yang mengetahui (bijak) dan orang yang tidak mengetahui (bodoh). Saya tidak benar-benar mengetahui perbezaan yang sebenar antara kebijaksanaan dan kebodohan. Cuma saya pasti bahawa ada jurang pemisah yang besar antara kedua-duanya. Dan saya berpegang dengan falsafah bahawa perbezaan antara manusia yang bijak dan manusia yang bodoh adalah:  “Manusia yang…

Kelentang-Kelentung

Image
Dahulu, saya suka baca hikayat penglipur lara zaman dahulu kala. Pada bacaan saya, kisah-kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga. Orang tua-tua dahulu, kisah-kisah mereka bukan sahaja punya elemen sastera. Mereka bercerita kisah bagaimana untuk menjadi manusia.  
Kisah Mat Jenin contohnya.
****** Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.
Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.
Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan d…