Posts

Showing posts from April, 2012

Cerpen-Persis sungai yang mengalir

Image
Amirul melabuhkan punggungnya di bangku di luar khemah melepaskan lelah.Dia sedikit letih melayan para peserta kem motivasi dari pagi tadi.Sedang asyik dalam lamunan,dia didatangi seorang peserta. Dengan langkah yang lemah tanpa secalit senyuman di wajah,Amirul dapat merasakan adiknya ini sedang menghadapi masalah yang cukup besar baginya.Dan ternyata telahannya betul.Melihat Amirul berseorangan, anak muda itu mengambil keputusan untuk menceritakan masalahnya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luqman.

Walaupun masih terasa penatnya,Amirul menggagahkan dirinya untuk mendengar masalah anak muda tersebut  dengan baik.Sebagai fasilitator untuk kem motivasi,dia memang terlatih untuk menjadi pendengar yang baik.Usai Luqman bercerita,Amirul bingkas bangun ke bahagian penyediaan masakan untuk peserta.


"Sekejap ye Luqman,ana ke bahagian dapur sekejap."

Amirul kembali dengan memegang dua gelas nescafe di tangannya sambil tersenyum.


"Nah,cuba enta minum ini.Ana memang pakar buat kopi …

Kita yang Tidak Melihat I

Image
Ana mulakan kalam bisu hari ini dengan gambar di atas.Ihsan henset murahan,tapi gambarnya sudah cukup menggambarkan betapa indahnya ciptaan Tuhan.Dan untuk gambar kali ini,ada satu persoalan ingin ana ketengahkan. 
“Apabila melihat gambar di atas(gambar laut),apa yang kalian bayangkan?” 
Laut biru?  Seafood?  Tsunami? 
Apa yang kalian bayangkan? 
Sebagai seorang mahasiswa perubatan,ana melihat laut sebagai sumber ketenangan.Mungkin sahaja bagi mahasiswa Mesir lain,yang terlalu lama mengidamkan makanan laut [baca:seafood],mereka melihat laut sebagai sumber makanan. Manakala seorang nelayan, haruslah dia melihat laut sebagai mata pencarian.Dan mungkin ada antara saudara-saudara kita di sana, melihat laut sebagai raksasa yang menakutkan.Trauma tsunami yang masih belum kebah! 
Benda yang dilihat(laut) sama.Tapi masing-masing berbeza ‘pandangan’nya.  Percaya atau tidak,apa yang kita lihat itulah,apa yang kita dapat. 

Contoh mudah,kuliah di universiti dan ceramah di masjid. 
Berapa ramai ant…

Hingga ke Syurga

Image
'Jom!' 'Ke mana?'
"Ke syurga,bersama-sama^^"