Posts

Showing posts from December, 2009

Ketika Cinta Bertasbih..

Image
Herm..saja nak kongsi..semalam,ana berkesempatan usha satu cerita..sejujurnya memang kisah cinta..hehe..tapi cinta Islamic..bukan kerana nafsu semata-mata..tapi bertuntaskan Allah yang Maha Esa.. Ketika Cinta Bertasbih..baru ana berpeluang nak tengok..dah lama dah teringin..tapi homework minta dihabiskan dlu..so,terpaksa habiskan semua homework dlu.. Kisah yang hebat..walaupown ceritanya ana dah baca dalam novel,tapi ana teringin gak merasa kelainan..Waaa..kadang2 termuhasabah diri bila tengok citer nie..bukan sebab cinta,tapi..sebab terasa diri ini begitu hina..satu lagi ana memang suka tengok cerita berlatarbelakangkan Timur Tengah..dengan harapan diri ini akan berkesempatan berada di sana...ameen..try la tengok..InsyaAllah.. Mungkin banyak persoalan antum akan terjawab...klik sini [Ketika Cinta Bertasbih]

Salahkah Aku bersedekah..??

Image
Pada suatu hari pemuda dermawan ingin memberikan sedekahnya namun tidak mahu orang yang menerima sedekahnya kenal dengannya. Pada malamnya, dia keluar membawa seuncang wang emas lalu berjalan mencari orang miskin. Selepas lama berjalan, dia bertemu seorang lelaki tidak dikenali, lalu terus diberikan wang berkenaan dan beredar tanpa mengenali lelaki itu.

Keesokan paginya, penduduk gempar kerana orang yang menerima sedekah itu adalah pencuri. Akhirnya, berita itu sampai kepada lelaki berkenaan, ia menyebabkan beliau susah hati kerana memberi sedekahnya kepada orang tidak sepatutnya menerima dan bimbang sedekahnya tidak diterima Allah.

Pada malamnya, sekali lagi, lelaki dermawan itu keluar dengan membawa seuncang emas dengan harapan sedekahnya dapat diberikan kepada penerima yang layak. Sampai saja di sebuah tempat, dia terlihat seorang wanita sedang duduk di tepi jalan menunggu sesuatu. Sampai saja di tempat perempuan, dia terus memberikan wang kepadanya tanpa bercakap dan terus beredar.

The Art of Sleep,,..

Image
Tatkala ana menaip sekarang,ana sebenarnya telah selesai menjayakan satu eksperimen..hehe..xdela cam eksperimen tapi boleh dikatakn camtue la..ana berusahakan untuk manfaatkan masa cuti dengan merancang sesuatu untuk menghadapi tahun 2010..tahun yang ana inginkan kepuasan dalam hidup ana..Tau apa ana eksperimenkan?? Pasal tidur..resultnya..ana kena at least 3jam..thats quite enough for people like me..
Umumnya,kebanyakan berpendapat setiap orang memerlukan tidur antara 6-8 jam setiap hari..Namun sebenarnya kuantiti tidur setiap manusia itu berbeza..Tidur yang bertujuan untuk beristirahat bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Bagi orang yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal.Kanak-kanak pula memerlukan tidur yang cukup untuk proses kehidupan yang bakal mereka tempuhi..Itulah sebabnya time kecik-kecik dulu kita disuruh tidur awal..tapi xnak..sekarang baru la rasa betapa nikmatny…

Ini satu pembaziran,,

Image
Firsly,ana nak betulkan tajuk entri ana kali ini..Ini bukan satu pembaziran.. Kenapa..?? Kerana bukan satu,tapi lebih..melebihi satu..Membazir..?? Apa yang membazir..?? membazir tue saudara syaitan..Bukan ana cakap,tapi baginda Rasulullah sendiri yang cakap..Tapi kan,ana xde la nak fokuskan skop kali nie pasal pembaziran wang..kad kredit ke,hutang ke,apa ke semata-mata.. but then,ada perkara yang lebih teruk kita bazirkan..adeyh..masalah besar gak nie..

Ada manusia yang sedar dia sedang membazir,tapi,yela..manusia.. (cam penulis nie la,taip je tau.. :) Wat rileks je la kan..hidup mesti rileks..mesti tenang..Isy,tapi kalau dah rileks sangat masalah namanya tue..Haa..apa yang kita bazirkan..?? Isy,kalau la kita fikir sama-sama,banyak sebenarnya yang kita bazirkan sebenarnya selama nie..Tapi kat sini ana nak highlight somethings yang ana agak penting dan terlalu membazir untuk dibazirkan..

Pertama la,our knowledge..ilmu yang kita ada..yang kita perolehi hasil penat lelah kita belajar..ka…

Nilai sebuah Kemaafan..

Image
Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir pada suatu. Amirul dan Hisyam namaya. Mereka tersesat.Kompas ada tapi xtau nak guna.. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. menyalahkan orang lain tidak pandai menggunakan kompas.Amirul tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Hisyam. Hisyam sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Amirul Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Hisyam yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Amirul.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Ami…

Muharram : Shahrullah

Image
Muharram :bulan pertama dalam Tahun Hijrah. Pada awalnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ yakni Allah SWT melarang peperangan atau pertumpahan darah berlaku. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah iaitu shahrullah disebabkan kemuliaan serta kelebihan bulan imi.Sejak pemansuhan itu berlaku, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Namun,Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam.

Daripada Al-Hassan Al-Basri :“Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah terdapat bulan ya…

Aset Penting Gerak Kerja Islam

Image
Aset Penting Gerak Kerja Islam
Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan golongan syabab (muda) memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Walaubagaimanapun, kenyataan ini bukanlah untuk merendah-rendahkan golongan yang sudah melepasi dunia muda atau tidak mengiktiraf jasa-jasa mereka dalam perjuangan Islam, tetapi sekadar menyedarkan pemuda pemudi Islam akan peranan kita.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).
Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.
Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat Pertama Syarat pertama yang disebut dalam a…

Beautiful of Ta'aruf..

Image
Wahai manusia!sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
(al-Hujurat:13).


Ta’aruf..perkataan yang ana mula tahu mengenainya apabila ana menjejakkan kaki ke biui penuh tarbiah,Smap Kajang..salah satu daripada rukun usrah..juga aktiviti yang ana mula tahu mengenainya setelah bertapak di bumi penuh barakah..InsyaAllah.. Berkenalan,mungkin itu merupakan maksudnya yang dapat diringkaskan..mengenali satu sama lain..dalam kata lain mengetahui dengan lebih dekat mengenai diri seseorang..

Juga saling berkait rapat dengan ukhuwah..yakni hubungan persaudaraan yang memang sedia terjalin antara seluruh manusia..sukar untuk mengeratkan ukhuwah jika tidak dimulai dengan taaruf..ya,taaruf memang merupakan elemen penting dalam setiap perhubungan..dan juga merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi memandangkan ianya amat berkait rapat dengan ukhuwah..

Tidak akan ada persef…

My name is Aisha.

Image
A spiritual humanist’s journey to Islam.

My name is Aisha..I am from Melbourne,Australia and here is my story..
I always found myself to be a person who likes to question things.As a little girl,I was always asking questions as children do and as I moved into my teenage years I found myself interested in philosophy nad science.I wanted to understand how things work and to analyze the world we live in.

I started to questioned my previous religion and its practices at the age of 15.I started to explore others faiths and after finishing bachelor of Science,I traveled to Nepal and India where I wa exposed to a side of humanity u had never faced in Australia..a humanity that lived amongst nature and away from the materialistic way of life we have in the modern world.
This experience changed me in a way that I felt we are all one people and we are all equal..I felt this sense of equality amongst humankind,from talking to the holy man of India to the orphan children in Nepal,we are all equal.Thi…

Maria Hertogh@Natrah

Image
Assalamualaikum..
Ana nak kongsi satu peristiwa yang berlaku pada 59 tahun yang lalu,namun tarikh yang sama hari ini..berkenaan seorang wanita yang pada awalnya Islam namun akhirnya hidupnya berubah atas tindakan undang-undang..nama Islamnya Natrah atau nama sebenarnya Bertha Hertogh..Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda
24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah buk…

Hikmah Senyuman :)

Image
Assalamualaikum warahmatullah :)

Fakta-fakta menarik mengenai senyum..

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan …

Minda Positif :)

Image
Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.
Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...
Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes…

Doa :Tok Guru Nik Aziz

Image
Ana tertarik dengan isu ini..baru semalam je ana tau..ketika menonton berita di Tv1(hajatnya nak tengok berita sukan je..hehe),tetiba isu ini ditimbulkan pihak media..ada tokoh-tokoh politik yang memberikan komen mereka..macam-macam komen mereka..disebabkan itu merupakan saluran kerajaan..so komen yang diberikan pastinya membidas kenyataan yang dikeluarkan Tok Guru..
Berbalik kepada tajuk entri ana di atas,dimakbulkan?? Wallahualam..Allah sahaja yang  Maha Mengetahui.. Kita sama sekali tidak layak untuk memutuskan kehendak dan keputusan Sang Pencipta..seja je letakkan tajuk yang sedemikian..ana bukan orang politik(baru 16 tahun),dan ana juga bukan dari keluarga yang suka berpolitik..dan tidak minat pown nak menjebakkan diri dalam bidang politik..namun,ana tidak rasa ana ingin kupas soal politik di sini..ana ingin memberi pendapat tentang doa dan kenyataan yang dikeluarkan Tok Guru Nik Aziz..
Jumaat lepas,Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan …