Andai jatuh,Bangun..!!
Lumrah kehidupan,tidak semua perkara yang kita impikan bertukar menjadi kenyataan. Kadangkala, takdir Tuhan berbeza dengan kemahuan kita,kemahuan manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup.Bak kata Ustaz Pahrol,"Takdir mengatasi Tadbir”.Sungguh,memang takdirNya pasti mengalahkan tadbir manusia.
Hidup umpama roda.
Kehidupan merupakan suatu putaran.Jadi,kerana masa terus berlalu dan berputar,tidak selamanya kita akan berada di atas,dan juga tidak tidak selamanya kita akan berada di bawah.
Ana masih ingat,seawal pembabitan ana dalam hoki di sekolah dahulu,kami selalunya menang.Paling kurang kami mesti main hingga ke finale.Masih ingat lagi betapa gembira sewaktu dapat mewakili daerah Hulu Langat untuk Olimpik Muda waktu Form 2,gembira sangat sebab dapat baju daerah[walaupun waktu tu designnya tidaklah secantik mana]
Tapi semua itu tidak lama.Bila usia meningkat,kejayaan itu ditarik,sedikit demi sedikit.Last tournament yang ana berpeluang menyumbang jasa kepada sekolah,Open Uniten.Pertandingannya sehari selepas tamat SPM.Dan ternyata,kami tak selamanya berada di puncak.Walau sepatutnya kami serbenarnya sudah berpeluang menjejak ke peringkat seterusnya,tetapi disebabkan kealpaan kami sendiri,akhirnya terpaksa pasrah,pasrah bahawa kejayaan dan kegagalan itu silih berganti dalam karier kami.
"Andai jatuh,bangun..!!"
*InsyaAllah,akan cuba bangun kembali dalam Kejohanan Open Selangor nanti..
[kami tidak pernah jemu berbakti untuk smap kajang,walau sudah menjadi alumni :) ]
Failure is a good start :)
Jika berbicara mengenai kegagalan,antara contoh yang dapat ana kongsikan berdasarkan kehidupan ana sewaktu di sekolah dahulu,mengenai Hari Sukan.Saban tahun,sedari ana form 1,Khalid Al-Walid[rumah sukan ana] mesti akan berada di tangga paling corot[diceritakan bahawa sebelum batch kami juga perkara yang sama berlaku].Panas juga telinga diejek rumah sukan lain,tetapi apa boleh buat,selalunya nasib tidak berpihak kepada kami.
Jika dalam karier hoki ana,kejayaan diganti dengan kegagalan,nasib rumah Khalid Al-Walid adalah sebaliknya.Pada tahun terakhir,kami ahli-ahli Khalid Al-Walid berjaya membuktikan tidak selama-lamanya kami digelar loser.Setelah bertahun-tahun di tangga terakhir,akhirnya tahun akhir kami berakhir dengan berada di tangga kedua.[malang sungguh drama kejayaan itu ana tidak dapat rasai kerana ana berada di Johor waktu itu]
Lihat bukan,
Kegagalan yang kami lalui menjadi pemula kepada kejayaan yang menanti. :)
Kerana kegagalan yang berlalu kami jadikan sebagai pengajaran,dan terus beusaha membuat perubahan, demi cita-cita mahu menggapai kejayaan :)
Sungguh,
Ujian dan kesusahan perlu kerana ia adalah jambatan ke arah kejayaan dan kecemerlangan
"Selagi mana kita berusaha membuat perubahan dalam hidup,yakni perubahan kepada kehidupan yang lebih baik,kita masih belum ditakrifkan sebagai manusia yang gagal."
-Ibnbakr-
Ingat,kalau jatuh,BANGUN! [jangan hanya tahu menangis :) ]
[maahlah pembaca sekalian,tiba-tiba terasa mahu bercerita mengenai pengalaman diri sendiri :) ]
kejayaan dapat peroleh setelah belajar dari kesilapan.. yang penting dont giveup.. InsyaAllah..ganbatte ne!! ^_^
ReplyDelete