Posts

Showing posts from December, 2010

Warkah Bisu

Image
Ibn Mas'ud berkata:"Perkara paling sedih tibanya tahun baru ialah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah" Jujur,ana lupa sebenarnya esok 2011 akan bermula.Usai solat maghrib,mesej dari sahabat ana,Raja Muhd Khairul Akhtar masuk inbox.
Ya Allah,seketika di akhir tahun 2010 berlalu,kini muncul tahun baru yang ceria.Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan yang mulia ini,berkati keluarganya,sihatkan tubuh badannya, llimpahkan rezekinya,jauhkannya daripada fitnah,penganiayaan dan penghinaan,suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.Makbulkan cita-citanya yang murni.Amin Ya Rabbal 'Alamin.Selamat Menyambut Tahun 2011 [daripada Ramoka93 sekeluarga] Syukran sahabatku[maaf sebab tak reply di hp].Moga doanya makbul.Semuanya seperti baru berlalu,walau usia sudah hampir menginjak 18 tahun.Episod baru kehidupan bakal bermula,sebagai seorang manusia biasa.Ana pasti,setiap orang pasti sudah ada azam masing-masing,perancangan sert…

No pain,No gain.

Image
Amirul masih berada di pondok menunggu bas.Menunggu bas untuk pulang ke kampus.Matanya terpandang seorang pemuda tidak jauh dari kawasannya menunggu bas.Dari kerut wajahnya,Amirul pasti pemuda tersebut sedang mencari sesuatu.Pasti barang yang dicari amat berharga buat dirinya.Walaupun hari semakin gelap,pemuda tetap meneruskan pencariannya di bawah sinaran lampu tersebut.
Perlahan-lahan Amirul mendekati pemuda tersebut,ingin mendapatkan kepastian.
"Assalamualaikum..Dari tadi ana tengok anta,apa yang dicari sebenarnya?"soal Amirul. "Waalaikumussalam..Cincin ana,entah ke mana menghilang,"jawab pemuda tersebut.
Dengan spontan Amirul turut sama mencari.Namun,cincin tersebut tetap tidak dijumpai.
"Betul ke cincin tue tercicir di sini?" "Ada ke ana cakap cincin tue terjatuh di sini.. Tak lah.."balas pemuda tersebut. "Habis tu,cincin tue terjatuh di mana?"

"Kat semak sana tue.Sana gelap sangat,susah nak cari cincin tue.Sini ada lampu,senang sik…

Milik kitakah?

Image
Allah itu pemilik,kita milik Allah.
Dalam diam,tanpa sedar,kita seperti menafikan hakikat diri sebagai seorang hamba.Terlalu asyik dengan dunia sehingga akhirat terabai begitu sahaja.Manusia itu turun dan naik imannya.Propaganda syaitan dan nafsu terkadang menguasai diri,sehingga tidak punya waktu diperuntukkan untuk bermuhasabah diri.Tidak punya masa untuk zikrullah walau sebentar.Al-Quran terus berhabuk tidak terusik.

Kalau ditanya anda siapa,akal yang sihat dan rasional akan menyatakan,"Saya hamba Allah".Itu yang akan terpacul dari mulut.Namun andai ditanya pada hati,"Apa perasaan anda terhadap Allah dan terhadap Rasulullah.Apa perasaan anda tentang kalam Allah dan hadis Rasulullah.Sejauh mana penghayatan anda tentang pemilikan Allah terhadap diri hamba-hambaNya?Saat itu hati akan mengeluh.Ya,aku masih belum mengerti sepenuhnya.Tidak ada penghayatan.

Ana masih ingat saat di"basuh" oleh naqib-naqib sewaktu di tingkatan 1 dan 2.Saat itu hati semua orang masih …

Carilah TuhanMu

Image
Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"

"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang guntin…

al_wafi : Senyum itu Penawar

Image
Alhamdulillah.. Syukran ya rabbi..anzil 'alaina rahmata min 'indik..

*********** Bukan perpisahan dan pengakhiran
Perasaan bercampur baur meninggalkan sekolah yang tercinta.. Tempat yang mengajar setiap insan untuk membezakan antara hak dan batil.. Mendidik untuk membezakan antara tuntutan dan pilihan.. Soal yang memimpin dan yang dipimpin.. Mengajar aku untuk menjadi manusia yang boleh membezakan antara seorang mahram dan ajnabi.. membuat aku berusaha untuk mengubah persepsi diri dan peribadi..
Ana pasti merindui setiap perkara di sana.. But then,ntahla.. Perasaan ingin melarikan diri dari bumi penuh tarbiah itu lebih kuat..Mungkin perkataan melarikan diri kurang sesuai digunakan tapi itulah hakikatnya.. Ana mahu cerita segalanya di sini tapi ana rasa yang sudah berlalu,just biarkan berlalu.. Let the bygone be bygone..
Belajar erti kehidupan
Rasa macam kelakar tapi ummi suruh jadi babysitter kat rumah..Haha.. Jaga adik kat rumah.. Beliau cakap daripada membazir hantar Wazif(adik),b…