Posts

Showing posts from October, 2012

Cerminan Diri

Image
Jaga iman dalam dada. Iman bukan warisan turun temurun. Engkau tahu itu bukan? Itu harta yang paling berharga. Buat engkau,dan semestinya buat aku juga. Kita akan berjumpa lagi nanti,insyaAllah. Andai sahaja Tuhan mengizinkan.

****
Semalam,aku masih berkira-kira untuk ke kelas tafaqquh Ustaz Akli ataupun tidak. Buku module "Microbiology and Immunology" yang di atas meja,nyata bukan alasan untuk aku tidak ke kelas ustaz. Kelas di markaz pada sebelah petang pon aku sudah culas. Novel karya Paulo Coelho,'The Alchemist' yang sudah satu perempat aku habiskan dalam perjalanan ke markaz Isnin lalu,entah ke mana. Tercicir dalam 'keretapi ayam' tempoh hari barangkali. Rugi sungguh,walaupun hanya berharga 25le( RM13 di Malaysia). Harap masih ada jualan murah di hadapan universiti minggu depan.
Dan akhirnya,aku ambil keputusan untuk tidak ke tafaqquh (ah,ini sudah aku jangkakan sebetulnya!). Pemalas? Tidak. 'Tidak ada rezeki' mungkin frasa yang lebih sesuai untu…

Bolak-balik.

Image
“If you want this life to stop breaking your heart, stop giving your heart to this life.”
******

"No matter how good the 'hardware' is,its the 'software' that ensure the whole system works as expected."
******

“A real man is the one who fears the death of his heart not his body.” -Ibn Qayyim
******
"‎'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!' [Imam Ghazali]"

******
Ayat-ayat ini hadir bersama tamparan yang cukup menyedarkan.
Mampukah hati yang mati menghidupkan hati-hati mati yang lain? *sigh*

Masih tetap terlenakah aku? Bilakan terjaga semula?