Posts

Showing posts from November, 2013

hamba

Image
Katakanlah kamu (yang sedang membaca) seorang kaki bola. Makan bola. Minum bola. Tidur bola. Semua bola. Tiba-tiba satu hari, terserempak dengan kawan lama di luar stadium. “Eh ‘hamba bola’! Lama tak nampak, mana tercampak?” Hamba bola? Agak-agaknya apa perasaan kita ketika itu? Kecil hati? Buat muka tak kenal? Atau nak balas semula: “Eh engkau sejak MU bawah Moyes ni lama tak tweet #GGMU ? ” *** Katakan pula, kisah seorang lelaki lain. Bukan kaki bola, tapi kaki wanita. (Tak. tak. Jangan bayangkan diri kalian kaki wanita.) Mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik pasti mahu diayat, mahu digoda. Lelaki lain sembang bola, dia sembang pasal wanita. (sudahlah tak hensem mana. eh) Dengan perangainya yang sebegitu, mahu dia terima kalau tiba-tiba ada yang memanggilnya: “Wahai ‘hamba betina’!” Boleh bawak gaduh. Walhal setiap saat hidupnya wanitalah yang dipuja. *** Tapi. Katakanlah kalian seorang lelaki biasa. Dari zaman u