Memanfaatkan diri di dunia,buat akhirat yang lebih bahagia
Antara yang best dan awesome belajar di sini (Alexandria,Mesir) adalah mengenai sistem pembelajarannya.Ana tidak maksudkan sistem kuliah yang digariskan Universiti Alexandria untuk para pelajarnya,tetapi yang ana maksudkan di sini adalah inisiatif ikhwah dan akhawat Malaysia di sini untuk menjadikan pembelajaran di sini lebih special.
Apa yang special sangat?
Perkongsian ilmu sebelum kuliah bermula.Atau dengan kata lain;sesi tazkirah. Peringatan buat insan-insan yang terlupa daripada terus terleka,daripada terus alpa.Sangat beruntung tikamana ada sahabat-sahabat yang turut sama menyedarkan di kala tersasar.
Sungguh,inilah yang menjadikan pembelajaran di sini sangat special.
*istilah special,best dan awesome kali ini adalah subjektif.Anda bebas untuk berpendapat bahawa ia adalah kurang special. Tapi memang special,best dan awesome pon kan..? ^^
Mencari dan menjadi sumber kepada manfaat.
Cumanya,tidak semua ikhwah dan akhawat di sini yang ingin berkongsi.Ada yang mengeluh ketika dikhabarkan bahawa beliau bertugas untuk memberikan tazkirah pada keesokan hari,ada yang sengaja masuk lewat ke dalam dewan kuliah dan skill-skill yang lain untuk mengelakkan diri daripada memberikan tazkirah.
Ketidak-inginan untuk berkongsi ilmu di sini ana kira kerana beberapa faktor:
1) "Aku datang awal nak study.So jangan membebel kat depan and kacau aku study.."
2) "Ana malu lah nak cakap kat depan.Lagipun ada ikhwah/akhawat.."
3) "Ko biar betul suruh aku bagi tazkirah kat depan.Diorang gelak je nanti. Budak-budak nakal macam aku mana layak kasi tazkirah bagai macam ni.."
Ana yang sedang menulis sebenarnya juga malu dan gementar apabila berada di hadapan.Serius. Tetapi bila difikirkan kembali,kenapa malu untuk menjadi manusia yang bermanfaat apabila Allah telah menjanjikan Akhirat yang lebih nikmat?
Kadang-kadang kita ghairah mencari manfaat,tetapi kita lupa untuk menjadi sumber kepada manfaat itu sendiri.Kita ghairah dalam mencari,tetapi lemah dalam menjadi.Mahu semuanya disuap,tapi bila sampai satu tahap,kita perlu menyuap yg lain,rasa janggal,rasa kekok.
Mengapa?
Apabila jalan sudah tersedia,mengapa menjadikan ia suatu yang sia-sia?
Allahu rabbi.
Moga Allah letakkan kefahaman dalam diri kita bahawa menasihati orang lain bukanlah bererti kita lebih baik,kita lebih berilmu.Cumanya kita menasihati supaya kita sama-sama dapat koreksi diri sendiri.Kita menasihati orang lain,kerana itulah cara kita memanfaatkan diri.
Moga Allah letakkan kefahaman,Allah tidak menciptakan lelaki dan perempuan itu secara berpasangan untuk sengaja menghalang bertebarannya IlmuNya yang maha luas.Malu itu memang salah satu cabang keimanan,tetapi apabila diletakkan di tempatnya.
Moga Allah letakkan kefahaman,Allah tidak menciptakan lelaki dan perempuan itu secara berpasangan untuk sengaja menghalang bertebarannya IlmuNya yang maha luas.Malu itu memang salah satu cabang keimanan,tetapi apabila diletakkan di tempatnya.
Dan percayalah,kesempurnaan bukanlah salah satu syarat dalam menyampaikan ilmu.
Ana tidak pernah membaca atau mendengar bahawa kita mestilah baik dari segala aspek untuk menyampaikan ilmu,menyebarkan dakwah.Tidak pernah.
Bagaimana menjadi manusia yang bermanfaat?
Bagaimana?
Ikhwah dan akhawat sekalian,ruang luas sudah terbuka,mengapa disempitkan?
Bagaimana?
Sungguh,ana bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan soal menjadi manusia yang bermanfaat.Langsung tidak berniat untuk mengatakan bahawa diri ini sangatlah bermanfaat kepada orang lain.Sekadar ingin meletakkan kefahaman dalam diri dan para pembaca yang diredhai Allah,bahawa kita diciptakan di dunia bukanlah suatu perkara yang sia-sia.
Dan kita akan menjadi suatu yang sia-sia,jika kita mempersia-siakan apa yang kita ada.
Eh,apa yang kita ada?
Kita ada keistimewaan.
Kita ada kelebihan.
Kita ada kekuatan.
Ana rasa,kalau kita listkan sama-sama setiap keistimewaan kita,setiap kelebihan kita dan setiap kekuatan yang kita ada,maka panjanglah tulisan ana untuk kali ini.Cukuplah untuk ana mengatakan,untuk menjadi manusia yang bermanfaat adalah dengan menjadi manusia yang terbaik dalam kalangan terbaik.
"Be the best you can be."
Menjadi anak,jadilah anak yang terbaik.
Menjadi sahabat,jadilah sahabat yang terbaik.
Menjadi hamba,jadilah hambaNya yang terbaik.
Itulah caranya kita memanfaatkan diri kita,dengan memainkan watak yang digalas dengan cara yang terbaik.Mulakanlah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik,insyaAllah akan disusuli pula dengan menjadi anak,sahabat dan saudara yang terbaik.Percayalah.
Bagaimana pula untuk menjadi hamba Allah yang terbaik?
Dengan menjiwai watak sebagai seorang hamba.Jiwa yang mengerti hakikat sebenar kehidupan dunia.Kehidupan sementara yang perlu dimanfaatkan untuk satu lagi kehidupan selama-lamanya di dunia sana.
[boleh rujuk tulisan lama di sini : Menjiwai watak Seorang hamba]
Dalam buku Apa Ertinya saya Menganut Agama Islam tulisan Dr Fathi Yakan, golongan manusia ketiga,yakni golongan yang terbaik dalam kalangan manusia adalah golongan yang menyedari harga sebenar kehidupan di dunia.Golongan inilah yang ana dikatakan hambaNya yang terbaik.Dunia sebagai ladang untuk hasil yang menguntungkan di akhirat. Memanfaatkan diri di dunia untuk akhirat yang lebih nikmat.
Firman Allah:
[boleh rujuk tulisan lama di sini : Menjiwai watak Seorang hamba]
Dalam buku Apa Ertinya saya Menganut Agama Islam tulisan Dr Fathi Yakan, golongan manusia ketiga,yakni golongan yang terbaik dalam kalangan manusia adalah golongan yang menyedari harga sebenar kehidupan di dunia.Golongan inilah yang ana dikatakan hambaNya yang terbaik.Dunia sebagai ladang untuk hasil yang menguntungkan di akhirat. Memanfaatkan diri di dunia untuk akhirat yang lebih nikmat.
Firman Allah:
"Dan tiadalah kehidupan di dunia itu selain daripada main-main dan senda-gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu memahaminya" [Al-An'aam:32]
Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Punya pelbagai keistimewaan dan kelebihan.Untuk dihargai,untuk disyukuri.Bukan buat modal membangga diri. Hebatnya kita sebagai hambaNya,insyaAllah tempias kebaikan itu menjadi manfaat buat mereka yang berada di sekeliling,sama ada secara langsung ataupun tidak.
Kita di dunia maya.
Mengenai manfaat juga,suka untuk ana selitkan dalam tulisan kali ini mengenai kecanggihan teknologi yang kita ada sekarang.Bagaimana kita memanfaatkan dan menjadikan diri sebagai sumber yang bermanfaat melalui dunia maya.Sungguh,peluang untuk memanfaatkan diri lebih terbuka luasnya dengan wujudnya medan yang lebih luas yakni internet.
"Segalanya di hujung jari anda.."
Contoh mudah ialah butang SHARE di facebook.
"Segalanya di hujung jari anda.."
Contoh mudah ialah butang SHARE di facebook.
Hanya dengan butang share tersebut,betapa mudahnya sesuatu status dan post yang bermanfaat dapat dikongsikan dengan semua friend kita di facebook.Sangat mudah.Tidak perlu membuat ziarah rumah ke rumah,ceramah masjid ke masjid atau tazkirah sebelum kuliah bermula untuk menyampaikan ilmu.Sangat mudah bukan?
Dan sekarang,terdapat lambakan blog-blog informatif dan website-website yang sangat-sangat bermanfaat. Namun disebabkan tabiat malas membaca kita yang masih menebal,terkadang ianya kurang mendapat sambutan. 9GAG lebih mendapat perhatian.Merugikan bukan.
Ana pernah kongsikan di sini,bagaimana untuk mencari manfaat dan memanfaatkan diri melalui medan tulisan.Jangan menjumudkan pemikirang bahawa penulisan itu tidak boleh membawa Islam ke mana-mana,kerana hakikatnya Al-Quran itu sendiri secara zahirnya adalah tulisan.
[boleh rujuk tulisan di sini: Blogger itu pendakwah]
[boleh rujuk tulisan di sini: Blogger itu pendakwah]
Kita merupakan penentu.Sama ada luasnya cakupan jaringan internet itu,bertambah luasnya syiar Islam itu tersebar ataupun tidak.
Ikhwah dan akhawat sekalian,ruang luas sudah terbuka,mengapa disempitkan?
“Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)
Teringat salah satu motto Smap Kajang,hasil idea ustaz Wan Akashah:
"Gemilang di dunia,bahagia di akhirat.."
Mari,manfaatkan diri di dunia,buat bahagia di akhirat sana^^
Comments
Post a Comment