Blogger itu Pendakwah
Sewaktu di Smap Kajang dahulu,ana diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah.Hakikatnya,di sanalah juga ana mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah,apa itu amar maaruf nahi mungkar.
Dan ana terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior Smap Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi.Tidak jemu menulis dan berkarya,menonjolkan keindahan Islam itu sendiri,sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain.Dan sedari itulah,ana mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.
Menulis kerana Allah
Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini,biar ana jadi manusia pertama yang bertanya:
“Apa tujuan anta/anti/kamu berblog?”
Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai,mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog.Mungkin kerana minat menulis dan berkarya,minat berkongsi,berusaha menjana pendapatan,pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.
Tapi,satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar,hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan padaNya.Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
“Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala”
Atau
“Sahaja aku menulis kerana Allah Taala”
Pengisian yang Berisi
Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita,sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi,perkongsian hidup dan pengalaman,bisnes atau apa sahaja,andai niat kita adalah kerana Allah,InsyaAllah, pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca.Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.
Andai kita menulis soal kehidupan diri kita,selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan,agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita.Bukan berniat berbangga dengan kebaikan,apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.
Andai kita meminati bidang fotografi,dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog,itu juga mampu mebuat para pembaca berfikir sebentar,bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.
Jika kita menjalankan bisnes melalui blog,berbisneslah dengan cara Islami. Tiada riba dan unsur penindasan.Tiada unsur penipuan dalam perniagaan.Jika menjual pakaian,biarlah menutup aurat.Andai menjual makanan,biarlah halal dan berkhasiat.InsyaAllah,selain keberkatan dalam berniaga,pastinya ada saham kita di akhirat,kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan,atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam bisnes dan kehidupan mereka.
Islam itu indah,bukan?
Islah Nafsak wad’u Ghairak
“Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain”
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.Islahkan(perelok) diri kita,dan pada waktu yang sama,berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
“Islah nafsak,thumma ud’u ghairak”
Perbaiki dirimu,kemudian(barulah) ajak orang lain.
Jelas bukan,kita semua dituntut berdakwah.Dan kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah.Cuma,antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini,atas tiket seorang blogger.
Buang pemikiran:
“Aku bukan ustaz.”
“Aku bukan ustazah.”
“Aku bukan baik sangat pon.”
“Isy,seganlah.Nanti buat salah sikit orang tegur.”
Buang,lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian.Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik.Hakikatnya,tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah.Jika terus menunggu kesempurnaan,Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.
Berdakwah bukan bermaksud kita manusia soleh atau solehah,tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah.Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan.Secara tidak langsung,kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain,tetapi berdakwah kepada dir sendiri dan orang lain.
Blogger itu Pendakwah.
Blogger itu Jundullah.
Nota Tambahan:
"Alhamdulillah,artikel ini diterbitkan IluvIslam.
assalamualaikum
ReplyDeleteya ana sokong 100 peratus
blog kerana Allah sngt manis rasanya ! =)
@cikzsmile
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Ya,memang manis.Tapi lagi manis jika kita menjadi pendukung,bukan sekadar penyokong.
Moga hasil penulisan kita semua bakal didebitkan dlm akaun pahala dan mendapat pulangan saham yg menguntungkan di akhirat kelak. Bukan kredit yg merugikan pulangan saham. Na'uzubillah.
ReplyDeleteMaka sentiasalah muhasabah diri. Kalau ada yg mendatangkan dosa, moga Allah ampunkan. Kerana kita manusia biasa yg takkan pernah sempurna. Cuma mampu cuba yg terbaik utk selarikan antara tulisan/percakapan dan perbuatan.
Moga Allah redha. InsyaAllah.
@Izzati
ReplyDeleteSama ada diterima atau tidak,memang urusan Allah.. Saham di akhirat, sama ada dilabur di syurga atau neraka.. Hanya Allah yang tahu..
Kita di sini,terus berusaha mencari redhaNya.Alang-alang menulis,biar dosa kita terhakis.
InsyaAllah..
salam...smoga apa yg kita kongsi dan luahkan di blog masing2 berpaksikan Allah dan Allah akan membalas dengan kebaikkan hendaknya.Insha Allah :)
ReplyDeletetahniah.,blog yang menarik :)
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-blogger-daie/
ReplyDeleteAkak suka tulisan Hilal Asyraf. moga ada manfaatnya juga buat kamu. :)
kdg2 saya sendiri tertanya2 apakah yg pembaca dpt lepas baca blog saya. adakah entry saya ada yg bertujuan dakwah atau sekadar suka-suka tanpa pengajaran.
ReplyDeletedulu saya pernah type 1 entry yg akhirnya mengundang marah seorg blogger ni. siap buat entry kt blog dia mrh2 entry saya. sedangkan x sikitpun saya perli / mengata dia. secara x segaja tersama dgn kisah dia.
sejak dr tu sy jd tak berani nk buat entry2 yg mmg jenis bertujuan dakwah. hurmm...mmg kdg2 sedar entry saya jauh menyimpang dgn niat asal berblogging. hurmm..terima kasih utk entry ni.hrp entry saya akn dtg akn lbh berunsur ke arah dakwah.
andai ada teguran, silalah tegur dgn cara berhemah :)
@Izzati
ReplyDeleteTerima kasih kak Izzati.
Daripada 10 buku yang ana borong dari bookfair hr tue,7 daripadanya adalah karya Hilal Asyraf. Tapi ana baru sempat habiskan Hero.
Sekarang semua buku ana postpone dulu..Ana terpaksa selak2 kamus English adn Arab disebabkan ana xnak terlalu ketinggalan dalam bahasa,juga diseabbkan ana taknak bahasa Arab n english ana berkarat.
InsyaAllah,lepas nie cuba habiskan pembacaan semua buku yg dibeli.Mencari ilmu dan pengalaman dalam tulisan,buat pedoman di kemudian hari.
@Nini Hartini
ReplyDeleteKak,rasanya kalau ingin dipuaskan hati semua orang,memang mustahil.Mesti ada yang makan hati.Gagal untuk memahami perkara sebenar yg ingin kita sampaikan.
Berdakwah,tidak dibentang dengan carpet merah.Bukan jalan mudah. Kalau ada yg membenci,bukan alasan untuk putus asa.Sedangkan baginda lagi teruk dihina,jimaki,dikeji. Sehingga Islam itu sampai pada kita sekarang.
Biarkan mereka mengeji,doakan suatu hari nanti tujuan sebenar kita menulis difahami.InsyaAllah,jangan pernah mengalah.
InsyaAllah,dipermudahkan.
assalammualaikum dik,
ReplyDeleteniat harus diperbetulkan..biar ada keikhlasan..kekadang kita hanya tahu menulis tapi tidak melaksanakan apa yang kita tulis..
akak hanya tulis berdasarkan pengalaman dan pengalaman itu mengajar akak erti kesyukuran dan apa itu ketentuan Ilahi..
berdakwah untuk diri,anak-anak dan insyaAllah untuk orang lain juga
smap kajang? batch tahun berapa form 5?
ReplyDeleteanyway,wah banyaknye borong buku kat KLIBF! datang hari ape,sempat tak tengok adi putra(professor cilik mathematic) kat book fair?
@sesegar
ReplyDeleteYep,smap kajang..
Batch 2010,tahun lepas..
Ex-smapk jugak kah?
2 kali pergi bookfair tu,hari sabtu.. Tak prasan lak adi putra..sempat jumpa ustaz Pahrol dgn Ustaz Zahazan jek.. Alang2 pergi,borong je sume buku yg berkenan,bukan selalu..
kita di atas dunia ini hanya pinjaman yg kekal hanyalah akhirat..saya suka dgn dakwah anda..terima kasih..wasalam.
ReplyDelete@Ibnbakr
ReplyDeleteooo,ingatkan batch '07..hehe
peh,kalao borong mcm tu bawak berapa ratus,mak aih.
adi putra dtg mase last day tu 1 may. :D
"dan hendaklah ada kalangan kamu SEGOLONGAN UMMAT yang menyeru kepada kebajikan(ma'ruf) dan mencegah dari munkar dan mereka inilah orang2 yang beruntung"[al-imran : 104]
ReplyDelete~semoga kita sama2 dpt tadabbur ayat ringkas tp mendalam maksudnya dr Allah, semoga blog nie dijadikan wasilah utk mengembalikan Islam yg sudah lama tertindas, InsyaAllah! syukran akhi, pengisian baik:)
syukran sudi ziarah..sy ziarah kembali dan baca entri di sini, alhamdulillah, dapat tambah input berguna dan berkenalan dengan blogger yang mengguna kan medan blog sebagau dakwah....alhamdulillah,teruskan yer sahabat..insyAllah (^_^)
ReplyDeletesalam..benar dgn berblogging pun dakwah dapat dijalankan...
ReplyDeletesalam, saya pon cube terapkan sdikit nilai agama dlm blog.. selalu lagha..
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog yg tak seberapa tu...
ReplyDeletealhamdulillah..pastinya..segala2nya kita buat hanyalah utk Dia...
Semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNya...
Teruskan menulis..
*izin share kat fb jugak..ehehe
@Musafir Pinggiran
ReplyDeleteafwan..Insyaallah.. Silakan.. :)
Pendakwah terbaik dari ladang...saya sokong!!
ReplyDeletebaru membaca artikel ini, amat setuju dgn saudara.....
ReplyDeleteminta izin share....
insyAllah apa yg sy lakukan dpt berkat..moga kita semua mndpt berkat Allah..
ReplyDelete