Menjiwai watak seorang Hamba.


Kurnia kami cahaya kefahamanMu.
Buat pembuka bicara,ana kongsikan video trailer filem “Hafalan Shalat Delisa” ini.
Menginsafkan.Dan perlahan mutiara air mata itu mengalir.Sekali lagi.



Ini bukan kisah biasa.Ini kisah seorang hamba.
Hamba Allah yang bertubuh kecil,namun mempunyai jiwa yang cukup besar.

Di sebalik watak Delisa,gadis kecil yang berusaha menghafal bacaan-bacaan di dalam solatnya,terselit mesej-mesej yang cukup bermakna,memberi erti kehidupan sebenar sebagai seorang hamba bagi mereka yang terus berusaha.Erti keikhlasan,erti kesungguhan.

Ini kisah seorang budak kecil.Ya,Delisa masih kecil.Masih belum cukup dewasa untuk memahami setiap aturan Ilahi.

Kita ini bagaimana?
Astaghfirullahal ‘azim.
Soal hati,tanya diri.

Kita tahu,tapi kita tidak sedar.Kerana kita tidak faham.

Ana ingin kongsikan sebuah cerita,untuk pencerahan kepada diri sendiri dan para pembaca;

Mengisahkan seorang tukang kayu yang membuat keputusan untuk berhenti daripada bertukang.Dia ingin merasai kehidupan yang lebih tenang dengan isteri tercinta,tanpa perlu dibebani dengan kerja-kerja pertukangan.

Jadi,pada suatu petang,seusai menyiapkan kerjanya,si tukang kayu berjumpa dengan bosnya iaitu seorang kontraktor dan menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja.Namun tidak semudah itu untuk kontraktor tersebut melepaskan pekerjanya .Dia mensyaratkan kepada tukang kayu tersebut untuk menyiapkan sebuah rumah sahaja lagi,sebelum peletakan jawatannya diterima.

Tukang kayu bersetuju dengan syarat kontraktor tersebut.Namun tatkala menerima syarat tersebut, hatinya telah menjadi tawar dengan ilmu pertukangan.Jiwa seorang tukang kayu dalam dirinya entah hilang ke mana.

Disebabkan si tukang kayu melihat tugasannya yang terakhir ini hanya sekadar syarat untuknya berhenti kerja,tukang kayu berjaya menyiapkan tugasannya namun hasilnya tidak sepertimana yang diharapkan.Bahan binaan digunakan adalah kurang berkualiti dan pertukangan tidak dilakukan dengan teliti.


  
Sewaktu pemeriksaan rumah,kontraktor hadir dan berkata dengan tukang kayu:

“Nah,ambil ini.Ini rumah kamu.Hadiah terakhir dari saya untuk kamu sebelum kamu tidak lagi bergelar pekerja saya..”kata kontraktor sambil menyerahkan kunci kepada tukang kayu,sambil tersenyum.

Dan saat itulah kepala tukang kayu terasa bagaikan diketuk kuat;

“Alangkah malu dan ruginya diri aku.Andai aku tahu aku sedang membina rumah aku sendiri,sudah pasti aku menyiapkannya dengan bersungguh-sungguh.Alangkah ruginya diri aku..”

**********

Melalui kisah ini,ada mesej yang ingin ana sampaikan.

Satu analogi yang ingin ana ketengahkan. Analoginya mudah.

Hakikatnya,kita dan tukang kayu itu adalah sama.

Tukang kayu itu ditugaskan untuk dalam kerja-kerja pertukangan.
Kita pula,diamanahkan sebagai khalifah dan pada masa yang sama sebagai hamba untuk melaksanakan segala perintah Allah S.W.T.

Tukang kayu bekerja untuk kontraktor.
Kita ‘bekerja’ untuk Allah.

Tukang kayu tugasnya membina rumah.
Kita hamba tugasnya memperhambakan diri,mengimarahkan bumi,untuk ‘membina’ syurga di akhirat kelak.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Tukang kayu itu tidak mengetahui bahawa rumah terakhir yang dibinanya itu adalah untuk dirinya sendiri,hadiah seorang tuan kepada seorang pekerja.

Dan terkadang,ada antara kita yang terlupa bahawa segala susah payah kita di dunia ini adalah untuk kesenangan di akhirat sana kelak. Dan Allah akan kurniakan syurga kepada hamba-hambaNya, sebagai hadiah daripada Tuhan kepada seorang hamba.Tanda kasih dan sayangnya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan syurga.."
[At-taubah:111]

Jangan sampai kita berkata begini di akhirat kelak:

“Alangkah malu dan ruginya diri aku.Andai aku tahu aku sedang membina rumah aku di sini(akhirat),sudah pasti aku beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia dahulu.Alangkah ruginya diri aku..”

Na’uzubillahi min zalik.


Syurga itu adalah perkara paling mahal yang orang paling miskin boleh beli.
Allah telah offer kepada kita,mengapa menolak?

Mengapa?Sedangkan Allah sendiri telah mengkhabarkan berita gembira melalui kalamNya?

Kerana terkadang kita mengetahui,tapi ‘tahu’ kita itu terputus daripada sedar.
Kita gagal untuk memahami.

Pemahaman kita mengenai konsep perhambaan itu masih cetek.Kita gagal untuk memahami watak kita sebagai hamba di dunia.Jiwa hamba itu tidak ada.

Baru disuruh solat lima waktu,sudah ada yang culas.Malas.
Kerana apa?

Kerana kita tidak nampak.Hanya kesusahan di dunia yang diukur,hingga nikmat Allah di akhirat menjadi kabur.Oleh sebab itulah,apabila seorang ulama(ma’alaisy,ana tidak ingat) ditanya bilakah waktu untuknya berehat,beliau menjawab:

“Apabila kakiku menjejak ke syurgaNya..”

Sungguh,di syurga sanalah tempat rehat yang sebenarnya.

Seorang pelajar itu,apabila dia benar-benar menjiwai tugasnya untuk mencari ilmu,pasti tiada keluhan dan rungutan terhadap bebanan assignment dan homework yang menimbun.Kerana natijahnya nanti adalah kejayaan.

Seorang anak itu,apabila dia sudah benar-benar menjiwai kasih dan sayang ibu dan bapa yang diberi,pasti tiada rasa rajuk di hati.Kerana apa? Kerana natijahnya nanti adalah kebahagiaan.

Seorang hamba itu,andai benar-benar menjiwai wataknya sebagai seorang hamba,pasti tiada murka Allah yang dicari.Kerana apa? Kerana natijahnya nanti,adalah syurga yang hakiki!

Faqqihna Fid deen.




Dan mengenai soal kefahaman ini juga,ana agak terkesima dengan video-video yang dikongsi rakan-rakan di facebook.Ana rasa para pembaca sendiri sudah arif video yang ana maksudkan.Maaflah,ana tidak mahu kongsikan video tersebut di sini.

“Oh,hukum HUDUD itu PAS yang gubal rupanya…”*sarcastic*

Melihat situasi diri dan persekitaran di Malaysia,ana sedikit gusar.Masih ramai antara kita yang tidak faham.Disebabkan perbezaan jemaah,perbezaan politik,hak Allah kita perkotak-katikkan.Tiada kefahaman.

Hukum HUDUD bukan itu dilihat pada terpotongnya tangan,direjamnya pasangan.Bukan pada pelaksanaannya sahaja.Hukum HUDUD itu dilihat pada kesannya.Kesinambungan yang berlaku ke atas masyarakat.Ana tidak beniat berbicara soal hudud,tapi mahu kita semua jangan terlalu jumud. Moga Allah berikan hidayah kepada mereka yang masih gagal memahami.

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, diberi fahamkannya dalam agama.”
[Sahih Bukhari dan Muslim]

Ana sentiasa berdoa,semoga Allah kurniakan kita kefahaman.
Kefahaman dalam agama,kefahaman akan tugas kita sebagai hamba.
Bahawa kita di dunia hanya sementara.

Moga kita mampu menjiwai watak kita masing-masing sebagai hamba.
Allahu rabbi.

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian... ya, saya sendiri pun kadang2 terleka dek lamunan duniawi.. namun, saya kena sedar bahawa tempat terakhir saya adalah syurga atau neraka

    ReplyDelete
  2. syukran..entri yang ana rasa byk tepat pada masa skrang..apapun..janji DIA pasti..
    :)

    ReplyDelete
  3. @ummufayyad

    sebijik sangat macam novel yang saya baca tahun lepas. 97 peratus rasanya sama sbb saya kurang ingat ceritanya. macam x percaya ada filem pasal novel tu. crita dlm novel dia mmg sedih.. sdih sangat..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dik Wafi~

    sungguh terkesan,syukran dik~

    ReplyDelete
  5. mohon share bro..
    post ini membuka mata saya..
    syukran :)

    ReplyDelete
  6. @Muhammad Adam bin Roslan

    Afwan.moga amal kita merupakan refleksi sebuah kesedaran..

    @ummufayyad
    afwan.Janji DIA pasti.Sungguh.

    @twillweries
    Ana baca novel ini tahun lepas.zaman SPM.dan ada kawan yg mengaku diorang menangis beca novel ni.Dan diorang lelaki.Somehow,karyawan tempatan perlu lebih berusaha tingkatkan kualiti karya2 di Malysia,khususnya filem.

    @kak najiha
    waalaikumussalam.
    Alhamdulillah.

    @Zaim Rashdan.
    Silakan.Moga Allah redha

    ReplyDelete
  7. Ketahuilah, syurga itu bukan percuma...
    Ianya perlu dibayar dengan pahala di dunia...

    "Moga Allah kasih"

    ReplyDelete
  8. ana paling suka statement

    "Seorang pelajar itu,apabila dia benar-benar menjiwai tugasnya untuk mencari ilmu,pasti tiada keluhan dan rungutan terhadap bebanan assignment dan homework yang menimbun.Kerana natijahnya nanti adalah kejayaan...(dan seterusnya)"

    satu post y buat ana tersedar.syukran bnyk2 sbb enta dh buat ana lbih bersemangat untuk menimba ilmu Allah yang maha luas itu...syukran

    ReplyDelete
  9. menarik dan terasa ditarik mnjdi hamba Allah yg lbih taat..
    teruskam penulisan dakwah~
    jazakallah..

    ReplyDelete
  10. subhanallah..pengajaran dlm penceritaan..tr0s istiqamah dlm mngejar redha Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  11. tahniah.. penulisan yg menarik..
    keep it up..

    syukron sudi ziarah blog anda...
    ziarah dan follow blog anda~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?