Umur bertambah,Usia berkurang




Satu hakikat yang terkadang kita terlepas pandang,bahawa sebenarnya usia kita tidak pernah bertambah.Jika semalam ana berumur 17 tahun,dan hari ini ana menginjak ke umur 18 tahun,apakah usia ana bertambah? Tidak. Usia ana tidak bertambah.Bahkan semakin berkurang dan terus berkurang,seiring dengan peredaran waktu.

Pabila usia hanya Angka

"Usia tu hanya nombor.Asalkan kita sihat,masih boleh berjalan,maknanya umur tu,tolak belakang."

Ayat di atas ana petik daripada kata-kata seorang artis Malaysia dalam satu video yang ana tonton beberapa hari lepas di YouTube.Ayat ini merupakan antara kata-kata awalnya  semasa diwawancara dalam salah satu program hiburan di TV3,sebelum dia mengeluarkan kata-kata menghina isteri Rasulullah,dengan mempersoalkan perbezaan umur Rasulullah dan Siti Khadijah ketika mereka berkahwin.

Mungkin,dia tiada niat atau tidak bermaksud untuk menghina isteri Rasulullah,tetapi itulah yang terjadi apabila usia itu sekadar nombor bagi diri seseorang.Tiada sensitiviti dalam beragama.Usia yang semakin berkurang tidak berperanan langsung dalam kehidupan.Usia hanya sekadar angka.

Usia Mendidik Jiwa

Usia itu mendidik jiwa.

Bagaimana?

Dengan kesedaran.Kesedaran bahawa hanya umur bertambah,tetapi usia berkurang.Usia sebagai hamba itu semakin berkurang.Usia kita untuk mengabdikan diri kepada Allah semakin kurang.Usia untuk bertaubat atas dosa-dosa dahulu yang menggunung tinggi semakin berkurang.Ruang dan peluang untuk memohon ampun semakin berkurang.

Tidak hairan,jika insan 'masjid' adalah mereka yang sudah berumur.

Kerana apa?

Kerana sangkanya,mereka akan ke kubur.

Sedaya upaya memanfaatkan saki-baki kehidupan memperbanyak amalan buat bekalan hari akhirat.

Umur meningkat,ajal mendekat

Cumanya,terkadang kita tersalah tafsir soal kehidupan.

Apa Allah ada memberi jaminan,esok masih milik kita?

Kita masih terus benyawa?

Tidak.

Hanya jaminan :

"Ajal itu pasti menjemput!"

Tika itu,apa kita yakin,kita mampu menjadi insan 'masjid' usai pencen kelak?

============================


Ana dah hidup 18 tahun..

Kamu..?

Bila nak mati?

Berapa tahun lagi untuk hidup?


*teringat kisah dahulu,Sanah Helwa!

Comments

  1. terima kasih untuk info ni..

    ReplyDelete
  2. sanah helwah ya akhi ! haha . tak boleh nak belanja la . duit kering gile ni

    ReplyDelete
  3. @Muhammad Amirulhazim Alias

    Thanx mirul..haha..InsyaAllah,kalau ana x jadi ke rumah raja,kita keluar rabu or khamis ni..Klu anta nak la.. Ana belanja..Bajet ada lagi ni.. :)

    ReplyDelete
  4. yang ni bikin otak dah ok sikit yela panas2 gini otak boleh jadi biol hahaha..tq bro..:)..terisi gak info2 berguna untuk santapan minda ni..

    umur meningkat,usia nak hidup smakin hampir expired nya --menarik!!

    ReplyDelete
  5. jzzkallah khair.. content y menarik + huraian yang jelas.. truskan perjuangan bro.. =)

    ReplyDelete
  6. @Syuxer

    Afwan saudara syuxer..jgn biol2..hehe

    ReplyDelete
  7. @Abdullah Ammar Al-imarah

    Afwan akh..InsyaAllah,moga bermanfaat buat saudara..

    ReplyDelete
  8. usia makin pendek...

    bila2 masa je kt akan mati kerana mati itu pasti dan hidup itu insyallah.

    ReplyDelete
  9. @Titisan Hujan

    Ya,mati itu satu jaminan..
    Selagi ada masa berbuat amal,manfaatkan sebaiknya..

    ReplyDelete
  10. umur semakin meningkat...
    kematian semakin dekat...
    perbanyakkan amal ibadat...
    untuk bekalan perjalanan ke akhirat.

    ReplyDelete
  11. Peringatan yang berguna utk manfaat semua kita agar sentiasa ingat kepada janji yang pasti.. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam keredhaanNYA

    ReplyDelete
  12. @Dinar

    InsyaAllah,semoga kita dalam lindungan hidayahNya.. dan nikmat kehidupan yg diberi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  13. gua selalu lupa umur gua brape hahhaa

    ReplyDelete
  14. tu le, waktu birthday, jgn suke sgt :D

    ReplyDelete
  15. sy suka entry ni.
    :)
    kita kena sentiasa ingat mati. jgn nk suka je sepanjang masa. tak payah tunggu tua, umur 18 pun boleh mati.

    ReplyDelete
  16. @Khairunnisa'

    Ke situ pulak komennya..

    @salwaismail

    Sebab itu orang yg bijak ialah mereka yg mengingat mati,dan bersedia menghadapinya..

    ReplyDelete
  17. hepi belated besday jugak..moga hidupmu dirahmati Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Mengapa wujud istilah bosan?