Beautiful of Ta'aruf..



Wahai manusia!sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
(al-Hujurat:13).


Ta’aruf..perkataan yang ana mula tahu mengenainya apabila ana menjejakkan kaki ke biui penuh tarbiah,Smap Kajang..salah satu daripada rukun usrah..juga aktiviti yang ana mula tahu mengenainya setelah bertapak di bumi penuh barakah..InsyaAllah.. Berkenalan,mungkin itu merupakan maksudnya yang dapat diringkaskan..mengenali satu sama lain..dalam kata lain mengetahui dengan lebih dekat mengenai diri seseorang..

Juga saling berkait rapat dengan ukhuwah..yakni hubungan persaudaraan yang memang sedia terjalin antara seluruh manusia..sukar untuk mengeratkan ukhuwah jika tidak dimulai dengan taaruf..ya,taaruf memang merupakan elemen penting dalam setiap perhubungan..dan juga merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi memandangkan ianya amat berkait rapat dengan ukhuwah..

Tidak akan ada persefahaman yang kukuh antara dua pihak jika mereka tidak saling memahami antara satu sama lain..Dan tanpa persefahaman,tanpa nilai toleransi,maka produktiviti sesuatu akan berkurang..Di situlah pentingnya taaruf,pentingnya nilai ukhuwah..Kita tidak akan mengenal hati budi seseorang melainkan kita mendalami hatinya dengan bersungguh-sungguh..dengan penuh perasaan ingin menjalinkan sebuah nilai persahabatan…

Ikatan Ukhuwwah peranannya amat penting dalam menyebarkan fikrah islam ke seluruh pelusuk dunia. Dengan bermulanya taaruf dan terbinanya ukhuwaah,dan kesannya ikatan mahabbah terlahir di kalangan jemaah dan akhirnya dapat membentuk sebuah jemaah yang kuat dan teratur susunannya. Seperti yang dinyatakan di dalam Alquran di dalam surah Al-Hujurat yang berbunyi "Sesungguhnya umat islam itu adalah bersaudara" Jadinya amat jelas disini bahawa, ikatan yang dibina atas dasar iman bukan sahaja mampu menjadikan umat islam hebat malah kedudukannya dihormati di seluruh dunia. Dengan adanya ikatan persaudaraan seperti ini, pastinya Umat Islam bukan sahaja dihormati malah ianya juga digeruni oleh pihak-pihak musuh yang amat membencikan islam.

Let say u are a leader,antum tidak akan berjaya untuk memimpin dengan baik jika antum gagal untuk mengenali pimpinan antum..itulah masalah yang sering ana hadapi.. Tiap-tiap manusia itu berlainan sifatnya,berlainan keinginannya,berlainan masalahnya,berlainan pendapatnya..jadi itulah yang seharusnya kita ambil tahu..dan semua ini mampu diatasi dengan taaruf..berusaha mengenal hati budi semua orang..supaya tidak ada yang berkecil hati tatkala kita melakukan sesuatu..dan sudah pasti,semua ini amatlah berkait rapat dengan ukhuwah Islamiyyah..sangat2 berkait..

Ana tertarik sebenarnya dengan video di atas..cara lelaki tersebut berucap di hadapan.. Beliau memang bijak menyusun kata2..dan beliau menyatakan betapa pentingnya nilai taaruf itu..mampu menyatupadukan seluruh manusia..ya,ana memang setuju..Tidak perlulah kita melihat melalui skop yang besar..kita ambil sahaja situasi di dalam Negara kita sendiri..negara yang dikatakan harmoni dengan penduduknya yang berbilang kaum.. Namun,realitinya tidaklah sangat sebenarnya..manusia saling dengki mengdengki, fitnah memfinah,saling memburukkan antara satu sama lain..adeyh,ana xnak la maksudkan sapa2..nnt kena tangkap sia2 jek..hehe


mm..ntahla..ana xnak komen pasal tue..alangkah indahnya berta’aruf,dan alangkah indahnya ukhuwah itu..~

 

Comments

  1. yup! Taaruf itu memang indah..tinggal kat SMAP kajang niy memang terasa ikatan ukhuwah yg sangat erat..
    semoga anta dapat 'bertaaruf' dgn pimpinan2 anta dgn lebih erat agar amanh yg anta pegang -KU- dpt dilaksanakan dgn penuh iltizam , istiqamah dan mendapat redha Allah...
    -InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..thanx..jazakallahu khairan kathira..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?