Muharram : Shahrullah

Muharram :bulan pertama dalam Tahun Hijrah. Pada awalnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ yakni Allah SWT melarang peperangan atau pertumpahan darah berlaku. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah iaitu shahrullah disebabkan kemuliaan serta kelebihan bulan imi.Sejak pemansuhan itu berlaku, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Namun,Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam.

Daripada Al-Hassan Al-Basri :“Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia di dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah disebabkan besarnya kehormatannya.”

Banyak sebenarnya kelebihan bulan nie..
Antara peristiwa yang berlaku:
  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting seperti:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5.  Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
    dari tentera Firaun. 
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’,  maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah,  dan 10,000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’,  maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?