Nilai sebuah Kemaafan..


Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir pada suatu. Amirul dan Hisyam namaya. Mereka tersesat.Kompas ada tapi xtau nak guna.. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. menyalahkan orang lain tidak pandai menggunakan kompas.Amirul tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Hisyam. Hisyam sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Amirul Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Hisyam yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Amirul.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Amirul Menyelamatkan Nyawaku”

Amirul berasa pelik dengan kelakuan Hisyam dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Hisyam tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.
............................................................
Persahabatan..Kita semua tahu betapa pentingnya persahabatan serta persaudaraan dalam
kehidupan..Herm..serta betapa kemaafan itu merupakan antara sifat yang penting  dalam persahabatan..Kita semua xkan dapat lari dari konflik serta masalah..serta perselisihan pendapat pasti terjadi..Andai ana mampu memaafkan ketika itu..

.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. semoga anta juga menjadi seorang yang pemaaf dan sentiasa terbuka hati untuk menerima kekurangan orang lain kerana.. "setiap insan pasti melakukan kesalahan.."

    ReplyDelete
  3. sy pn nk jd seorang pemaaf,,,sblm tido sy salu berdoa n memaafkn kesalahan kwn2 sy wlaupn kadang-kala hati sy amat sakit tp sy redha,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?