Erti Kejayaan yang Bererti II

Allah Maha Pemurah.
Allah Maha Mengasihani.
Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia.


[Sambungan Erti kejayaan yang Bererti I]


Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab:
”Result tak se’hensem’ tuannya” :) 


Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih. 

Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur. 


فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 
(Ar-Rahmaan:013) 

Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada manusia Allah uji dengan kesenangan yg melimpah-limpah.Ada juga dalam kalangan kita yang Allah uji dengan kemewahan dan kejayaan di dunia. 

Allah kurniakan ujian dalam nikmat,dikurniakan nikmat dalam ujian.


Namun berapa ramai antara kita yang apabila Allah kurniakan kejayaan,Allah kurniakan kesenangan, kita terus sombong dan bongkak? 

“Aku mencarut.Result aku okay.” 
“Aku kapel.Result aku okay.” 
“Aku tak masuk lecture.Siap maki-maki lecturer lagi.Result aku okay je.” 
Eh,takde masalah pon.Result aku okay je. 

Berapa ramai antara kita yang sebegini?

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jikakamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 

Ucapkanlah ‘Alhamdulillah’. 
Bersyukurlah.Hadirkan namaNya untuk setiap nikmat yang dikurnia.Jangan sampai tikamana kejayaan dan kesenangan ditarik,baru kita sedar dan mengerti erti sebenar kejayaan,yakni mengajar hamba-hambaNya akan erti kesyukuran dalam kesenangan.Erti kejayaan seorang hamba. 

Dan kejayaan ini buat Ummat 


Namun dalam kesyukuran ini juga,dalam kejayaan ini juga,ada satu hakikat yang perlu disedari. Islam merupakan satu agama yang sangat hebat. Andai ditelusuri sirah Islam,tidak ada satu tamadun yang lebih berjaya berbanding tamadun Islam.Umat Islam yang dahulunya gah,kini rebah menanti bangkit. 

Umat Islam ditindas.Palestin,Afghanistan,Syria dan yang lain-lainnya.Apa yang umat Islam lain mampu buat selain berdoa?Apa?Ya,Islam itu memang sentiasa gah.Cuma umatnya sahaja yang lemah lantaran hanyut dibuai keseronokan dunia yang disangkakan berkekalan selama-lamanya. 

Sungguhpun begitu,kita semua telah dijanjikan dengan kemenangan yang sangat hampir.Maka,sama-sama kita letakkan kefahaman dalam diri,bahawa aku ingin berjaya,supaya ummat Islam keseluruhannya juga berjaya. 

Apa ertinya aku berjaya,namun tidak langsung menyumbang untuk agama? 
Apa ertinya result yang hensem,namun tidak berjaya meng'hensem'kan result kawan yang lain?

Ayuh,'hensem' sama-sama :)

nota kaki : Maaf andai ada yang mendefinisikan "mengaku diri sendiri hensem=poyo".Ana tidak menyifatkannya sebagai poyo.Ana definisikannya sebagai memuji indahnya ciptaan Tuhan :)
Lagipun ni blog beta bukan? suka hati la kan? keh3 :)

Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.

Comments

  1. subhanaAllah....syukran atas pemberi penawar yang hakiki...alhamdulillah atas segala kurnia yang hambamu ini peroleh...

    ReplyDelete
  2. @NaRuFiQ

    el afw.moga bermanfaat dan dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  3. Salam, Allah tak melihat pada 'keputusan' tapi Dia lihat pada 'Usaha' . Semoga ada barokah dalam usaha yang bersungguh, kesempurnaan itu pada usaha iAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?