Erti Kejayaan Yang Bererti I
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti
menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang taknak bukan? Cumanya yang
berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu
kejayaan.Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah,takrif ‘kejayaan’ dalam
kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi
engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat
sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan
terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut
mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada
sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri :
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?
Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada
segala persoalan.
Allah S.W.T.
DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik.DIA yang Maha
Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan
manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila
pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan ‘senyuman’Nya di
langit,maka itulah yang ditakrifkan kejayaan.Andai kejayaan kita di bumi,mengundang
marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan,ia lebih sesuai
ditakrifkan sebagai KEMURKAAN.
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya:Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab:Kemudian berbakti kepada ibubapa.Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab:Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun ‘alaih]
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya:Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab:Kemudian berbakti kepada ibubapa.Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab:Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun ‘alaih]
Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling
disukai Allah:
- Solat di dalam(awal) waktunya=Hak Allah
- Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
- Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu di Bumi
Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang dapat menafikan betapa
besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face
antara Allah dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang
dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada
ulama’ yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam.Sehingga begitu
sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada di
antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu
petanda senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang,sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas,betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya.Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
“I’d like to put a smile on your face everyday”
Doa+Usaha+Tawakal=Senyuman kejayaan.
Namun percayalah,kejayaan yang sebenar bukanlah
terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan
sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya
menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di
akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai
redha Ilahi.
Allahumma ameen~
Artikel ini juga telah dikongsikan di sini :
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4571-erti-kejaayaan-yang-bererti.html
Artikel ini juga telah dikongsikan di sini :
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4571-erti-kejaayaan-yang-bererti.html
Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.
moga berjaya :)
ReplyDelete