Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.




Memang  fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.Tidak tetap.


Perubahan itu merupakan satu penghijrahan.
Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan.
Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah.
Tapi percayalah,susah tidak pernah memberi makna mustahil.Tidak pernah.

Azam=Niat=Kuasa

Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat.
Kenapa? 
Mengapa dalam banyak-banyak hadis baginda,hadis membicarakan soal niat dititikberatkan oleh Imam Nawawi dan diangkat sebagai hadis pertama untuk diperbincangkan?


Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Kerana sesungguhnya niat itu  merupakan penguat sebuah i’tiqad.
Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perubahan diri sendiri. 


Dimulakan dengan berbisik kepada hati:
"Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini terlalu ingin untuk berubah.Tidak sanggup aku untuk berterusan dalam keadaan begini padaMu.Aku malu ya Allah.."


Ya,kita mulakan dengan mengadu kepada Allah.Minta pertolongan dariNya.
Hati,kalau tidak berbolak-balik bukanlah hati namanya.Kerana itulah,kita perlu hold hati masing-masing,tetapkan pendirian.
Bagaimana?
Dengan niat yang ikhlas.
Ya,keikhlasan.


Interview diri sendiri,kenapa ingin berubah?
Mengapa perlu berubah?
Untuk apa menjadi baik?


"Seringkali kegagalan di tengah perjalanan,berpunca daripada kesilapan di titik permulaan"


Ya,kesilapan kita.Intro yang kurang baik.
Permulaan yang tidak memberikan impak positif kepada suatu pengakhiran.Jangan niat berubah kerana malu dengan manusia.Tapi malulah dengan Allah.


Memahami erti perubahan


Sungguh.Kalau fikir balik,entah berapa kali terlintas di fikiran nak berubah.Entah sudah berapa tahun azam kita masih tak berubah.Masih sama.Azam tahun hijrah,azam tahun masihi,azam hari lahir dan entah beberapa hari lagi yang istimewa,yang mana terlintas di hati satu perasan ingin berhijrah menjadi hamba yang lebih baik.


Ana suka mendengar.Menjadi pendengar adalah salah satu cara bermuhasabah diri.Dan acapkali apabila rakan-rakan mengadu masalah,berkongsi cerita,soalan berkisar perubahan diri,pengislahan menjadi insan rabbani adalah antara yang paling famous. 
"Macam mana nak berubah? Dah usaha banyak kali dah,tapi resultnya tetap sama."


Hakikatnya,hamba faqir yang sedang menulis ini juga menghadapi dilema yang sama.Kerana memang pelaksanaan itu tidak semudah percakapan.Easier said than done.Mudah untuk ana menulis di sini,tetapi untuk satu pengamalan yang berkesan,itu juga antara mujahadah yang sangat besar.Perlu bersungguh-sungguh.


Teringat status Ustaz Hasrizal di Facebook:


"Nikmat yang besar buat seorang penulis atau penceramah apabila pendapatnya difahami oleh pembaca atau pendengar. Nikmat dua kali ganda pula apabila mereka mengamalkannya. Nikmat tiga kali ganda apabila mereka menyebarkannya. Azab sepuluh kali ganda apabila pendapatnya disalah tanggap. Azab seribu kali ganda apabila pendapatnya diputar-putar dan dimanipulasi. Yang tenang sentiasa ialah yang tiada pendapat. (Tunggu sampai di Sana nanti!)" 



Sangat setuju.Bila menulis ana berdoa semoga tulisan di sini dapat difahami pembaca.Dan perkongsian di sini,untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Supaya kefahaman yang ana peroleh itu,mampu dikongsi dengan para pembaca di sini.Rantaian kefahaman.
Ya,perkongsian mengenai kefahaman.
Dan dalam proses perubahan ini,ketidakfahaman itulah yang membantutkan sebuah penghijrahan.


Apabila kita melakukan sesuatu tanpa kefahaman,perbuatan kita itu adalah suatu perbuatan yang membuta tuli.Sebab itulah,kita berazam berkali-kali,tetapi tidak pernah menjadi realiti.Mimpi yang terus kekal sebagai mimpi.Fantasi.
Andai niat kita lurus sekalipun,tetapi kita tidak benar-benar memahami erti sebenar perubahan,erti pengorbanan,boleh jadi perubahan kita itu perubahan yang sia-sia.


#1.Perkara pertama mengenai soal kefahaman yang ingin ana ketengahkan:
Sebenarnya,kita berubah bukan kerana kita ingin berubah.
Tapi kerana kita memang perlu berubah.Dengan kata lain,wajib berubah.
Menjadi insan yang lebih baik.


Suka untuk ana ulang,
"Menjadi hamba Allah yang berjiwa hamba,bukanlah satu pilihan,bahkan suatu kewajipan"


#2.Perkara kedua:
Perubahan itu bukan menjadi baik,tapi proses menjadi LEBIH baik.


Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.Itulah realitinya.
Kalau kita beranggapan,hari ini kita niat ingin berubah,dan esok kita sudah boleh jadi baik,mungkin kita silap.Sebagaimana Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah secara berperingkat-peringkat,begitu jualah dalam proses kita ingin menjadi acuan Al-Quran.


Tanyalah perokok yang berjaya berhenti merokok.
Percayalah,dia berjaya step-by-step.Dari sekotak sehari,7 batang rokok,dan sehinggalah rokok itu sirna dari kehidupannya.
*clark kent pon dapat power dia one by one,bukan sekaligus :) *kidding
Kerana itu,bulatkan tekad bahawa aku mahu hari ini lebih baik daripada semalam.Esok yang lebih cerah daripada hari ini.


#3.Perkara ketiga:
Tiada penangguhan dan masa tertentu dalam meniti perubahan.


Tiada 'esok','sekejap lagi' atau 'nantila' dalam kamus kehidupan seorang insan yang ingin menjadi mukmin yang sejati.Berubah bukanlah kerana tahun baru kan kunjung tiba,bukan kerana usia telah semakin tua,tetapi atas dasar pemahaman bahawa diri ini seorang hamba.Jangan ditunggu tahun baru,sama ada hijri atau masihi,baru mengorak langkah menjadi insan yang lebih rabbani.Siapa kita,mengatakan masih ada hari esok untuk aku?


Andai perubahan dan pengislahan diri datang menyapa,sambutlah dengan senyuman mesra.Mulakan proses perubahan itu segera,jangan bertangguh. Tiada perkataan ‘sekejap lagi’ untuk menjadi hamba yang diredhainya.Tidak ada.


Menjadi baik dan sentiasa menjadi baik.
Istiqamah.
Ini step yang ana kira paling penting.


Kita hamba.Dan memang sifat seorang hamba itu lemah.
Dan istiqamah ini 'kuasa' buat hamba-hamba yang lemah,selain daripada niat, untuk menjadi hamba yang kuat.


“Berimanlah kamu dengan Allah kemudian istiqamahlah”-hadis-


Andai istiqamah itu tetap tidak hadir,percayalah bahawa kita belum benar-benar memahami dasar dan tujuan kita ingin berubah.


Kembalilah kepada Allah

Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Kita bukan nabi yang maksum.
Kita tidak setaat malaikat.
Bukan juga iblis yang dilaknat.


Maka bertindaklah sebagaimana layaknya seorang hamba.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]


Berubahlah.Menjadi lebih baik dan sentiasa menjadi manusia yang baik.
InsyaAllah.
Change for the greater good. 
Jangan berhenti Mencari Redha Ilahi :)


p/s:credit to my friend.All of you.
Entry ini merupakan repost.Moga bermanfaat.

Comments

  1. Assalamualaikum dik wafi.

    pa kbr? baik?
    Alhamdulillah,nice one lah dik.
    Niat berubah kerana Allah.InsyaAllah Allah bantu :)

    syukran dik.

    ReplyDelete
  2. @Nazihah@Jiha

    Waalakumussalam.
    Alhamdulillah,kuwaiyis.
    Allahu yubarik fiik.
    Afwan.

    ReplyDelete
  3. lets change to a better one!!
    better late than never!!

    ReplyDelete
  4. ye, mmg btol..
    part paling susah dlam perubahan adalah istiqamah.hmm

    ReplyDelete
  5. serius, kadang2 sukar utk istiqamah bila berada di tempat2 berlainan. sini & sana..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..
    cuba baca ni .. heeeee..sy ade tulis.

    http://pipi-tembam.blogspot.com/2011/08/assalammualaikum-tiba-tiba-rasa.html

    ReplyDelete
  7. bila sifat tu dah sebati dlm diri, mmg susah nak brubah..
    doakan sis jg agr jd org yg lbih baik,

    ReplyDelete
  8. sebab tu kita sentiasa menjadi yang terbaikkan? buat diri sendiri
    mekasih..

    ReplyDelete
  9. saya ni antara yg hangat-hangat taik ayam je klu nk berubah. kejap je buat then balik peel asal..ishish..mmg kena lebih usaha agar x terikut kata nafsu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?