Kerana Kewajipan Bukan Suatu Pilihan
Subhanallahu wabihamdih.
Subhanallahil 'azim.
Sejuk.
"Eh,serius ke cita-cita nak jadi doktor?"
Apabila sudah menjalani kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa perubatan,baru dapat mengerti dan memahami mengapa terkadang ada pihak yang bertanyakan soalan seperti di atas.Ya,bukan mudah sebenarnya.Namun payah bukan alasannya untuk mengalah.Pantang menyerah sebelum melangkah*muka semangat ^^
Setiap hari,berkenalan dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah. 'Mereka' agak ramai dengan nama-nama yang pelik dan berbeza-beza.Unik.
Glycine.
Alanine.
Valine.
Leucine.
Isoleucine.
Serine.
Mereka inilah antara faktor ana berusaha mengelakkan diri daripada tidak hadir ke kuliah,terutamanya atas faktor kesihatan.Ini merupakan musim sejuk ana yang pertama,jadi macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.Terlepas kuliah satu hal,dan tidak sihat pula satu hal yang lain.Ingin berusaha memahami hati budi 'rakan-rakan baru' dengan baik,walaupun agak sukar sebenarnya.
Ok.Bukan niat ana untuk memperkenalkan antum dengan 'rakan-rakan' baru ana,kerana hakikatnya ana sendiri masih gagal mengenali mereka dengan baik.Cuma terpanggil untuk berkongsi,setelah terdengar keluhan bernada gurauan salah seorang rakan,setelah selesai 'sesi taaruf' dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah beberapa hari lepas.
"Itulah engkau,orang suruh engkau pilih engineering engkau taknak.Nak sangat jadi doktor.Menghadap la engkau dengan nama-nama pelik ni.."
Ini soal pilihan.
Soal keutamaan.
Soal mencari suatu keredhaan.
Hakikat sebuah pilihan.
Pilihan antara kerjaya sebagai seorang doktor,dan seorang guru bahasa Arab.
Itu antara dilema yang ana hadapi selepas SPM tahun lepas.Tidaklah dilema mana,cuma bilamana sudah melepasi zaman sekolah menengah,mahu tidak mahu terpaksa membuat pilihan untuk masa hadapan.Soal cita-cita,soal wadah yang ingin digunakan dalam mendidik jiwa menjiwai rasa kehambaan,rasa hidup bertuhan.
Pengalaman melihat kehidupan murabbi-murabbi kehidupan : Ummi,abuya dan para mursyid di Smap Kajang yang merupakan seorang guru,sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada diri untuk menjadi seperti mereka.Menjadi seorang guru.Minat pada bahasa Al-Quran yang indah, lingua franca di syurga sana menebalkan lagi rasa cinta pada profesion seorang guru.Sungguh.
Namun,dalam perubatan itu juga wujud keindahan.
Dan rasa cinta akan keindahan dalam menjadi seorang pengamal perubatan itu lebih ana impikan.
Dan perubatan jua yang menjadi pilihan.
Dan perubatan jua yang menjadi pilihan.
Bilamana ana perlu membuat pilihan antara doktor dan seorang guru;
Ana PILIH untuk menjadi seorang doktor.
Ana PILIH untuk menjadi seorang pelajar perubatan.
Ana PILIH untuk berada jauh di perntauan,merentas Lautan Mediterranean.
Makanya,timbul persoalan:
"Apa ana salah kerana memilih untuk menjadi seorang pelajar Perubatan..?"
"Eh,dosa ke..?
"Andaikata ana pilih profesion seorang guru,apa juga salah pilihan ana tersebut..?"
Kewajipan bukan suatu Pilihan
Berdosakah?
Sangat jelas bukan.
Tidak ada dosa dalam membuat pilihan.
Baik memilih A atau B.Sama ada doktor atau guru.
Tidak salah.
Kerana apa?
Kerana pilihan itu ialah bilamana ia tidak menyebabkan murka Tuhan.
Tapi andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan,ia tidak dipanggil pilihan.
Kerana kewajipan bukan suatu pilihan.
Kewajipan itu suatu tuntutan.Melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhan.
Sangat jelas bukan.
Tidak ada dosa dalam membuat pilihan.
Baik memilih A atau B.Sama ada doktor atau guru.
Tidak salah.
Kerana apa?
Kerana pilihan itu ialah bilamana ia tidak menyebabkan murka Tuhan.
Tapi andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan,ia tidak dipanggil pilihan.
Kerana kewajipan bukan suatu pilihan.
Kewajipan itu suatu tuntutan.Melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhan.
"Di Mesir ini,terserah pada kamu sama ada hendak memilih menjadi Musa atau Firaun."
Maaf cakap,sebenarnya ana agak tidak bersetuju dengan statement di atas,yang mana sudah acapkali ana dengar diungkapkan oleh pelbagai pihak.Baik di Malaysia mahupun di Mesir.
"Mengikut jalan Nabi Musa merupakan suatu tuntutan,dan Firaun yang mengaku Tuhan merupakan suatu kemurkaan."
Tidak ada unsur pilihan di sini sebenarnya.
******
Tutup aurat itu tuntutan,bukan pilihan.
Menjaga pergaulan,ikhtilat itu satu tuntutan,bukan pilihan.
Persaudaraan dalam Islam merupakan suatu tuntutan,bukan pilihan.
Semuanya ini merupakan kewajipan.
Ana sekadar ingin meletakkan kefahaman dalam diri,dan semua pembaca yang dirahmati Allah,bahawa bukan semua benda di dalam dunia boleh dipilih-pilih.Nak yang ini,taknak yang itu.Hidup ini bukan cabaran dalam membuat pilihan,tapi ujian membuat keputusan,sama ada sesuatu perkara itu suatu kewajipan atau pilihan.
Yang wajib tetap wajib.
Cuma,apabila ia berkaitan dengan pilihan,letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita,tapi kita ini pilihan Tuhan.
Ana suka dengan kata-kata ini:
"Menjadi orang agama adalah satu pilihan, namun menjadi orang beragama adalah satu kewajipan"
Moga Allah redha.
Update: Artikel ini telah dikongsikan di dalam ILUVISLAM
Update: Artikel ini telah dikongsikan di dalam ILUVISLAM
Ibnbakr.
Alexandria,Mesir.
Assalamualaikum, saudara.
ReplyDeleteTanamkan azam, bulatkan tekad, kuatkan semangat. InsyaAllah, akan dipermudahkan segalanya. Terus berjuang. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Kamu buat akak teringat pesan pensyarah yang mengajar agama 2 sem lepas berturut-turut, seorang pemuda yg sangat akak kagumi ilmunya. Selalu memberi inspirasi dan motivasi kepada anak didiknya.
ReplyDeleteKatanya, "You can do wrong. But you don't have the RIGHT to do WRONG."
Faham kan maksudnya?
tak pernah la pulak dengaq ungkapan
ReplyDelete"Di Mesir ini,terserah pada kamu sama ada hendak memilih menjadi Musa atau Firaun."
yang pahamnya, di Mesir ni, kita akan mengikut langkah Firaun andai kita semakin menjauh daripada Tuhan meskipun jalan menuju tuhan itu sudah terbentang luas di bumi Mesir. Dan suruhannya, Ikutlah jejak langkah nabi Musa.. Mesir tidak menjadi bumi laknat kerana terlaknatnya Firaun, tetapi bumi barakah kerana kenabian pada nabi Musa.. :)
"Menjadi orang agama adalah satu pilihan, namun menjadi orang beragama adalah satu kewajipan"
Jazakalllahu khair
@Izzati
ReplyDeleteFaham rasanya.
@Ahyad
Really true.
Ana taknak quote sapa2 kat atas ni. Lebih elok rasanya.
xpe niat untuk agama pn dikira ibadah..semoga menjadi doktor daie..amin
ReplyDeletebittaufiq wal najah dlm setiap urusan..
ReplyDelete~ sharing is caring..(^_~) ~