hebat ke?

short reminder for myself.

dan alang-alang kalian juga baca, it should be reminding you too right?

Saya taknak berceloteh dalam facebook, risau kena reply komen banyak-banyak. Buang masa juga, exam nak dekat. Kerja-kerja lain as a result of procastination (at its best) ada la juga yang berbaki. Jadi itulah, tak boleh nak sembang panjang sangat.

Soal ini timbul lama dah, seawal saya jadi mahasiswa lagi (gebang je, 2 tahun dulu takde la lama sangat). Waktu itu, semangat mahasiswa itu boleh dikatakan berapi-api la juga. Bersemangat itu ini. Kalau boleh, semua benda nak ambil tahu.Ye lah, 'MAHA'siswa kan? Mana boleh duduk terkurung dalam bilik je.

Tapi betullah, api yang tak terkawal boleh membakar.

*cis apa aku mengarut ni*

nak pesannya sikit je actually.

Jangan mudah merasa gah dengan ideologi-ideologi lain - sekularisme, pluralisme, teologi etc. Saya jadi risau kalau kita terburu-buru belajar ideologi lain sedangkan teras mengenai Islam itu sendiri terlalu banyak yang lompong. 

Tak tak. Ini bukan persoalan tentang "Islam engkau dah sempurna ke nak belajar agama dengan ideologi lain?". Sebabnya kalau nak bincang bab sempurna ke tidak Islam kita, memang tak la kan?

Ini persoalan adab dan tatacara kita dengan Islam itu sendiri.

Pesan orang tua, masuk rumah ikut pintu, jangan ikut tingkap. Apalagi panjat masuk ikut bumbung,  Tapi ada sesetengah orang, mereka menyangka keupayaan untuk tidak menggunakan laluan mainstream  ini sebagai sesuatu yang hebat. Sesuatu yang gah.

Tak tak.

Islam lebih hebat. Kita umat yang dimuliakan dengan Islam. Kalau kita cuba mencari kemuliaan selain Islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah. Percayalah.

Sebab kami pernah ditanya satu soalan oleh naqib usrah :

"Kalau sebelum ke kelas, kita ambil wudhu' sampai part basuh kepala je. Lepas tu kita stop, pakai stokin dengan kasut dan terus ke kelas. Habis kuliah yang pertama, kita ke tandas dan basuh kaki je lepas tu terus solat zohor. Soalannya, sah tak solat kita?"

Lama juga kami fikir. (Apa jawapan dia?)

Dan dari situlah baru kepala rasa macam terhantuk, soal wudhu dan syarat sah solat pun masih ke laut lagi pemahamannya. Tak bersungguh-sungguh belajar. Tajwid Al-Quran dan bacaan Al-Quran tak pernah rasa obses nak improve, tapi kalau buku-buku tulisan manusia (apalagi Karl Max penulisnya) laju sahaja nak baca, nak explore.

*cis macam panjang je post ni*

Ok. Nak sembangnya ini sahaja sebenarnya:

"Apa pun kita buat, kita baca, kita usrahkan, kita diskusikan, jangan rasa topik-topik core dan teras Islam sebagai perkara yang remeh. Dan jangan asyik memandang cabang-cabang agama dan ideologi lain sebagai perkara yang besar dan gah."

Gah di mata manusia, mungkin ya.

Di mata Allah, yang hebat tetap mereka yang bertakwa.

*nasihat ni mungkin valid untuk sesetengah orang je. Orang-orang hebat macam tak valid je. EH hebat ke?

Comments

  1. "Saya taknak berceloteh dalam facebook, risau kena reply komen banyak-banyak."

    exactly..nak blogging balik la.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,mohon kongsi certain phrases ye,shukran

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,mohon share certain phrases ye,shukran

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?