hamba

Katakanlah kamu (yang sedang membaca) seorang kaki bola.

Makan bola. Minum bola. Tidur bola.
Semua bola.

Tiba-tiba satu hari, terserempak dengan kawan lama di luar stadium.

“Eh ‘hamba bola’! Lama tak nampak, mana tercampak?”

Hamba bola?

Agak-agaknya apa perasaan kita ketika itu? Kecil hati? Buat muka tak kenal? Atau nak balas semula:

“Eh engkau sejak MU bawah Moyes ni lama tak tweet #GGMU?

***

Katakan pula, kisah seorang lelaki lain. Bukan kaki bola, tapi kaki wanita.
(Tak. tak. Jangan bayangkan diri kalian kaki wanita.)

Mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik pasti mahu diayat, mahu digoda. Lelaki lain sembang bola, dia sembang pasal wanita. (sudahlah tak hensem mana. eh)

Dengan perangainya yang sebegitu, mahu dia terima kalau tiba-tiba ada yang memanggilnya:

“Wahai ‘hamba betina’!”

Boleh bawak gaduh. Walhal setiap saat hidupnya wanitalah yang dipuja.

***

Tapi.

Katakanlah kalian seorang lelaki biasa. Dari zaman universiti, sehinggalah sudah bekerja sebagai seorang doktor(contohnya) , tidak pernah langsung kakinya jejak ke masjid. Dahi entah bila sembah ke sejadah.

Satu hari, Imam masjid ziarah rumah. Disapanya kita dengan ucapan :

“Wahai hamba Allah.”

Time tu, agak-agak kita marah atau tidak dengan panggilan sebegitu?

Tak. Tidak akan.

Boleh jadi kita sengeh kering. Atau garu-garu kepada yang tak gatal.

“Imam ni perli aku la pulak..”

Ada kita nak kecil hati? Hendak marah dipanggil hamba Allah?

Tak.
Kenapa?

Kerna kita memang hamba Allah. Hatta sejahat mana pun kita, jauh di sudut hati kita tetap mengakui hakikat sebenar peciptaan kita.

Ya. Kita hanya hamba.

[51 : 56] #mukminprofesional


Comments

  1. Ilah itu ialah yang paling dirindui, yang paling dicintai, yang paling disegani, yang paling ditakuti dan macam2 lagi.

    Tindakan kita melambangkan apa ilah kita, astaghfirullah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh. Lama tunggu post baru ni. Adapun akhirnya :))

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Gambar di bawah tu mempunyai tafsiran yg tersendiri bg setiap pembaca(termasuk saya) entri ini, kat mana dpt gambar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google. Tp saya sendiri tak pasti apa yg saya taip masa jumpa gambar tu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?