Introspeksi (2)


Teringat saya ketika kecik-kecik dahulu. Ummi dan abuya tidak benarkan menonton tv hingga lewat malam, apatah lagi bermain game di laptop atau komputer rumah. Tak boleh. Lagi pula game-game itu bukan ummi dan abuya yang beli, tapi kami sendiri yg pandai-pandai 'seludup' masuk dalam rumah.

Tapi kami (saya dan adik beradik) degil. Kami main juga ketika ummi dan abuya tidur waktu malam supaya tidak dimarahi. Kami main selalunya tidak lama. Kerana apa? Sebabnya ummi/abuya pasti akan bangun ketika kami sedang main, untuk tahajjud. Kadang-kadang kami kantoi, kadang-kadang kami sempat berpura-pura tidur. Mujur juga.

Berada jauh di perantauan sekarang, gambar ini sentimental juga pada saya. Saya yakin ummi dan abuya masih tetap istiqamah seperti dahulu, cumanya anaknya ini, apakah dia masih degil seperti waktu kecilnya? Moga sahaja saya (kita) sudah tidak lagi degil seperti dahulu.
Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami (dengan penuh kasih sayang) ketika waktu kecil kami.
p/s: Saya tidak tahu nak kreditkan kepada siapa gambar ini. apa pun, terima kasih. saya baru sahaja print letak depan meja study saya. bermanfaat juga kalau dijadikan wallpaper henset.

Satu lagi, bukan pada 'ponteng kelas' yang menjadi masalah saya (risau jadi fitnah pula). Doa ibu pada anaknya itu pelbagai bukan? Boleh jadi ummi selalu doa dapat menantu yang baik, tetapi anaknya sendiri bukan lelaki yang baik :(

Comments

  1. Follower ke : 1407
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?