Kelentang-Kelentung
Dahulu, saya suka baca hikayat penglipur lara zaman dahulu kala. Pada bacaan saya, kisah-kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga. Orang tua-tua dahulu, kisah-kisah mereka bukan sahaja punya elemen sastera. Mereka bercerita kisah bagaimana untuk menjadi manusia.
Kisah Mat Jenin contohnya.
******
(Saya rasa kisah ini sedikit berbeza dengan hikayat yang pernah saya baca. Tapi tidak mengapa.)Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu.Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput.Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat Jenin memacu kuda lebih pantas.Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat.“Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka,” kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.
*****
Selepas saya baca dua tiga kali kisah ini, persoalan pertama yang timbul dalam kotak fikiran saya:
"Apa beza aku dengan dia?"
Kalau soal kacak atau tidak, mungkin saya lebih sedikit dari Mat Jenin.
(ok. saya faham kalau ramai yang mahu skip ayat ini. saya berlapang dada)
(ok. saya faham kalau ramai yang mahu skip ayat ini. saya berlapang dada)
Tapi kalau soal angan-angan *sigh*, saya tidak kurang beza dengan Mat Jenin.
Bahkan saya mungkin sahaja lebih 'jenin' daripada beliau.
Bahkan saya mungkin sahaja lebih 'jenin' daripada beliau.
Sebelum saya terbang ke Mesir, saya bawa bersama saya satu buku nota. Saiznya sama besar dengan buku-buku nota tipikal yang lain. Yang menjadikannya istimewa-selain daripada buku itu hadiah daripada kawan saya- di dalamnya juga saya catatkan secara ringkas mengenai apa yang saya mahu jadi 10 tahun akan datang.
- Doktor (muslim berwibawa)
- Quranic mindset
- err rahsia
- err rahsia
- err rahsia
- Kahwin (ini saya tambah)
Saya buka semula buku nota tersebut beberapa hari lepas. Melihatkan list tersebut, tahulah saya sudah sangat jauh daripada apa yang saya cita-citakan. Tahulah juga saya, bahawa saya lupa untuk listkan sama langkah-langkah yang boleh saya usahakan sepanjang perjalanan. Saya terlalu asyik mahu jadi itu-ini, sehingga akhirnya semuanya hanya tinggal cita-cita.
Seperti angan-angan saya mahu berkongsi dengan lebih kerap di blog ini, akhirnya saya biar juga tanpa sebarang perkongsian. Seperti angan-angan saya mahu menulis sebuah buku, tapi mahu menulis satu artikel pun saya masih terial-kial. Saya bukan mahu menyatakan keburukan angan-angan. Angan-angan itu juga sebahagian daripada impian. Apa yang salah pada sebuah impian (?)
Tidak salah memperuntukkan masa untuk berangan-angan. Tapi biarlah peruntukan masa untuk berusaha itu lebih lama. Lamanya sehingga angan-angan itu mampu kita gapai. Sama juga seperti bermimpi ketika tidur. Sebab itu, untuk menggapai mimpi ada dua sahaja caranya:
- Sama ada kamu terus tidur dan capai mimpi dalam mimpi.
- atau kamu bangun dari tidur, dan jadikannya realiti.
Dan mungkin sebab inilah Morrie (Tuesdays with Morrie, Mitch Albom) berpesan:
"When you are in bed, you are dead."
Sepuluh tahun akan datang, saya mahu baca semula post kali ini. Dan bertanya:
"Masih jenin kah aku?"
(saya mahu sambung lagi, tapi saya risau saya hanya seperti tin kosong. Bunyinya lebih kuat daripada tin berisi air, tapi dalamnya kosong. Tulisnya banyak, buatnya tidak. Na'uzubillahi mindzalik)
*kelentang-kelentung*
Biar angan melangit tinggi,
tetap bumi mengakar tumbuh!
suka baca entry kamu...very nice.
ReplyDelete