Idiotitis
Entah berapa kali saya
dipesan-sama ada dalam majlis formal ataupun sembang-sembang bersama
rakan-bahawa sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia bodoh. Cuma Allah
menciptakan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza, Pun begitu saya tetap
tidak menafikan bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya. Dia mampu
menjadikan seorang yang bijak itu akhirnya bodoh, dan menjadikan yang bodoh akhirnya
bijak.
Kun fayakun.
Perbezaan
قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون
“Katakanlah (Wahai Muhammad) adakah sama bagi mereka
yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui”. (Surah al-Zumar: 9)
Maka ketahuilah besar
perbezaannya antara orang yang mengetahui (bijak) dan orang yang tidak
mengetahui (bodoh). Saya tidak benar-benar mengetahui perbezaan yang sebenar
antara kebijaksanaan dan kebodohan. Cuma saya pasti bahawa ada jurang pemisah
yang besar antara kedua-duanya. Dan saya berpegang dengan falsafah bahawa
perbezaan antara manusia yang bijak dan manusia yang bodoh adalah:
“Manusia yang bijak itu ialah golongan yang merasakan dirinya (masih) bodoh, manakala manusia yang bodoh pula ialah golongan yang merasakan dirinya (cukup) bijak.”
Sebab itu, kita tidak boleh
bersikap qanaah(berpada-pada) dalam menuntut ilmu. Selagi mana hayat
dikandung badan, ilmu itu perlu dicari. Hikmah (ilmu) itu antara barang yang
tercicir daripada diri orang mukmin, maka di mana sahaja kamu menemuinya
hendaklah kamu mengutipnya.
Pembodohan
Saya juga dipesan, mem’bodoh’kan
orang lain bukanlah jalan pintas menjadi orang yang bijak. Kita tidak sesekali
menjadi bijak dengan mengatakan orang lain bodoh. Tidak sesekali. Adalah suatu
kebodohan andai kita merasakan kita semakin tinggi dengan merendahkan orang
lain. Adalah suatu kesilapan andai kita merasakan diri semakin besar dengan
mengecilkan yang lain.
Pernah ke kursus Biro Tata
Negara? Saya tidak tahu di mana silapnya sehinggakan fasilitator di sana sangat
bermujahadah mahu memperbodohkan anak bangsa dengan doktrinisasi patriotism yang
songsang. Memainkan isu racism sepertinya bangsa Melayu sahaja bangsa
yang agung, yang boleh dipercayai di dunia ini.
Pernah tengok video ini ahli
politik mana-mana parti? Penyataan mereka seolah-olah kerajaanlah yang memberi
rezeki kepada rakyat jelata. Parti merekalah yang memberi manfaat kepada dunia. Tanpa mereka memerintah negara pastilah punca
rezeki rakyat tersekat. Ada pula jenis ahli politik yang terlalu ingin menjadi
wakil rakyat, sehingga habis diramalnya masa hadapan.
Pernah baca komen-komen di facebook, youtube berunsur
politik kepartian? Lagilah menyedihkan.
Ubah
Kejahilan ini yang perlu diubah.
Saya yang menulis tidak
menyatakan bahawa saya lebih bijak apabila berbicara soal kebodohan dan
pembodohan. Saya juga tidak berniat menggunakan istilah bodoh (instead of
using ‘kurang bijak’) kerana merasakan orang lain bodoh dan tidak pandai.
Saya merasakan istilah bodoh walaupun kurang beradab, lebih memberi kesan.
Sekurang-kurang memberi kesan kepada diri saya, andai tidak memberi kesan
kepada yang membaca.
Iqra'!
Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan. "A book a day, keep the idiotitis away!"
“Untuk berjaya dalam hidup, kita bukan hanya perlu
belajar untuk pandai, tetapi berjuang untuk tidak bodoh.”
ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
“Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang
daripada golongan yang jahil” [Al-Baqarah 2: 67]
Celik! Terima kasih.
ReplyDeleteCuma mungkin ada sedikit ralat pada perkataan 'bijak' dalam qoute ni;
"... manakala manusia yang bijak pula ialah golongan yang merasakan dirinya (cukup) bijak.”
syukran. sudah diperbetulkan.
ReplyDeleteYang bijak kadangkala tak diberi peluang membijakkan orang lain. Yang kurang bijak pula kadangkala tidak dihalanag untuk mengurangbijakkan orang lain. Yang tersepit di tengah-tengah kedua-duanya, mereka yang hanya duduk dan tunggu si bijak membijakkan atau si kurang bijak mengurangbijakkan.
ReplyDeleteJom ubah! Yang bijak biarlah yang membijakkan, yang kurang bijak kita bijakkan, yang ditengah-tengah itu kita beri panduan dengan hikmah & kebijaksanaan. :)