present = present

Aku tenung satu-satu gambar wajah insan-insan mulia dalam hidup aku. Andai sahaja ada suatu tempat yang lebih hebat daripada syurga, aku mahu mereka berada di sana-berbahagia. Sebolehnya, aku mahukan yang terbaik buat mereka, sebagaimana bersungguhnya mereka mahukan yang terbaik buat aku. Teringat aku pada peristiwa di masjid seusai solat jumaat yang lalu, seorang pakcik yang sudah agak berusia yang aku  bantu tuntun tangannya sewaktu menuruni tangga. 

Sebelum berpisah, dia tersenyum lebar sambil menepuk bahuku seraya berkata :

"Shidda hiilak!" 

dan suaranya seakan-akan bergema : "Shidda hiilak, shidda hiilak, shidda hiilak!"

Pelupuk jiwa aku terbuntang mendengar kata-katanya. Jiwa rasa bahagia semena-mena.

Present = Hadiah.



Pada aku, insan-insan mulia ini merupakan hadiah terbesar untuk aku. Aku teringat ketika muda-muda (err) dahulu, aku selalu sahaja minta ummi belikan hadiah untuk hari lahir aku setiap tahun. Hari ini, sedang usia meningkat dewasa baru aku tersedar bahawa akulah yang sepatutnya memberikan ummi dan abuya hadiah setiap kali hari lahir aku tiba, kerana ummilah yang melahirkan aku, abuyalah yang membesarkan aku.

Bukan hanya pada hari lahir, bahkan setiap hari.

Sebab itulah aku jadi risau kalau aku gagal menjadi hadiah terbesar buat mereka, sedangkan mereka sudah nyata hadiah terbesar buat aku. Aku takut kesusahan mereka di akhirat kelak disebabkan kesenangan dan kealpaan aku di dunia. Aku risau senyum tawa aku sebenarnya asbab air mata mereka. Aku tak mahu begitu.

Present = Masa Sekarang

Sewaktu mendengar kuliah Syeikh Hamza Yusuf (video di bawah), aku tersedar suatu perkara penting ketika beliau mnaqal kata-kata Imam al-Qasim :


"If anybody tells you you are the future, say No! 

Say : I am the present. I have things to do right now. 

Right now!"


 .

Saat Allah kurniakan aku hadiah (present) berupa insan-insan mulia yang banyak mendidik aku mengenal erti dan hakikat seorang hamba, Dia turut kurniakan masa sekarang (present) yang sangat berharga untuk aku  pula berusaha menjadi hadiah terbesar buat mereka. Supaya senyum tawa aku juga senyum tawa mereka. Supaya aku antara asbab amalan mereka diterima-berbuah syurga!

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Sampai syurga, aku tetap mahu mendoakan kalian. 

Today is a gift, thats why we call it present.

"Yang ada ini sudah harapan kita" 

-Hamka

Jangan asyik sahaja mahu mengeluh untuk masa yang telah berlalu. Bukan begitu namanya kehidupan. Namun berterima kasihlah pada yang namanya 'semalam', kerana padanya ada seribu satu pengalaman-yang mematangkan. Optimislah pada yang namanya esok, semoga masih ada cahaya harapan-yang menyinar.

Namun jangan lupa pada yang namanya 'hari ini', kerana dari sinilah terbitnya pengalaman baru yang daripadanya terpancar sinar.

Kita generasi masa hadapan?
Tidak.

Siapa yang dapat yakinkan engkau masih mampu melihat dunia pada hari esok?
Jangan berlagak Tuhan, kawan.

Kita generasi hari ini, saat ini.
Generasi yang Allah (masih) hadiahkan kesempatan untuk hidup.

Kesempatan untuk menikmati nikmat IslamNya.
Kesempatan untuk menikmati nikmat ImanNya.

Mahu jadi hamba Allah yang baik setiap masa?
Mahu jadi anak soleh penyejuk mata ummi dan abuya?
Mahu jadi anak murid pengubat jiwa?

Mahu jadi suami mithali,
Mahu jadi isteri solehah?

Mahu jadi doktor untuk Ummah?

Maka inilah masanya.

Sekarang.
Hadiah berharga daripada Pencipta buat kita yang mengaku hambaNya.

Comments

  1. Love your writing. Full of inspiration. Keep it up

    ReplyDelete
  2. Love your writing. Full of inspiration. Keep it up

    ReplyDelete
  3. doctor is a noble profession. I saw a lot of noble figure were a doctor. Even my hero, Che Guevara also a doctor.

    ReplyDelete
  4. ada seorang ukhti pernah share kata-kata dari sheikh rohimudin;

    manusia yang bersedih tu selalu memikirkan masa lalu. manusia yang takut pula selalu memikirkan masa depan. sedangkan kita sudah berada pada hari ini & masih berada pada hari ini untuk diusahakan sebaiknya.

    'amal bilihsan lillahi taala. yang susah jadi mudah, inshaAllah.
    Allahu yubarikufik. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?