Kerana Kita Bersaudara II


Bismilllahirrahmanirrahim.

Bumi Gaza berdarah lagi.
Allah..

Ternyata ujian buat hamba-hambanya yang beriman sungguh hebat. Setara dengan taraf iman mereka. Allah uji dengan mendatangkan Zionis laknatullah merobek jiwa-jiwa mereka. Sehingga kini mereka masih bertahan. Aku di sini,hanya diuji dengan soalan-soalan objektif 'Infection and Immunity' pada exam hari itu, sudah mula berburuk sangka pada Allah. Sudah mula mengeluh lemah.

Sedih.




Entah kali yang ke berapa,soalan yang sama menjengah minda.

"Apa yang aku boleh buat untuk mereka saudara-saudara seaqidahkuku di sana?"



1. Jadi manusia hebat. Di sisi Allah,di mata manusia.

Jujur aku katakan,andai ada tawaran untuk aku terbang ke Palestin berjuang bersama mereka,aku sangat risau akan kemungkinan aku menolak tawaran tersebut. Aku masih ingat soalan pengerusi majlis pada majlis LOVE Palestine Night di Kaherah minggu lepas;bertanyakan kesediaan para penonton untuk ke Gaza bersama-sama bejuang dengan mereka. Aku sendiri teragak-agak untuk mengangkat tangan.

Sedih untuk aku katakan,bahawa sebenarnya aku masih belum betul-betul bersedia untuk mati syahid. Namun aku sedar,kesedihan dan kerisauan ini perlu diubat,dengan berusaha menjadi manusia yang hebat. Bukan terus-terusan beralasan aku masih belum bersedia untuk membantu mereka mengangkat senjata. Sampai bila senjata kita hanya sekadar doa?


"Maka tegakkan Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan benarnya di muka bumi ini!"

2. Doa (yang mustajab).


Senjata umat Islam ialah doa. Bahkan doa merupakan senjata terbesar yang Allah kurniakan pada setiap muslim. Tapi doa yang bagaimana? Doa seorang pemaksiat? Doa pemakan makanan haram? Doa seorang penipu? Doa seorang perasuah? Doa yang bagaimana diterima Allah?

Kita sendiri tidak tahu apakah doa kita diterima atau tidak oleh Allah. Namun berlaku jujurlah dengan diri sendiri. Apa kita yakin dengan sikap dan amalan kita sekarang Allah akan makbulkan doa kita? Allah terima doa kita untuk mereka di Gaza?

"... Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]

"Justeru, apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri. -Ustaz Hasrizal"

Moga sahaja Allah makbulkan doa-doa kita.

3. Boikot

Isu boikot ini nampak remeh bukan? Mungkin ada yang mengatakan, 
“Eh tak luak pon zionis dengan boikot korang.”
 “Kenapa engkau tak boikot Apple? Engkau tau semua barang elektronik yang engkau guna ni semua barang Israel? Kenapa tak boikot sekali?”
Selagi boleh boikot,BOIKOT! Ragu-ragu nak boikot ke tidak,BOIKOT! Kalau yakin tak perlu boikot, yakin bahawa belian itu tidak menyumbang kepada Zionis,penggunaan barang itu adalah terpaksa ataupun darurat,maka ketika itu tidak perlu boikot. 

Beli dan berbelanja selagi mana tidak menyumbang kepada pembunuhan saudara-saudara seaqidah kita di sana. Percayalah,Allah tidak lihat pada hasil sesuatu usaha. Namun Allah melihat pada usaha. Sedangkan burung yang berparuh kecil bersusah payah membawa air dengan paruhnya yang kecil untuk membantu Nabi Ibrahim memadamkan api.

Terkesan dengan status seorang senior di facebook :

“If a free burger is all that's needed to buy your support, then that shows how "concerned" you are about your fellow human beings in Gaza.Starve a little,for them.. they have been starving for years!”



4. Menderma dengan mana-mana gerakan yang dipercayai.
5. Kempen,demo fb,twitter etc (create awareness)



Banyak lagi yang boleh kita lakukan.Apa sahaja usaha yang boleh kita lakukan untuk mereka,maka berusahalah.Darah kita,darah mereka sama merahnya.Apa yang kita ada,kita sumbangkan bersama.Doa kita,infak kita,tanda cinta sesama kita.Kerana kita semua bersaudara.



"Ya Allah,selamatkan saudara-saudara kami di Palestin,dan hancurkan mereka-mereka yang zalim sehancur-hancurnya. Amin"


Comments

  1. Wafi, sesungg7hnya solat adalah senjata itama umat islam. Lihat di keliling..berapa ramai org islam yg bersolat. Apatah lagi solat berjemaah. Apatah lagi solat subuh berjemaah. Solat membawa rahmat. Solat tiang agama. Tinggalkan solat runtuhlah agama. Kalau nak cari air perlu gali pada dlm yg sebenar. Bukan berhenti.... Uncle suka baca tulisan anakanda. Selalu berkarya yg beri manafaat pada manusia......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?