Cerminan Diri




Jaga iman dalam dada. Iman bukan warisan turun temurun. Engkau tahu itu bukan? Itu harta yang paling berharga. Buat engkau,dan semestinya buat aku juga. Kita akan berjumpa lagi nanti,insyaAllah. Andai sahaja Tuhan mengizinkan.


****

Semalam,aku masih berkira-kira untuk ke kelas tafaqquh Ustaz Akli ataupun tidak. Buku module "Microbiology and Immunology" yang di atas meja,nyata bukan alasan untuk aku tidak ke kelas ustaz. Kelas di markaz pada sebelah petang pon aku sudah culas. Novel karya Paulo Coelho,'The Alchemist' yang sudah satu perempat aku habiskan dalam perjalanan ke markaz Isnin lalu,entah ke mana. Tercicir dalam 'keretapi ayam' tempoh hari barangkali. Rugi sungguh,walaupun hanya berharga 25le( RM13 di Malaysia). Harap masih ada jualan murah di hadapan universiti minggu depan.

Dan akhirnya,aku ambil keputusan untuk tidak ke tafaqquh (ah,ini sudah aku jangkakan sebetulnya!). Pemalas? Tidak. 'Tidak ada rezeki' mungkin frasa yang lebih sesuai untuk aku(ya,aku selalu pujuk hati aku dengan kata-kata yang lebih meyakinkan). Kecewa dengan kehilangan 'The Alchemist',aku ambil keputusan untuk mulakan pembacaan 'Eleven Minutes',juga karya Poulo Coelho (sebenarnya aku borong semua buku karya beliau sewaktu jualan murah di hadapan universiti tempoh hari).

Tapi sampai pada bab kedua,aku ambil keputusan untuk berhenti seketika. Tulisan Poulo Coelho yang ini ada menyentuh isu-isu 'dewasa'. Bukan berlagak innocent tidak membaca scene sebegitu rupa,cuma roh membaca seakan-akan keluar melayang. Tiada zuk!

"It was like floating up to heaven and then slowly parachuting down to earth again"

Dan akhirnya,aku ambil keputusan untuk mencoret di sini,beralih dari dunia pembacaan,ke dunia penulisan. Sudah lama bukan aku tidak mencoret di sini? Kali terakhir hanya monolog diri sendiri, dan hari ini juga,persoalannya tidak lari jauh,masih berkisar tentang diri penulis juga.

****



Sungguh,aku jarang benar bermuhasabah lewat waktu ini. Sibuk? Langsung tidak(ada juga kadang-kadang sebenarnya). Setahun aku berada di Mesir,jurusan medic pula,jujur aku katakan aku masih belum 'menikmati' kesibukan yang melampau,lebih-lebih lagi berkaitan dengan pelajaran. Aku masih punya waktu bertanya khabar ummi dan abuya di Malaysia,guru-guru di sekolah, bersama sahabat-sahabat. Aku masih punya waktu berfacebook,,masih punya waktu berfutsal dan hoki,masih ada masa untuk bermain game dan jika ada abang-abang amanahkan untuk jadi AJK mana-mana program,aku masih boleh menerima tugas dan lakukan dengan sehabis baik yang aku mampu. 

Dan masih, ada baki waktu yang tersisa. Sakit untuk aku katakan,tapi baki waktu itulah yang meresahkan aku sekarang.
“Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari]
Nyata aku sudah lama ditipu. Bagaimana aku tertipu? Ah,bukan semua benda aku kongsikan di sini. Lagi-lagi kisah hidup aku. Kalian semua lagi arif bukan betapa pemalunya diriku ini? *senyum* Apa yang dapat kukatakan,punya masa silam yang gemilang,tidak pernah menjanjikan senyuman di hari-hari yang mendatang. Kaki yang tetap tega melangkah meredah onak dahulu,kaki ini juga yang berpatah kembali ke belakang hari ini. Ini yang aku belajar dari pengalaman.

Wajah yang comel ini,tampak luarannya sahaja kacak tersenyum,tompok hitam di hati siapa yang tahu? 

****
Kedudukan manusia akan terangkat tinggi disisi Allah kerana dosanya, jika disusuli dengan taubat. [Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah]
Mana mungkin aku mudah berhenti dan mengalah. Aku ingat lagi,beberapa hari lepas aku ditaklifkan untuk menyampaikan perkongsian dan membahaskan kitab karya Dr Yusuf al-Qaradhawi,واجب الشباب اليوم untuk pelajar-pelajar baru tahun satu. Menggelabah sungguh aku hari itu. Kalau sudah hampir sebulan aku berhenti menulis,sudah terasa kekok untuk menulis semula,bayangkan pengucapan umum di khalayak yang sudah aku tinggalkan dua tahun lamanya. Apatah lagi!

Cumanya,bukan kelemahan aku berucap di khalayak yang ingin aku ketengahkan,tapi kelemahan untuk aku laksanakan apa yang sudah aku katakan. Ramai menyifatkannya sebagai 'hipokrit',tapi untuk aku,aku sifatkannya sebagai 'kelemahan'.
"Telinga yang mendengar ini lebih dekat dengan mulut yang berkata-kata.."
Mujur sahaja,aku sentiasa dikelilingi dengan insan-insan yang mengingatkan aku kepada Allah.



****

Sebetulnya bagi aku,bukan iman dalam dada sahaja harta berharga yang aku ada. Keberadaan kalian yang aku cinta, nyata suatu kebahagiaan. Insan-insan yang mendamaikan dan menenangkan.

Kalian cermin untuk aku koreksi diri.

Apa yang aku tulis di alam maya,percayalah itu bukan cerminan peribadi di alam nyata. It is easier said than done. Untuk kelemahan aku melaksanakan apa yang aku katakan,aku mohon ampunan daripadaMu Ya Allah.


Comments

  1. syaitan selalu memujuk rayu kita agar berasa lemah,putus asa,dan seribu satu alasan untuk kita tersasar dari perjalanan ini,tersungkur jatuh ke dalam neraka.Kerana itulah perlunya sahabat2 untuk memimpin kita bersama ke syurga.

    'setiap mukmin itu bersaudara'
    persaudaraan yg diikat dgn akidah dan matlamat yg sama.
    Seomga kita semua adalah mukmin2 yg dimaksudkan itu,dgn usaha dan doa.Ameen:)

    ReplyDelete
  2. :) Full of responsibilities of doing dakwah..

    ReplyDelete
  3. kita semua ada kelemahan. Percayalah,kelemahan itu yang akan menguatkan awak kelak. Awak akan bertambah kuat dengan adanya kawan-kawan di sekeliling yang saling menguatkan ketaqwaan kepada Allah.

    *Eleven minutes agak berbahaya untuk dibaca kanak-kanak^^ takpe,awak sudah dewasa^^

    ReplyDelete
  4. bersyukurlah. Alhamdulillah, enta sudah ada peluang utk membahaskan kitab karya Dr Yusuf al-Qaradhawi,واجب الشباب اليوم.. itu sudah dikira pengalaman yg sgt bermakna. bukan semua org dpt peluang macam enta. dan muhasabah diri serta membaiki kelemahan itu sememangnya harus bg semua hambaNya. insyaAllah, kullu kheir, 'indama ihna nad'u ilallah.. saYusahhill 'umuurona..amin. insyaAllah, kheir laka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?