Iluminati : Fobia ‘Dakwah’ Musuh kerana ‘Dakyah’ Sendiri.

Selesai menghabiskan lebih kurang 50 video dokumentasi The Arrival lebih kurang 2 tahun yang lepas, antara ulasan awal untuk ‘pembongkaran’ dalang sebenar di sebalik kuasa besar dunia ini adalah :
“Ceh,buang masa aku je usha benda ni lama-lama.Entah betul entah tidak..”

“Aku juga tahu isu ni”

nasi lemak iluminatiZaman muda-muda dulu.Fikiran pendek,tak reti nak fikir dalam-dalam,jauh-jauh. Banyaknya isu yang dibaca,kurang dikaji dengan teliti dan bersungguh-sungguh.Sekadar bahan bacaan untuk modal perbualan dengan rakan-rakan ketika waktu rehat ataupun ketika berjalan kaki menapak ke dewan makan sebelum solat Zohor.

Atau sebenarnya ada mesej separa sedar kepada rakan-rakan lain bahawa “Aku juga tahu isu ni.” Tidak mahu outdated dengan isu yang menjadi bualan rakan-rakan.Tetapi sehingga sekarang,penulis tetap dengan prinsip yang sama, “Aku juga tahu isu ni” untuk sebarang cerita dan isu konspirasi.Tidaklah sehingga berusaha ke MPH ataupun Popular untuk mencari bahan bacaan cerita-cerita konspirasi sebegini.
“Isu-isu hangat laju je kita nak tahu. Laju je kita baca. Terjemahan Al-Quran? Setakat berbangga dengan khatam Al-Quran semasa sekolah rendah bolehlah.Sirah Nabawiyah dah habis baca? Bahkan mungkin nota-nota kuliah juga turut sama terabai.Seronok bincangkan dengan rakan-rakan cerita konspirasi. Lepas tu apa? Freemason tu jatuh dengan perbualan kosong kamu?”
Semudah itu nak kalahkan musuh?

Belum tanya lagi:

“Betul ke ‘cerita’ Freemason semua ni?”

Ouch!

Kebatilan yang Berstrategi VS Kebenaran yang asyik dengan Konspirasi

konspirasi iluminatiSetakat pengetahuan cetek penulis,semua konspirasi atau dengan kata lainnya isu Freemasonry ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.Seawal era Pharaoh sehinggalah timbul isu di Olimpik London 2012 tahun ini,puak-puak Freemason dan Iluminati ini sepertinya sentiasa ada di mana-mana(Betul ke?) Mana tidaknya,asalkan berbentuk segitiga atau segitiga tak siap(tak tahu nak describe macam mana) terus dikaitkan dengan freemason,hatta bungkusan nasi lemak turut diheret sekali dalam kancah konspirasi Iluminati(huh?).

Sehinggakan sebenarnya,penyebar ‘dakwah’ Iluminati ini banyaknya orang Islam sendiri. Paranoid.Taksub benor sampaikan bungkus nasi lemak pon nak dikaitkan sekali.Takkanlah makan nasi lemak pun dah kira agen dajjal? Parah sungguh.

Membaca ulasan dan komentar di alam maya,subhanallah! Luas betul pengetahuan mereka mengenai Freemason dan Iluminati.Dari mana asal-usulnya,simbol-simbol iluminati,lady ini red,checkerboard dan macam-macam lagi frasa yang canggih-canggih. Sedihnya,taksub ini tidak diaplikasikan untuk ilmu-ilmu yang lebih penting.
“Kenapa kerajaan Malaysia sokong Olimpik? Olimpik agenda Yahudi kan? Sampai kena tangguh puasa sebab Olimpik.Nampak sangat terpengaruh dengan agenda Iluminati. UMNO agen Yahudi! Asalkan bukan UMNO

Fuh! Fobia yang timbul akibat diri sendiri.



Mereka(andai benar wujud.) menyusun strategi dengan cukup baik,dan agak-agak strategi mereka dapat dikalahkan hanya dengan sebarkan “Ini semua agenda Yahudi”, "ini semua fitnah Dajjal"? Kalau pembaca yakin Islam dapat naik semula dengan memperbesarkan isu ini,maka teruslah berusaha menyebarkannya dengan bersungguh-sungguh. sarcasm*

Jadi,macam mana nak jatuhkan Freemason?

Haih. -,-

Mungkin soalan “Wujud ke Freemason,Iluminati etc untuk dijatuhkan?” perlu diabaikan seketika. Sebabnya sama sahaja sama ada mereka wujud ataupun tidak.Tidak ada banyak bezanya. Yahudi tidak akan pernah redha sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka.Itu peringatan Allah kepada kita umat Islam. Mereka akan terus ber’agenda’ menjatuhkan umat Islam.

Tidak perlu sibuk-sibuk tentang mereka yang masih samar-samar kewujudannya. Sibukkan diri tentang umat Islam yang semakin hari semakin samar-samar akidah mereka,akidah kita. Mungkin soalan yang lebih baik untuk ditanya:

 “Macam mana nak jatuhkan 'dakyah Freemason' yang ada dalam diri sendiri?”
Bagaimana?

Mulakan dengan mengislah diri sendiri.Dan share banyak-banyak dekat facebook,twitter,blog etc tentang pengislahan diri.Itu jauh lebih realistik daripada memperbesarkan isu konspirasi yang tidak tahu di mana hujung pangkalnya.Percayalah,tak nampak 'cool' mana pon kalau 'berpengetahuan luas' tentang Freemason,Iluminati etc ni.

 Pernah dengar maratib amal?

1. Bermula dengan pembinaan Individu Islam
2.Kemudian Keluarga Islam
3.Seterusnya Masyarakat Islam
4.Kerajaan Islam
5.Negara Islam
6.Empayar Islam
7.Sehinggalah mencapai Ustaziyatul Alam(memimpin Alam sejagat)

Mulakan dengan penekanan 10 muwasofat tarbiyah untuk membina individu yang Muslim. Nanti boleh bicang pasal baitul Muslim(keluarga Islam) pulak.*senyum* Nanti bila dah sampai tahap 'ustaziyatul alam',bilamana Islam menguasai dunia,tak perlu lagi cuak dengan Iluminati semua ni.


Sudah-sudahlah ye dengan konspirasi ni.Cukuplah sekadar tahu 'kesamarwujudan' mereka.(eh?)Teruskan dengan jalan juang dan dakwah yang lebih realistik.Tak salah pesan dekat orang lain : "Bahaya gerakan Iluminati ni.Kita kena bersiap sedia menghadapi mereka." Tapi jangan terlalu highlight "Bahaya gerakan Iluminati ini" sampai terlupa highlight "kita kena bersiap sedia menghadapi mereka." Itu yang silapnya.


muwasofat tarbiyah


Please Muslims.
Jangan paranoid.
Jangan taksub.


Tidak perlu takut Iluminati menguasai dunia.
Kita ada Allah yang punya segala-galanya,bukan?

Comments

  1. lebih takut freemason daripada takutkan Tuhan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.. benar, fikiran saya makin sempit sebab selalu bincang mengenai konspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.bincang ilmiah tak kisah.cuma perbanyakkan penekanan yang lebih penting dan realistik,bukan sekadar perbincangan kosong.

      "Tak salah pesan dekat orang lain : "Bahaya gerakan Iluminati ni.Kita kena bersiap sedia menghadapi mereka." Tapi jangan terlalu highlight "Bahaya gerakan Iluminati ini" sampai terlupa highlight "kita kena bersiap sedia menghadapi mereka." Itu yang silapnya."
      (quoted)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?