Cerpen - Cinta buat Hidayah

Buku “Fikah Perubatan” yang dipegang terlepas dari tangan. Hidayah terjaga dari tidurnya. Seraya buku yang jatuh diambil semula. Serentak dengan itu juga dia menyedari dia sudah menjadi tumpuan penumpang-penumpang lain.
“Aduh, segannya. Boleh pula tertidur dalam komuter ni.” monolog hati Hidayah, malu. 
Kesejukan di dalam keretapi dari Bukit Mertajam ke KL Sentral malam semalam membuatkan dirinya sukar untuk melelapkan mata. Plannya untuk menghabiskan bacaan buku “Fikah Perubatan” juga terbantut disebabkan selalu berulang alik dari tempat duduk ke tandas, meloloskan diri daripada kesejukan yang membuatkannya tidak senang duduk.Dia hanya dapat tidur beberapa jam.Natijahnya, dia sering terlelap di dalam komuter. 

Mujur masih pagi,bukan di waktu puncak.Tidaklah dia perlu compete dengan penumpang-penumpang lain bersesak-sesak masuk ke dalam komuter.Cuma kelewatannya tiba di terminal memaksa dirinya untuk terus memasuki gerabak umum,bukan gerabak khas yang disediakan khusus untuk wanita.Melihatkan masih ada tempat kosong,dia memutuskan untuk duduk di situ sahaja.Bersebelahan dengan seorang wanita India dalam lingkungan 40-an di hujung komuter. 
“Mengantuk sangat ka adik? Ini saya ada air botol.Minum la sikit bagi kurang mengantuk.Kesian saya tengok awak.”kata wanita India di sebelahnya,sambil menghulurkan botol air di tangan.
 “Eh takpelah akak.Saya ada air sendiri sebenarnya.Lupa hendak minum awal-awal tadi.Terima kasih ye akak.” Hidayah membalas dengan senyuman melebar,takut ditafsir sombong tidak menerima pelawaaan.
Sebenarnya dia sudah tidak rasa mengantuk.Rasa malu yang menghambat dirinya sebentar tadi serta-merta menghilangkan kantuknya.Dia sebenarnya dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kajang, kemudian melawat guru-gurunya di sekolah,juga di Kajang.Hampir 3 tahun berada di Jordan,dia pulang ke Malaysia dan kesempatan ini diambil untuk menziarahi manusia-manusia berjasa yang mendidiknya dahulu.Ah,betapa dia merindui guru-gurunya! 

Komuter hampir tiba di Serdang.Stesen terakhir sebelum stesen Kajang.Komuter baru.Dipenuhi gambar perdana menteri dan agenda politiknya di Selangor.Itu antara response pengguna yang pernah dibaca di internet sebelum tiba di Malaysia lagi.Kini apabila dia tiba di Malaysia dan berpengalaman sendiri menaikinya,Hidayah juga mengakui perkara yang sama.

Sedang mengelamun,Hidayah perasan ada bunyi gerakan dalam beg tangannya.Dia menerima pesanan ringkas daripada sahabatnya,Afiqah memberitahu dia sudah sampai di stesen,bersedia menyambut kedatangannya. 
“Dah sampai nanti cari kereta comel warna pink <3 Haha gurau je :D cari kereta Kelisa warna hijau.Hidup PAS.hehehe”
Begitulah sms daripada sahabatnya,sengaja bergurau.Riang,seperti biasa.Hidayah membiarkan sms dari sahabatnya itu tidak berbalas.Sengaja.Biar mata bertemu mata baru melepaskan rindu di jiwa.Afiqah sambung study ke Mesir,manakala dia pula mendapat tawaran ke Jordan.Walau raga terpisah jauh,namun hati selalu dekat.Begitulah persahabatan mereka. Afiqah tiap-tiap tahun balik bercuti di Malaysia.Mana tidaknya,satu-satunya anak emas dalam keluarga.Namun Hidayah lebih senang memanfaatkan keberadaannya di negeri orang.Sebab itu selepas 3 tahun baru dia pulang ke Malaysia. 

Menghampiri stesen Serdang,mata Hidayah melihat keluar tingkap.Penumpang yang menunggu di stesen agak ramai. 
“Aduh macam mana ni.Nak pindah ke gerabak wanita ke taknak?” Hidayah berfikir membuat keputusan.Dia tidak selesa dikelilingi lelaki terlalu ramai,tanpa teman. 
Memikirkan dia duduk di sebelah wanita,di bahagian paling hujung pula,serta stesen berbaki satu sahaja lagi,dia memutuskan untuk tetap di tempat duduknya sahaja.Lagi pula masih ada banyak kerusi kosong.Tidak menjadi masalah rasanya.Buku yang masih di tangannya dibuka.Tidak mahu membuang masa mengelamun begitu sahaja.Dia meneruskan pembacaannya yang terbantut malam tadi.Matanya mengikut perkataan sebaris demi sebaris,menghiraukan penumpang-penumpang yang masuk ke dalam komuter sehinggalah dia terdengar lagu Sami Yusuf. Bunyi ringtone seorang penumpang di hadapannya.Seorang lelaki. 

Hidayah hanya perasan kasut penumpang lelaki di hadapannya tersebut.Kasut berwarna coklat cair, sudah agak lusuh tapi masih tetap boleh dipakai.Tidak berani mengangkat muka memandang si empunya wajah di hadapan. Dia memang sudah terlatih begitu.Menjaga matanya,supaya tidak menjadi fitnah dunia yang rencam. Matanya masih tertumpu pada pembacaannya,namun konsentrasinya sedikit hilang dek ringtone sebentar tadi. 

"Peminat Sami Yusuf dia ni.." Itu persepsi awal yang menerjah fikiran Hidayah,sehingga dia terdengar suara lelaki tersebut. Hidayah diam,memandang buku yang dipegang.Berpura-pura asyik membaca. 
“Takpe ummi. Alang-alang abang dekat KL ni biar abang je yang settlekan. Duit biasiswa Abang ada lagi.Tak perlu la ummi susah-susah.” 
"Anak yang baik.." Persepsi kedua yang hadir dalam fikiran Hidayah,selepas peminat Sami Yusuf. Mata Hidayah masih pada barisan perkataan pada buku di tangan,telinganya tanpa sedar difokuskan pada perbualab pemuda di hadapan. 
“Abang memang dah ada simpan sikit duit untuk adik ‘Aishah. Lagipun abang memang ada cakap dekat dia, nak belanja bila balik nanti. Dia dapat top 10 pulak trial lepas. Abang bagi cukup sampai akhir tahun nanti, ummi tak perlu hantar duit ke dia lagi lepas ni” 
"Abang yang penyayang." Hidayah terus menafsir dengan matanya masih lagi tertancap pada baris tulisan buku pada tangannya. Berpura-pura. Seakan ada magnet pada perbualan pemuda tersebut. Walaupun pemuda tersebut cuba memperlahankan suara,namun masih jelas pada telinga Hidayah. 
“Jangan risau ummi. Bukannya abang tak biasa dengan KL ni. 3 tahun je, insyaAllah abang ingat lagi. Abang juga mendoakan kesejahteraan ummi.” 
Jeda sebentar.
“InsyaAllah ummi.Abang mampu.Anak ummi dah cukup kuat untuk membantu umminya. Ummi dah cukup bersusah payah selama ini.
Sebagai muslimah, Hidayah sedar pebuatannya mencuri dengar adalah sangat-sangat tidak sopan. Namun ada sesuatu pada lelaki itu yang membuatkan hatinya rawan walaupun 'taaruf' sekadar suara di atas talian, bahkan bukan dengan dirinya. Dia beranggapan pemuda di hadapannya itu bukan sekadar seorang anak yang taat,abang yang penyayang malah mungkin bakal suami yang soleh! Ada gesaan kuat yang menyuruhnya mengangkat pandangan.Namun Hidayah masih menunduk,berpura-pura membaca. 
“Tidak perlu fikirkan semula ummi. Abang redha.Orang tidak mahu nak buat macam mana kan. Bunga bukan sekuntum ummi. *ketawa kecil*” 
"Dia sudah sukakan seseorang." Itu telahan Hidayah yang seterusnya.
“InsyaAllah ummi.Walaupun abang tahu abang tidak akan mampu membalas jasa-jasa ummi, abang akan berusaha untuk ummi dan ‘Aisyah.Dua buah hati abang yang paling abang sayang.Buah hati yang lain,abang redha ummi. Abang sudah sangat bersyukur punya ummi dan ‘Aisyah.Siapa abang untuk menjadi manusia yang tidak bersyukur,ummi?” 
Untuk terakhir kalinya,Hidayah jadi celaru.
“Alah tengok muka je pun Hidayah,bukan haram pun..”ada godaan datang berbisik pada Hidayah.
"Sekilas pandang je Hidayah.Bila lagi nak dapat tengok wajah pemuda soleh tengah-tengah kota raya ni?" 
"Berpura-puralah hendak tengok peta perjalanan di atas tu.Dia tidak akan sedar punya.."
Astaghfirullahal’azim.Kenapa aku ni? Kuat,Dayah.Kuat.Engkau lebih kuat daripada ini.
Hidayah terus beristighfar.
Dia malu.Malu pada Allah.
Malu sebagai seorang Muslimah.
“Tren akan tiba di Kajang.This train will be arriving in Kajang.” Corong pengumuman komuter bersuara. 
Hatinya lega.Hidayah bersiap-siap untuk turun.Pandangannya masih tetap terjaga.
“Tapi,tak salah kan sekadar melihat?” soal hati Hidayah.
Ada soalan masih belum terjawab.Godaan masih belum terurai ikatan rupanya.

"Tidak ada salahnya sekadar memandang.." seakan ada suara yang memberi jawapan.

Tanpa sedar,Hidayah sudah berada di luar komuter.Hidayah menoleh ke belakang,pintu komuter sudah tertutup. Alhamdulillah.Lafaz syukur,bernada kecewa.Sama ada syukur mampu menjaga mata,atau kecewa tidak kenal siapa si pemuda. 


Tidak semena-mena Hidayah dipeluk dari belakang.

HIDAYAH!!!
Pelukan rindu dari sahabatnya. 

“Ni kenapa termenung ni?” Afiqah melepaskan pelukannya.

AFIQAH!!! 
Hidayah pula melepaskan rindunya. “Uish awak makin tembam.“sambil mencubit pipi sahabatnya.

“Mana kereta comel awak? Jom la kita sembang dekat rumah awak.Tak seronok la nak sembang dekat sini” Sengaja Hidayah melarikan diri dari soalan. 

“Saya tak kira dekat mana,asal ada awak saya seronok,Dayah! Jom,kereta saya dekat sana” seloroh Afiqah.

Hidayah sempat berpaling ke belakang.Komuter sudah jauh dari pandangan.

“Takpe kumbang bukan seekor,Hidayah..” 



p/s:

-Sedikit ilham daripada Keindahan Itu Dingin.

-Juga tajuk yang agak ekspres.Sepantas 'perkenalan' singkat Hidayah dan si pemuda.Andai ada cadangan tajuk lain,insyaAllah ana pertimbangkan.

-cerita ni macam boleh disambung lagi.InsyaAllah andai diizinkan

Comments

  1. rasa macam habis ja..

    # Aii, bunyi dah macam dekat dah jodoh enta ni, hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ana niat habiskan pon.Tapi macam ada peluang nak sambung.
      *kalau dah dekat nak buat macam mana.Takkan nak doa mintak dijauhkan? :D

      Delete
  2. Macam kenal pemilik telefon bernada dering sami Yusuf tu. Rasa macam kenal sangat-sangat.. :p

    ReplyDelete
  3. enta kenak sorg je ke yg guna ringtone sami Yusuf? Enta kenak luaskan lagi coverage kenalan enta ;D

    *yad jgn buat spoil.ana takde niat nak samakan si pemuda dengan si penulis.serius :)

    ReplyDelete
  4. berkasut leather putih..
    bernada dering sami yusuf..
    keretapi ke kajang..

    musykil2
    siapalah gerangan pemuda tu kan ?
    =)

    ReplyDelete
  5. kasut leather putih . ehemm
    ringtone sami yusuf. ehemm
    keretapi ke kajang . ehemm

    agaknya siapalah pemuda tu kan?
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduuh sorang lagi. Penulis amatur memang begini.ideanya masih belum berkembang.Mohon semua jauh dari menyangka idea asal penulis adalah ingin menyamakan si pemuda dan si penulis.Fizikal dan personaliti ada irasnya,tapi attitude jauh berbeza. Dan si penulis lebih hensem daripada si pemuda.keh3

      Mohon tidak disalahertikan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?