Pingat Emas Ramadhanul Kareem.

Bismillahirrahmanirrahim.


Usai solat Zohor,ana terbaca beberapa kenyataan yang membuatkan ana terfikir seketika.Ana teringat pesanan seorang ustaz semasa daurah winter musim sejuk yang lepas,apabila beliau mengupas kitab nurul 'uyun yakni sebuah kitab yang membicarakan soal Nabi Muhammad ,di akhir kalam beliau sebelum daurah tamat beliau ada berpesan :

"Kita ni bukan sekadar menggalas nama sebagai umat akhir zaman,bukan sekadar memegang title Umat Nabi Muhammad,tetapi kita juga memegang tanggungjawab baginda,tanggungjawab seorang Nabi menyampaikan kesejahteraan Islam kepada semua."

Mengenangkan perjuangan baginda,perit jerih baginda dan para sahabat berjuang,terasa diri ini begitu kerdil.

*******

"Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepadaMalaysiakini. 

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama". 

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan. 

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir."

*******

1.Pernah baca atau mendengar kisah Perang Badar dahulu? Tahu bukan Perang Badar berlaku dalam bulan Ramadhan? Tahu bukan Islam menang perang tersebut. Dan mereka berpuasa.Tahu bukan?

2.Andaikata peserta Olimpik berpuasa.Kemudian mereka menang. Apakah pandangan orang bukan Islam terhadap puasa yang menjadi ibadah umat Islam di bulan Ramadhan?

3.Andaikata peserta Olimpik kalah.Adakah punca kekalahan mereka kerana berpuasa?

*******

Teringat kisah semalam,menapak kaki ke Mansyiah mencari ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai di Malaysia.Mansyiah ini bukan kecik tempatnya,mujahadah juga berjalan kaki dalam musim panas begini. Pulang dari Mansyiah dengan tangan kosong,terlajak tidur kepenatan sehingga lewat solat Asar,bulan cinta tarbiyah Ramadhan ini membuatkan ana terfikir untuk bermuhasabah:

1. Nabi dan para sahabat siap berperang lagi waktu puasa dahulu.Malamnya juga dipenuhi dengan ibadah.Siangnya berjuang di jalan Allah. Ini baru pusing Mansyiah dah rasa lembik,kalau boleh nak berbuka time2 tu jugak.

2. Apa mungkin ibadah puasa ini hanya sekadar lapar dan dahaga,seperti mana hanya sekadar penat yang diperoleh sepanjang usaha menjadi ole-ole buat insan-insan di Malaysia.?Apakah usaha beribadah puasa ini hanya lapar dan dahaga sahaja?

Teringat 'keluhan' seorang sahabat selepas tarawih di Masjid Qaed Ibrahim semalam:

"Lemah sungguh iman kami.Nabi solat ats pelepah tamar,bengkak kakinya.Umatnya solat ats tikar,masih beralasan tak selesa,tak boleh khusyuk."

Muhasabah

Ramadhan ini bulan cinta dan tarbiyah yang bukan untuk manusia-manusia lembik.Ya,umat Nabi Muhammad bukan umat yang lembik. Ana langsung tidak berniat menyanggah pendapat ilmuan-ilmuan Malaysia,kerana sungguh ana percaya setiap fatwa yang dikeluarkan bukannya dengan sambil lewa.Ada rukun-rukun ilmu yang dipatuhi sebelum berkata-kata. Lagi pula isu 'pingat emas Olimpik' ini adalah atas rukhsah musafir.

Cuma isu ini diketengahkan buat muhasabah bersama.

Memang kita ni lembik sangat ke?Apa sebenarnya yang membezakan kita dengan sahabat baginda dulu sebenarnya?

Mereka menang 'pingat emas' Badar satu ketika dahulu ketika Ramadhan.
Apa pingat emas kita untuk Ramadhan kali ini? 

p/s : Orang Malaysia,jangan risau.Ada ole-olenya. InsyaAllah =)

Comments

  1. muhasabah sendiri



    pulang beraya di malaysia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah muhasabah bersama.
      Takde aral insyaAllah beraya di Malaysia.ameen.

      Delete
  2. isu yg sama dlm tazkirah slps terawikh di bumi malaysia smlm.
    syukran utk perkongsian muhasabah yg sgt baik ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?