"Bukan salah aku.."

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana masih ingat,semasa program intensif Pendidikan Syariah Islamiah di sekolah dahulu,ustazah-ustazah ada memberikan tips menjawab soalan-soalan seperti ini:

“Apakah punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar?”
“Berikan sebab remaja mudah terjerumus dalam permasalahan sosial”
“Mengapakah gejala pembuangan bayi semakin meruncing dari sehari ke sehari?”

Jawapan untuk ketiga soalan ini ialah:
"Kurang didikan agama"
"Pengaruh rakan-rakan"
"Pengaruh media massa"

Kata ustazah,soalan berkisar punca,faktor dan sebab ini boleh dijawab dengan 3 jawapan di atas tetapi perlu dipanjangkan dan diolah sedikit jawapannya supaya lebih kukuh jawapannya.Kata ustazah,jawapan ini pasti betul dan bertepatan dengan skema pemarkahan.Tambahnya,soalan sebegini merupakan bonus kepada kami sebagai pelajar,kerana dalam apa jua faktor terhadap sesuatu permasalahan,3 jawapan ini pasti relevan dan betul.

Meneliti punca.Salah siapa?'




Tapi,andai diteliti dengan lebih mendalam ketiga-tiga jawapan di atas,kita akan sedar sebenarnya semuanya berakar punca daripada perkara yang sama.

Kenapa kurang didikan agama? Mengapa mudah dipengaruhi rakan sebaya? Mengapa media massa menjadi mangsa ? Kenapa?

Kerana diri sendiri tidak mahu berusaha untuk mencari ilmu Allah,tapi terus menerus menjadi hamba hedonism. Kerana kesilapan diri sendiri,tidak mahu menguatkan prinsip diri,begitu mudah membiarkan jati diri diperkotak-katikkan cabaran rakan-rakan,walau jelas cabaran itu tiada makna.

Takut dianggap tidak gentleman.
Takut dianggap pengecut.Lelaki kolot.
Takut dipulau.

Ya.Salah kita.Salah saya.

Salah seorang sahabat ana sengaja membuka satu thread persoalan dalam group batch."Persoalan kenapa orang susah nak hidup cara Islam?"Ana tahu dia memang sengaja ingin membuka minda ikhwah dan akhawat yang lainnya.Saat ramai orang bijak di luar Islam memasuki Islam,ramai juga orang 'bodoh' di dalam Islam yang tidak mahu mengamalkan Islam dengan betul dan mahu keluar daripada Islam.


Ini antara jawapan sahabat ana melalui comment di bawah thread tersebut.


Koreksi diri

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Kitalah yang bertanggungjawab mendidik dan mentarbiah diri sendiri,daripada keburukan kepada kebaikan,dan daripada baik menjadi lebih baik.Lihat cermin,cari dan perbaiki kesilapan di situ.Usahlah menjadi persis lagu nasihat ciptaan orang tua-tua dahulu “Bangau oh Bangau”:
“Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul..Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat..……”
Masing-masing menyalahkan pihak lain.Tiada kesedaran mahu koreksi diri sendiri. Memang nampak kelakar kalau ada yang cakap : “apabila kita menuding satu jari ke arah orang lain,jari yang lain menuding ke arah diri sendiri”. Tapi,itulah hakikatnya.


Kita yang mengaku daie,jangan mudah menyalahkan mad'u tidak memahami.Koreksi diri di mana silapnya kita dalam menyusun strategi. Kita yang melakukan maksiat pula,jangan mudah-mudah menuding jari menyalahkan orang lain. Salah kita sendiri tidak mahu memahami.Bukan orang lain.

Hakikatnya,setiap dari kita mempunyai peranan saling melengkapi antara satu sama lain.Andai setiap dari kita mampu untuk menyedari kesilapan diri sendiri,mengorak langkah intropeksi diri insyaAllah tidak perlu lagi untuk kita terus menerus menuding jari.

Tidak perlu.

Comments

  1. hebat syeih nur iman dan syeikh wafi kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat apanya syeikh.kita buat apa yg kita rasa perlu buat :)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian yang menarik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan.ana rajin juga ke blog nta.teruskan berkongsi :)

      Delete
  3. Melihat dan meletakkan kelemahan orang sekeliling dalam diri kita mengajak diri sama-sama membaiki. Andai tak langsung dgn orang sekeliling sekurang-kurangnya ada tempias yang disebarkan dengan mengislah diri sendiri. Gerakan hikmah yang mampu mengubah ^^,

    ReplyDelete
  4. Jgn putus asa..terukan berusaha. kesusahn dlm berdkwh mnyeronokkn bg mukhlisin.....Selamat menghayati bulan ramadhan..mga keluar akademi ramadhan dgn tarbiyyah yg mntap sbgai bekal mnghadapi cabaran mendatang..=): Entry Terbaru : Nisa' Kelantan Sana Sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?