Kita yang hidup untuk Mati

Apabila hidup di negara orang,tidak mahu tidak akan berhadapan dengan cabaran rindu. Rindukan keluarga di rumah,guru-guru di sekolah dan sahabat-sahabat yang menjadikan hidup ini lebih indah. Bercakap melalui skype,berchatting melalui facebook,yahoo messenger dan gurauan manja di jaringan maya jauh bezanya dengan dunia nyata.Jauh.Tapi itulah namanya kehidupan.

Baru tadi,usai bangun dari tidur ada sahabat datang mendekat:

“Wafi,enta tolong postkan dalam group kita kat facebook,sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek ana.Baru je meninggal dunia td.InsyaAllah,malam ni ana cadang nak buat solat jenazah ghaib dengan tahlil sikit

Rindu itu mesti.
Tapi MATI itu pasti.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu...”(Ali Imran: 185). 


Rindu itu memang rindu.Tapi ana takut andai rindu itu bertukar sendu.Pernah dahulu,dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada seorang pelajar akhawat di sini.Di sebalik rasa kasihan yang bertamu, terbit rasa risau yang tak menentu.Risaukan ummi dan abuya di rumah.Sangat risau.Dan akhawat itu tanpa sedar , dengan ketabahannya telah mengajar semua orang di sekelilingnya bahawa hidup perlu diteruskan macam biasa. Kerana kematian itu juga adalah perkara yang biasa!

Kita semua akan mati bukan?

Begin with the end in mind.


Sebagaimana ana bersangka baik dan bertawakal dengan result semester pertama yang akan keluar nanti,begitulah juga ana bersangka baik dengan perencanaan hidup dan mati Allah kepada hambaNya. Bahawa sesungguhnya perancanganNya adalah yang terbaik.Setiap aturannya ada hikmah yang tersembunyi.

Semester kedua akan bermula hari Sabtu ini atau dengan kata lain lusa ini.Dan disebabkan ana bukanlah jenis yang spontaneous,maka untuk menggapai mumtaz untuk semester akan datang haruslah sedikit perancangan dibuat.Okeh jujur,bukan sedikit,tetapi banyak.Banyaknya adalah dengan mengambil iktibar daripada semester lepas yang penuh dengan penyesalan.*allahu rabbi*

Semester kali ini,ana mulakan dengan melihat mumtaz sebagai pengakhirannya.Itu matlamatnya.Kerana seringkali kegagalan di tengah perjuangan berpunca daripada kesilapan di titik awal permulaan.

"Begin with the end in mind"

Ini orang-orang Inggeris cakap.Dalam bahasa Melayunya bermaksud,mulakan dengan pengakhiran di dalam minda.Maksudnya,mulakan sesuatu perkara dengan memikirkan kesan yang akan datang.Begitulah lebih kurang maksudnya.

But do we realize whats the really end of our life?

Dan ketika sibuk memikirkan soal pengakhiran hidup sebagai seorang pelajar medic,terlintas mengenai pengakhiran hidup yang lebih besar.Pengakhiran hidup sebagai seorang hamba.Kematian.

Dan dari situ,ana terfikir soalan yang lebih besar:

“Sudahkah aku benar-benar merancang untuk menghadapi pengakhiran ini?”


Mati yang Mumtaz.

Apabila kita menginginkan result yang mumtaz,pastinya mati yang mumtaz itu lebih kita inginkan.Jadi, langkah terbaik untuk result dan mati yang mumtaz adalah dengan sinergi kedua-dua elemen.Elemen duniawi dan juga elemen ukhrawi.Dengan merancang kejayaan di dunia,untuk kegemilangan di akhirat sana.Apa guna hanya berjaya di dunia,di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?

Soalnya,bagaimana kaedahnya?

Caranya mudah,tetapi jangan diambil mudah.Dan mudah tidak semestinya ia tidak membawa maksud payah.Kerana ada kalanya ia menjadi payah.Tetapi percayalah,payah dan susah tidak pernah membawa maksud mustahil.

Jika inginkan mumtaz,inginkan result yang baik,pastinya kita akan senantiasa memikirkan mengenai mumtaz tersebut.

“Aku nak mumtaz!Aku nak mumtaz!Aku nak mumtaz!”ngomong si hati.

Jadi,jika ‘inginkan’ mati senantiasalah mengingati mati.
Zikrullah.Zikrul Maut.

"Orang yang paling bijak ialah yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya"
-hadis-

Namun,kejayaan itu bukannya bergolek,terkedek-kedek ia datang. Begitu juga dengan menghadapi kematian.Kena ada bekalannya. Kena ada pengabdiannya.Impian kegemilangan di akhirat,biarlah selari dengan amalan yang dibuat. Apabila Rasulullah memberitahu bahawa sesungguhnya orang yang paling bijak itu adalah mereka yang mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya,maka yakinlah dengan berbuat demikian kita bakal ,menjadi sebahagian daripada golongan yang mumtaz dan golongan yang bijak itu.Di dunia,dan di akhirat sana.InsyaAllah.

Mulai saat ini,koreksi diri, “Apa yang aku sudah bersedia untuk menghadapi mati?”


Yang pengakhiran itulah Permulaan

Dan satu hakikat yang terkadang kita tidak sedar adalah mengenai hakikat sebuah kematian. Mengenai hakikat sebuah pengakhiran.Bahawa sesungguhnya kematian ini merupakan permulaan sebuah kehidupan.Kehidupan yang kekal abadi di syurga ataupun di neraka*na’uzubillah*.

Kerana itulah,kita sebenarnya hidup untuk mati.Tapi bukan mati yang sia-sia.Tetapi mati yang berbekalkan amal dan takwa.

Allahumma ameen.
InsyaAllah.

Ibnbakr.
Alexandria,Mesir.

Comments

  1. Assalamualaikum :) Entri ini best. Nak share sikit yep.

    1. Apabila Allah menguji kita dengan kematian insan tersayang bererti Allah tahu yang kita sudah cukup bersedia untuk menerima kehilangan itu.

    2. Apa kata kerisauan yang datang itu ditukar kepada doa. Mohon diberi kekuatan, kerana Malaikat turut mendoakan kita jika kita mendoakan orang lain.

    3. Bangun sahaja dari tidur ucapkan Alhamdulillah kerana Allah memanjangkan umur untuk kita beribadah kepadaNya. But, kena ingatkan jugak yang mungkin ajal kita tiba pada hari ini. Takde sape yang boleh mengingatkan kita pasal kematian melainkan diri sendiri.

    tu jep..dh macam esei.. sekian thumbs up..slm.

    ReplyDelete
  2. @K.O.A.L.A

    Waalaikumussalam.Syukran,perkongsian yang sangat bermanfaat.

    Memang,kadang-kadang jadi takut yang tidak menentu.kena cepat2 sedar orang yang dicipta itu,yang paling menyayanginya adalah PenciptaNya sendiri.

    Syukran^^

    ReplyDelete
  3. entry yang sangat bermakna dan ilmiah.. teruskan.. :)

    ReplyDelete
  4. well said ؛‎)‎ entry yang baguss. Terima kasih mengingatkan kami yg membaca juga..

    ReplyDelete
  5. indeed. dr. wafi, terkesan akak baca ni.

    Kata Sayyid Qutub: "Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari diciptakan Adam, dan berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam. "

    Moga terus istiqamah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?