Kerana Kita Bersaudara I
Dalam dunia Facebook,ana cuba memanfaatkan function 'stalking widget' [baca: ticker/timeline] facebook kat tepi tu.Mula-mula dahulu memang kecewa dengan tahap privacy facebook yang semakin merudum,tetapi lama kelamaan widget ni mula menampakkan 'hikmah'nya.*bijak Mark Zuckerberg nih
Ana jenis yang akan add mana-mana ikhwah yang rajin memberikan pendapat-pendapat mereka di facebook,dengan harapan dapat melihat sesuatu isu yang berlaku dengan lebih luas.Dan ana perasan,ada sesetengah pihak yang pemikiran mereka seringkali bercanggah dengan yang lain.Bukan semua isu,tetapi hampir kebanyakan daripada isu-isu yang timbul seringkali mereka cuba melawan arus[ana langsung tidak berniat mempuak-puakkan sesiapa].Mengenai cara pemikiran,teringat salah satu status update Ustaz Abdul Kadir Aljofre baru-baru ini:
Ana jenis yang akan add mana-mana ikhwah yang rajin memberikan pendapat-pendapat mereka di facebook,dengan harapan dapat melihat sesuatu isu yang berlaku dengan lebih luas.Dan ana perasan,ada sesetengah pihak yang pemikiran mereka seringkali bercanggah dengan yang lain.Bukan semua isu,tetapi hampir kebanyakan daripada isu-isu yang timbul seringkali mereka cuba melawan arus[ana langsung tidak berniat mempuak-puakkan sesiapa].Mengenai cara pemikiran,teringat salah satu status update Ustaz Abdul Kadir Aljofre baru-baru ini:
Sahabat, bezakan antara berfikir di "luar kotak" dengan berfikir di "luar hukum". Bezakan juga antara idea "merentasi masa" dengan idea "merentasi syariah".Well said.Sangat setuju dengan ustaz.
Jadi,cuba baca link di bawah :
Utusan : Tidak perlu tunjuk perasaan Anti-Syria
Dalam isu saudara-saudara kita di Syria sekarang,agak sedih sebenarnya dengan kenyataan akhbar yang ditulis Tan Sri Zainuddin Maidin tersebut(link di atas).Sangat sedih andai ada yang mengatakan ini semua sekadar mainan kuasa-kuasa besar,mahu memecahbelahkan umat Islam.Ada sesetengah pandang sisi dan persepsi yang boleh kita terima dalam isu ini,cuma ana mahu bertanya:
"Itukah fokusnya? Saudara-saudara seaqidah kita diseksa dan kamu katakan ia hanya propaganda?"
Jujur,ana langsung tidak membuat kaji selidik mengenai isu ini dan isu-isu dunia sekarang kerana itu bukan bidang tugas ana.Ana hanya mampu membaca dan membaca dan menganalisa menerusi kacamata seorang mahasiswa.
Dan hasilnya apa?
KITA SEMUA BERSAUDARA!
Sungguh,ana tidak mahu fokus sangat terhadap penulisan artikel tersebut,cuma ana minta kita semua cakna isu ini dengan melihat dari persepsi yang sebetulnya.Jangan terlalu inferior dengan kuasa Barat,"ini-agenda-Yahudi-",Regime Change dan sebagainya. Jangan terlalu jumud dengan Freemasonary sehingga saudara-saudara kita di sana,diseksa dan kita masih selesa mengatakan ini hanyalah propaganda.Jangan sahabat-sahabat!
Darah kita,darah mereka sama merahnya.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Apa yang kita ada,kita sumbangkan bersama.Doa kita,infak kita,tanda cinta sesama kita.
Kerana kita semua bersaudara.
"Ya Allah,selamatkan Saudara-Saudara Kami di Syria,dan hancurkan mereka-mereka yang Zalim sehancur-hancurnya. Amin"
Untuk pencerahan :
Rakyat Syria Bersama Revolusi SyriaKenali Syiah
Video Save Syria
Kerana isu ini,sebenarnya bukanlah isu kemanusiaan semata-mata.Ada akidah yang perlu dijaga.Dan ini bukan persoalan tentang mereka,tapi tentang kita!
Nota kaki : Malaysia yang kucinta perlukan satu mekanisme yang berkesan untuk mendidik minda rakyat-rakyatnya.Dan media massa sebeginilah yang merosakkannya.Utusan,macam biasa.Apa pon takbole!
Iskandariah,Mesir.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDelete1. Saya memang kurang berkenan dengan media cetak dan elektronik di negara kita (Malaysia), sebab dulu kini dan selamanya berat sebelah. Mereka bukan mengamalkan prinsip peduli ummah, mereka menekankan prinsip peduli kroni :(
2. Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, maka hendaklah kita bersyukur kerana itu merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita. Seperti negara Syria, saya pasti mereka semua kuat kerana doa daripada kita di seluruh dunia :) Keep pray for them 'Kerana Kita Bersaudara'
slm