Erti Kejayaan yang Bererti II
Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mengasihani. Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia. [Sambungan Erti kejayaan yang Bererti I ] Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab: ”Result tak se’hensem’ tuannya” :) Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih. Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur. فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahmaan:013) Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada m...