Nota Hati buat Diri


Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.

Walillahi ilhamd.



“Assalamualaikum.Enta maliizi(kamu orang Malaysia?)”

“Waalaikumussalam.aiwah,ana maliizi(Ya,saya orang Malaysia)”

“Ahsan nass(manusia terbaik[sambil mukanya tersenyum]
“Ismak eh(Nama kamu siapa)?”

“Ismi wafi.Wa enta?”

“Ana Ahmad”

‘Intro’ perbualan kami agak panjang.Orang Arab,memang suka bersembang. Belajar di mana,kuliah di mana,dah kahwin belum dan beberapa soalan lain yang mudah untuk ana jawab.Ini jenis  pak-pak Arab yang ‘memahami’,means tahu yang kami ini tahu bertutur Arab syuwaiyah2 sahaja,jadi mereka tidaklah bertanya dan bercakap dengan terlalu laju.

Sehinggalah pakcik Ahmad tadi buat statement sebegini:

“ ‘indi bint (saya ada anak perempuan) “

Waktu itu,ana dah fikir lain
haisy,sudah!Takkan nak ‘offer’ anak dia pulak.Niat aku ke Mesir nak belajar ni.

Tapi ternyata,telahan ana salah sebenarnya.Menyimpang jauh.Jauh sangat.

Sebenarnya beliau cuba memberitahu.Dia ada anak perempuan.Dan anak perempuannya sakit,sedang berada di hospital sekarang.Dan akan menjalani pembedahan tidak lama lagi(sambil tangannya membuat gaya orang menjahit).Jadi beliau sangat memerlukan wang untuk menanggung kos anaknya.

Dan apa yang berlaku selepas itu,biarlah rahsia.

********

Dan percayalah,pakcik ini bukan orang pertama.Ada lagi yang lain,cuma dengan cerita yang berbeza.Berkenaan cerita-cerita mereka,antara benar atau rekaan,hanya Allah yang tahu. Tapi,kita tidak akan pernah rugi apabila melabur di jalan Allah.

Cuma ana nak tanya antum.
Nampak apa yang ana cuba nak sampaikan?

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kita dan mereka berada dalam situasi yang berbeza.Sangat berbeza.

Fasykurullah.
Maka bersyukurlah.
Kepada TuhanMu yang menciptakan.
********

Buat permualaan,kisah ini ana kongsikan di sini.Berlaku usai solat maghrib di Masijd Al-Azhar sewaktu jaulah ke Cairo minggu lepas.

Melewati kawasan-kawasan di bumi Mesir,hati seakan-akan berbisik:

“Maka bersyukurlah wahai diri.Bersyukurlah..”

Pernahkah di Malaysia,di setiap kali perjalanan ke kelas atau kuliah,kamu akan terserempak dengan mereka yang kurang bernasib baik,meminta duit buat membeli makanan sesuap dua?

Setiap kali melangkah untuk bersolat,di tepi jalan serta bersebelahan dengan pintu masjid,ibu-ibu tua setia menunggu,menghulurkan tangan meminta darimu?

Melihat wanita-wanita sebaya ibumu,terbaring di tepi jalan,dihurung lalat-lalat dek daifnya diri sehingga tiada peluang membersihkan diri.

Sebagai seorang manusia,hati mana yang tidak tersentuh,apabila melihat situasi-situasi sebegini. Tangan mana yang tidak terasa untuk turut meringankan beban mereka. Cumanya,hendak membantu,sekadar yang termampu.


respons ustazah.


Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.
Ya Allah,bantulah kami hamba-hambaMu.

“Apabila menjadi perantau di tempat orang,lihatlah kelemahan mereka dengan mata hati. Memerhati untuk mensyukuri.Menikmati rahmat yang diberi,buat wadah mencari redha Ilahi”

nota buat diri,

Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.

Comments

  1. bersyukurnya kita lahir di negara malaysia, semoga kita juga mampu membantu seadanya

    ReplyDelete
  2. salam. jauh betul fikiran anda. tapi x pe sbb tu salah satu andaian je kan. hehe. kita bantu yg sekadarnya pun ckup. x dpt wang,doa pn InsyaAllah jadi :)

    ReplyDelete
  3. @Yatie Awang

    InsyaAllah,moga2 begitulah.

    @cikzsmile

    Sebenarnya,memang orang Arab senang hati dengan orang Malaysia(tak semua la).Pasal rekemenkan anak diorang,itu antara kebiasaan sebenarnya. InsyaAllah,moga umat Islam terus membangun.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.
    Slmt berjuang di bumi anbiya'. Moga terus diberi kekuatan menghadapi segala ujian dan tetap teguh istiqamah dijlnNya.

    Salam ukhwah fillah.

    ReplyDelete
  5. “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
    ...saya mudah tersentuh dgn ayat ini..

    ReplyDelete
  6. di malaysia ramai peminta sedekah yang sudah diketahui didalangi oleh agen2.dan ramai juga yang sudi menghulur.persoalannya, bolehkah kita niat yang kita bersedekah sedangkan kita tahu duit tue akan jatuh pada tangan agen2 tersebut? maaf off topic sikit.hehe

    ReplyDelete
  7. @a.samad jaafar

    Alhamdulillah kalau semua kita merasakan sedemikian saat mendengar ayat ini.Sungguh,nikmat yang dia kurniakan sangat banyak.Maka,mana lagi yang mahu kita dustakan?

    Fasykurullah.

    @penjajah minda

    Satu perkara yang perlu kita yakin,melabur di jalan Allah dijamin keuntungannya,dengan hati yang ikhlas.Jika bukan sekarang,sahamnya meningkat di akhirat kelak.

    Pendapat ana,kalau memang betul kita yakin bahawa yang meminta tersebut didalangi oleh mereka yg tidak berperikemanusiaan, bantulah mereka dengan melaporkan kepada pihak yang berauthoriti seperti pihak berkuasa dan sebagainya,bukan dengan memberikan bantuan berupa wang ringgit.

    ReplyDelete
  8. Betapa bersyukur masih dikurniakan Allah punya perasaan dan bersyukur atas kekuatan utk terus berusaha di bumiNya ini.

    Susahnya mereka berbanding kita di bumi M'sia.

    ReplyDelete
  9. Banyak sngat nikmat yang diberikan Allah kepada kita di Malaysia ni.. ^_^

    p/s : bittaufiq wannajah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?